Brendan Gan kekal, Anwar Ibrahim disingkir, Quentin Chen antara diserap

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengumuman Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Michael Feichtenbeiner baru-baru ini bahawa pemain-pemain senior akan disingkirkan dan pasukan Selangor 2021 akan ditunjangi ramai pemain muda, menimbulkan persoalan mengenai nasib beberapa pemain tonggak.

Antaranya masa depan pemain tengah Brendan Gan, pemain sayap Syazwan Zainon serta pemain-pemain import, tatkala nama-nama seperti Nicholas Swirad, Khyril Muhymeen, Farizal Harun dikatakan antara yang bakal mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, kenyataan oleh pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin yang memberitahu bahawa 75 peratus daripada pemain musim ini akan dikekalkan mungkin meredakan sedikit kebimbangan penyokong.

“Ada pemain akan tamat kontrak pada hujung November, tapi sebahagian besar pemain yang ada sekarang masih mempunyai kontrak dengan Selangor seperti Brendan Gan, Syahmi Safari dan pemain-pemain lain.

“Yang mana akan habis kontrak, sudah pun dalam proses rundingan dan kami akan muktamadkan dalam masa terdekat berpandukan kepada penilaian jurulatih kelak,” kata Mahfizul Rusydin kepada Astro Arena.

Baca : Maaf, Nicholas Swirad dan pemain-pemain senior tiada dalam perancangan

Labola Malaya difahamkan, walaupun proses ‘pembersihan’ pasukan Selangor tertumpu kepada menyingkirkan pemain-pemain senior, ada juga pemain muda yang tidak disambung kontrak seperti Anwar Ibrahim dan Zahril Azri Zabri.

Dua pemain muda ini adalah bekas pemain Felda United yang diketengahkan bakat mereka oleh bekas jurulatih B.Sathianathan.

Menurut Feichtenbeiner yang memangku tugas ketua jurulatih selepas pemecatan Sathianathan, dia menegaskan keputusan menyingkirkan beberapa pemain ini terpaksa dibuat demi memberi lebih peluang dan pendedahan kepada pemain-pemain muda dari skuad Selangor II.

Apatah lagi, tempat di dalam skuad juga terhad memandangkan mereka akan merekrut beberapa lagi pemain baru ke dalam pasukan.

Sementara itu, FAS mengesahkan akan menyerap lima pemain muda dari pasukan Selangor II untuk memperkuat skuad Red Giants bersaing dalam Piala Malaysia yang dijadual bermula bulan depan.

Mereka adalah Aqil Fadhly, Sharul Nazeem, Danial Asri, Quentin Cheng dan Bajram Nebija.

Selangor yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015 dengan menewaskan Kedah, di dalam misi menjulang trofi berprestij itu buat kali ke-34 seterusnya menempah slot bermain di Piala AFC.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.