“Bukan tanggungjawab kerajaan negeri bayar tunggakan gaji,” kata Menteri Besar Perak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan bukan tanggungjawab kerajaan negeri untuk membayar tunggakan gaji pemain bolasepak pasukan Perak FC dan Perak II yang sedang hangat diperkatakan.

Saarani menjelaskan walaupun begitu, kerajaan negeri bukannya tidak membantu sebaliknya tetap menghulurkan suntikan dana sebagai menunjukkan keprihatinan dan peka dengan masalah yang dihadapi Persatuan Bolasepak Perak.

Justeru beliau kecewa apabila kerajaan negeri dipersalahkan terhadap kemelut kewangan melanda pasukan itu di mana pemain-pemain difahamkan sudah tiga bulan tidak menerima gaji.

“Kita sudah pun membantu (membuat bayaran) kira-kira RM4 juta. Dulu saya bantu RM2.5juta untuk tertunggak dua bulan, dan baru-baru ini lagi RM1.5 juta. Tidak adil untuk mengatakan kerajaan negeri tidak langsung membantu mereka.

“Juga tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab ini 100 peratus kepada kerajaan negeri. Perak FC adalah di bawah PAFA bukan di bawah kerajaan negeri sepenuhnya untuk membiayai gaji, saya tidak boleh hanya melihat sukan bola sepak sahaja. Saya kena lihat hoki, bola tampar, bola jaring, semua sukan saya kena lihat.

“Kerajaan negeri tidak boleh hanya menumpukan kepada satu jenis sukan semata-mata khususnya dalam sudut bantuan peruntukan membabitkan kos yang tinggi.

“Kalau kata bola sepak memerlukan RM2 juta sebulan, nilai ini anda tidak boleh letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya. Ini tidak adil.

“Sebab, ia duit rakyat, bukan duit Persatuan Bola Sepak atau pungutan tiket. Duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat,” kata Datuk Saarani kepada pemberita di Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, pada Rabu.

Perak FC ketika ini dilihat bergelut dengan kemelut prestasi selepas hanya mampu menang sekali dalam enam perlawanan pertama.

Pemain-pemain difahamkan hilang motivasi untuk bermain kerana hilang sabar dengan kerenah pihak pengurusan yang hanya menabur janji palsu kononnya akan selesaikan tunggakan gaji secepat mungkin.

Malah sudah ada spekulasi bertiup kencang beberapa pemain mungkin membuat keputusan untuk angkat kaki dengan mengaktifkan klausa 8.7 di dalam kontrak sepertimana dilakukan oleh bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh.

Beberapa pemain juga dilihat mula membuat ayat kiasan di media sosial masing-masing tatkala sudah ada gesaan supaya mereka tidak berdiam diri berhubung isu ini yang mana jika dibiarkan akan semakin melarat.

Luahan player Perak FC "Bukan tanggungjawab kerajaan negeri bayar tunggakan gaji," kata Menteri Besar Perak

Kalau diikutkan perkara mengenai tunggakan gaji ini sudah lama dibangkitkan sejak ketika bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perak Datuk Seri Faizal Azumu melepaskan jawatannya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.