Brendan Gan : Adakah mereka komited kepada lencana di dada?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketika mula-mula didaftarkan sebagai pemain tempatan oleh pasukan Kelantan pada 2013, Brendan Gan tidak pernah menduga dia akan berada pada satu tahap untuk dilabel pemain berprofil tinggi Liga Malaysia.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu berterima kasih kepada penyokong dan menganggap mereka adalah instrumen penting yang melonjakkan kariernya sehingga dilabel sebagai nadi penting, tonggak utama Harimau Malaya pada hari ini.

“Apabila pertama kali berada dalam skuad kebangsaan dengan status pemain berdarah campuran pada 2016, ekspetasi terhadap saya adalah tinggi. Saya terdesak untuk membuktikan saya layak menyarung jersi negara dan betapa ghairahnya keinginan untuk membawa nama Malaysia.

“Ia bukan mudah, tiada siapa dapat laluan automatik ke skuad kebangsaan, ia perlukan kesungguhan dan komitmen di tahap tertinggi dan saya bertuah kerana penyokong sentiasa bersama saya.

“Apabila jejak kaki di padang, saya hanya fokus untuk berikan segalanya dan kerah sepenuh kudrat tidak kisahlah sama ada saya bermain baik atau tidak. Dan saya rasa itulah yang diinginkan penyokong, mereka banyak memberi dorongan dan motivasi kepada saya untuk sentiasa menjadi lebih baik,” ujar Brendan Gan.

Brendan Gan datang ke Malaysia pada 2012, ketika FAM membenarkan semula pemain import untuk mewarnai kancah Liga Malaysia, mewakili Sabah dengan status pemain import dan selepas setahun dia kembali bermain di Australia.

Dia kemudian kembali ke Liga Malaysia pada 2013 apabila dipancing Kelantan, dan menerusi usaha oleh Tan Sri Annuar Musa, dia mendapat kerakyatan Malaysia dan didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Brendan Gan bangkit dua kali daripada kecederaan ‘pemusnah karier’ ACL pada awal 2015 dan penghujung 2016, dan kembali sebagai pemain lebih baik apabila disambar Perak pada 2018, selebihnya menjadi sejarah hebat yang diketahui ramai.

Musim ini adalah musim kedua pemain berusia 33 tahun itu bersama Selangor FC dan dia komited mahu membantu Red Giants untuk mencapai sasaran layak beraksi di pentas Asia.

Mengenai potensi Harimau Malaya diperkuatkan lebih ramai pemain berdarah campuran di masa akan datang, Brendan berkata kepada The Star ia ditentukan oleh dua faktor. Baca : Brendan’s the standard for new hired gun

“Pertama, adakah mereka betul-betul bagus dan bersedia sepenuhnya secara mental untuk bermain di sini?

“Kedua, adakah mereka komited kepada lencana di dada. Adakah mereka akan memberi komitmen 100 peratus untuk jersi yang dipakai dan julang nama negara. Jika mereka penuhi dua faktor ini, tiada masalah beri mereka peluang dalam masa sama ia akan memberi lebih motivasi kepada pemain lain untuk kerja keras kekalkan tempat mereka dalam pasukan,” kata Brendan.

Sehingga kini, Harimau Malaya sudah sedia diperkuatkan beberapa pemain berdarah campuran antaranya La’vere Corbin Ong, Matthew Davies, Dion Cools, Darren Lok, Junior Eldstal dan Samuel Somerville.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.