Cabaran Besar Pulihkan Mental Pemain Selepas Dibelasah – Bojan Hodak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Cabaran terbesar buat Bojan Hodak selepas pasukannya dibelasah Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super pada Isnin, adalah memulihkan mental dan moral para pemainnya.

Apatah lagi aksi seterusnya adalah perlawanan cukup getir menentang Viettel FC dalam pusingan separuh akhir Piala AFC zon ASEAN.

Mengakui KL City gagal memberi saingan kepada JDT kerana kehilangan ramai pemain tonggak, Bojan Hodak bagaimanapun bersetuju mereka tewas kepada pasukan yang jauh lebih baik dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu.

“Memang kita turun dengan misi meneruskan rentak kemenangan tetapi taya tidak dapat turunkan lapan pemain termasuklah Irfan (Zakaria), Kenny (Pallraj), J Partiban dan Zhafri (Yahya).

“Kesemua pemain ini adalah tonggak utama malah beberapa pemain yang saya turunkan pada perlawanan itu ada yang pertama kali beraksi.

“Walaupun tumpas tapi kami masih berada di tangga keempat liga dan perlu bangkit untuk kembali menyaingi kedudukan di kelompok terbaik liga. Saya percaya pemain mampu beraksi lebih baik pada aksi akan datang.

“Kebimbangan saya ketika ini adalah kekalahan besar menjejaskan motivasi mereka, saya ada sekurang-kurang seminggu untuk pulihkan mental pemain supaya bersiap sedia berdepan Viettel dan saya optimis dalam tempoh itu, pemain akan kembali bangkit dan saya perlu beri mereka motivasi untuk kembalikan semangat setiap pemain,” kata Bojan Hodak selepas perlawanan. .

Pada perlawanan tersebut, JDT menang 5-0 menerusi dua jaringan Bergson Da Silva dan satu masing-masing oleh Fernando Forestieri, Leandro Velazquez dan Safawi Rasid.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.