“Bukan mudah nak bunuh JDT, kepada yang benci kami, good luck,” – TMJ

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kekalahan kepada Terengganu FC tidak perlu dilihat sebagai sesuatu yang terlalu besar, dan disensasikan seolah-olah ianya keajaiban dunia.

Itu yang mahu disampaikan pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan kekalahan kepada Terengganu FC bukanlah penamat kepada segalanya sebaliknya perkara biasa dalam permainan bolasepak – ada menang, ada kalah.

Berita berkaitan : JDT terciduk di laman sendiri tatkala Sri Pahang merana lagi di Bandaraya

Malah Tunku Ismail juga menekankan bahawa satu kekalahan tidak membuatkan JDT jatuh mahupun menidakkan fakta mengenai segala rekod dan pencapaian hebat mereka.

“Kekalahan adalah benda kecil, yang penting kami masih wujud, rekod-rekod kami belum ada mana-mana pasukan pecahkan. Kami masih di sini dan agenda kami adalah jelas.

“Dua tahun tak kalah, kekalahan akan berlaku, tak menang piala akan berlaku. Tetapi kelab, asset dan pencapaian masih wujud dan kekal.

“Semangat kami adalah anda (penyokong), apabila kami menang terima kasih kepada anda, apabila kami kalah, minta maaf kami telah cuba beri yang terbaik.

“Akhir sekali kepada penyokong kami dan penyokong bolasepak tanah air, SAYA MASIH HIDUP. JDT akan sentiasa kekal sebagai yang terbesar. Nak bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu. Well, semua sedia maklum itu bukan mudah.

“Kepada JDT ini bukan pertama kali kita kalah, jadi rileks. Kepada yang benci kami, good luck,” tulis Tunku Ismail dalam salah satu komen di ruangan instagram.

Sebagai rekod, JDT mengalami kekalahan pertama mereka musim ini pada Sabtu lalu selepas kecundang 0-1 kepada Terengganu FC menerusi jaringan tunggal Hakimi Abdullah pada minit ke-56.

Ia juga kekalahan pertama mereka dalam saingan Liga Super selepas 22 perlawanan, kali terakhir mereka tewas kepada PJ City pada bulan Julai 2019, selain merupakan kekalahan pertama di Stadium Sultan Ibrahim yang mula digunakan sebagai venue rasmi sejak Februari tahun lalu.

Setelah 10 perlawanan, JDT kekal menerajui liga dengan 23 mata, dua mata mengatasi skuad bimbingan Nafuzi Zain.

 

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.