Bukan Skuad Pilihan Netizen Atau ‘Tangan Ghaib’, Ini Pilihan Saya Sendiri – Cheng Hoe

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan pemilihan pemain ke kem latihan pusat kali ini adalah sepenuhnya pilihan dia sendiri dan tidak dipengaruhi oleh desakan sesiapa mahupun diarahkan oleh pihak tertentu.

Cheng Hoe membuat keputusan tidak memanggil terlalu ramai pemain tonggak terutamanya pemain-pemain Johor Darul Takzim seperti Farizal Marlias, Matthew Davies, Corbin Ong, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid dengan alasan kehebatan mereka sudah sedia diketahui.

Menurutnya tanggapan bahawa ada ‘tangan ghaib’ yang menyuruhnya tidak menyenaraikan semua pemain itu adalah tidak berasas kerana memang menjadi niatnya mahu menguji muka-muka baru.

Malah Cheng Hoe juga menegaskan dia menyenaraikan nama-nama seperti Hakimi Abdullah, Arif Fadzillah, Al Hafiz Harun dan Faisal Halim bukan kerana penyokong mahukan mereka sepertimana didakwa segelintir pihak, sebaliknya dia menilai sendiri prestasi mereka.

“Kami selalu memantau pemain-pemain dalam Liga Malaysia terutama pemain-pemain muda yang berpotensi besar kita akan beri peluang, bukan disebabkan seruan daripada mana-mana pihak untuk memanggil pemain tersebut,” katanya dilaporkan Arena Metro.

Sebelum ini bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan berkata Cheng Hoe terpaksa akur dengan kehendak penyokong yang mempertikaikan kehadiran terlalu ramain pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, dan ketiadaan mereka menyebabkan skuad negara dibelasah Jordan.

Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail turut senada dengan Sathianathan dengan mengatakan tindakan Cheng Hoe adalah bertujuan memuaskan keinginan penyokong yang hanya tahu mengkritik.

Skuad negara telah mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan, tewas kedua-duanya masing-masing dengan keputusan 4-0 dan 5-1.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui pemain muda yang diturunkan ketika menentang Jordan dan Uzbekistan dilihat mempunyai potensi besar untuk digilap sekaligus bakal menjadi prospek masa depan buat skuad negara selepas ini.

“Sudah tentu apabila mereka bersama skuad kebangsaan, mereka nampaknya ada ciri-ciri atau kriteria-kriteria yang boleh diserapkan kepada skuad kebangsaan pada masa hadapan.

“Kita pun rasa kita perlukan kelompok pemain yang ramai supaya kita sentiasa bersedia untuk pentas antarabangsa walaupun perlawanan persahabatan ataupun pertandingan… kita lebih bersedia daripada sebelum ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.