Bukan Simpan Kuku, Tapi Pertahanan Lawan Terlalu Kebal – Nafuzi Zain

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Terengganu sekali lagi gagal untuk mengutip mata penuh, kali ini setelah seri tanpa jaringan menentang PJ City di laman sendiri pada Isnin.

Ini menyaksikan pasukan kendalian Nafuzi Zain itu mengharungi tiga perlawanan Liga Super terakhir liga tanpa kemenangan, setelah terdahulu tewas kepada Sabah dan Negeri Sembilan.

Selepas perlawanan, Nafuzi Zain menolak tanggapan bahawa pasukannya tidak beraksi pada kekuatan sebenar kerana mahu simpan kuku menjelang aksi separuh akhir Piala FA pada Sabtu ini.

Sebaliknya ini penjelasan daripada jurulatih itu mengenai kegagalan pasukannya memecahkan kebuntuan jaringan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pemain sudah beraksi dengan sepenuh tenaga sepanjang 90 minit permainan kerana mereka tahu perlu menang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

“Tetapi pertahanan lawan beraksi dengan baik, ada kalanya sehingga sembilan dan 10 pemain berada dalam kawasan mereka sendiri, sekali gus menyukarkan pemain kami untuk memecah benteng pelawat.

“Strategi mereka menjadi, mungkin skuad itu datang ke Terengganu untuk mendapatkan satu mata.

“Penjaga gol mereka, (Kalamullah Al- Hafiz Mat Rowi) bertindak cemerlang dengan berjaya menyelamatkan beberapa percubaan yang sepatutnya boleh menghasilkan jaringan.

“Bagaimanapun secara keseluruhan saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain yang mendominasi permainan bermula awal hingga berakhir perlawanan, cuma kami tidak dapat meletakkan bola ke dalam gawang, mungkin rezeki tidak memihak kepada kami.

“Jadi kami kena tengok balik dan perbaiki apa saja kelemahan selepas ini,” kata Nafuzi Zain.

Satu mata yang diraih meletakkan Terengganu di tangga kelima liga dengan 17 mata.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.