Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 25 pemain yang akan membawa cabaran di King’s Cup di Thailand pada 22 dan 25 September depan.

Paling mencuri tumpuan dalam senarai yang diumumkan adalah kembalinya pemain tengah berpengaruh, Brendan Gan selepas begitu lama tersisih kerana masalah kesihatan.

Kali terakhir dia menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika membantu skuad negara mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun 2021.

Selain Brendan Gan, turut mendapat panggilan semula perkuatkan skuad negara adalah lima lagi pemain iaitu Rahadiazli Rahalim, Kalamullah Al-Hafiz, Sharul Nazeem Zulpakar, Zhafri Yahya, Mukhairi Ajmal manakala Azam Azmi Murad dan Declan Lambert disenaraikan pertama kali.

Kim Pan-gon juga menggugurkan nama beberapa pemain senior termasuklah Farizal Marlias, Guilherme De Paula dan Safiq Rahim.

Senarai penuh 25 pemain Harimau Malaya yang akan beraksi di King’s Cup.

Kings Cup list Harimau Malaya Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya dijadual menjalani latihan pusat bermula 16 hingga 19 September, sebelum berlepas ke Chiang Mai untuk berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai pada 22 September.

Pada hari yang sama akan berlangsung perlawanan di antara Trinidad & Tobago menentang Tajikistan.

Seterusnya untuk perlawanan kedua pada 25 September, pasukan yang tewas perlawanan pertama akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat manakala dua pasukan yang menang perlawanan pertama akan bertemu di pada aksi final.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.