“Bukan permainan terbaik kita, masih jauh kalau nak cabar team besar”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kemenangan besar 5-0 ke atas Uitm FC pada Sabtu meredakan sedikit ketegangan di kem Sri Pahang FC tetapi ia belum cukup untuk membuatkan Dollah Salleh mengukir senyuman lebar.

Kemenangan di Stadium Darulmakmur itu hanyalah kemenangan kedua Sri Pahang musim ini, sekaligus menamatkan kemarau kemenangan dalam enam perlawanan terakhir.

Dengan lapan mata, Sri Pahang kekal menghuni tangga kedua tercorot setelah berakhir 11 perlawanan pusingan pertama Liga Super 2021.

Menurut Dollah Salleh, meskipun menang besar ini bukan permainan terbaik Sri Pahang FC dan dia berpendapat masih terlalu banyak kelemahan yang ketara kelihatan.

“Apa sekalipun dapat tiga mata aksi terakhir pusingan pertama, ia beri semangat untuk hadapi pusingan kedua.

“Malam ini sebenarnya kalau ikutkan dari segi permainan belum apa yang kita inginkan, cuma cuma kita ada peluang kita skor gol, dan saya tak jangkalah kita menang sampai lima gol.

“Kita bernasib baik juga pada separuh masa kedua bila Helmi (Eliza) dapat selamatkan penalti Uitm, pemain bangkit semula memburu tambahan jaringan.

“Kalau tengok di separuh masa pertama, saya berpuas hati kita dapat gol semangat, minit awal (minit pertama) cuma selepas 10 minit permainan kita bermain baik, lepas tu kita hilang arah dan biarkan Uitm kuasai permainan. Pemain-pemain jadi macam hilang arah, masing-masing tak tahu nak buat keputusan.

“Bila kita dapat gol kedua, bagi semangat semula kepada pemain. Tapi, dari segi permainan masih terlalu jauh nak lawan team atas, masih jauh nak bersaing. Cuma kita harap kemenangan ini jadi suntikan untuk dapatkan keputusan baik di pusingan kedua,” kata Dollah Salleh.

Pada perlawanan itu, Lee Tuck membuka jaringan seawal minit pertama dan Pedro Henrique menjaringkan gol pertamanya musim ini untuk kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.

Uitm FC beroleh peluang merapatkan kedudukan pada minit ke-61 tetapi sepakan penalti Victor Clotaire diselamatkan Helmi Eliza dan selepas itu Sri Pahang garang menambah tiga jaringan.

Baqiuddin Samsudin menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-66, disusuli penalti Herold Goulon pada minit ke-70 dan gol sendiri Fahmi Rizam pada minit ke-72.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.