Calvert-Lewin menangi tempat dalam skuad England

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang sensasi Everton Dominic Calvert-Lewin dipanggil untuk memperkuatkan skuad senior England buat pertama kali, tatkala pasukan itu dalam persiapan untuk tiga aksi antarabangsa pada bulan ini.

England akan menentang Wales pada 9 Oktober ini dalam perlawanan persahabatan, disusuli perlawanan Nations League menentang Belgium (12 Oktober) dan Denmark (15 Oktober).

Calvert-Lewin menjadi penyerang yang paling mencuri tumpuan sejak bermulanya musim baru Liga Inggeris, apabila menjaringkan lapan gol dalam semua pertandingan – lima gol dalam 3 perlawanan pertama Everton di saingan liga dan tiga gol dalam saingan Carabao Cup.

“Saya sudah begitu lama menyukai permainan Calvert-Lewin dan apa yang saya tidak dapat saksikan sebelum ini adalah sentuhan jaringan, naluri pemusnah sepertimana yang ditunjukkannya ketika ini.

“Jadi ini menunjukkan dia telah banyak meningkat dan menjadi tunjang kepada permulaan hebat Everton dalam saingan liga ketika ini, kini dia layak untuk berada dalam skuad dan saya berbesar hati untuk menyenaraikannya,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

Turut mendapat panggilan memperkuatkan pasukan senior England buat kali pertama adalah pemain sayap Leicester City, Harvey Barnes dan pertahanan Arsenal, Bukayo Saka.

Kedua-dua pemain itu adalah pengganti kepada Phil Foden (pemain tengah Manchester City) dan Mason Greenwood (pemain tengah Manchester United) yang disisihkan kerana masalah disiplin.

Greenwood dan Foden didapati membawa masuk dua wanita ke dalam bilik hotel penginapan pasukan ketika minggu antarabangsa pada bulan lalu.

“Mereka adalah dua pemain berbakat, tetapi di sini ada dua perkara. Kita perlu menghantar mesej kepada semua pemain di dalam pasukan, di semua peringkat, bahawa ini bukan cara pemain England berkelakuan.

“Dalam masa sama, kita perlu menyedarkan dan memulihkan motivasi mereka, pemain muda biasa melakukan kesilapan.

“Kini kita sudah memberikan mereka hukuman, mereka perlukan tempoh ini untuk bertindakbalas dan kembali menunjukkan sesuatu yang bagus bersama kelab masing-masing,” kata Southgate lagi sambil memberitahu Foden dan Greenwood akan dipanggil semula jika terus menyerlah.

Dalam pada itu, kapten pasukan Harry Maguire yang digugurkan pada bulan lalu kerana ditahan polis dan dipenjara, kembali disenaraikan kali ini.

Skuad penuh England : 

Penjaga gol: Dean Henderson, Jordan Pickford, Nick Pope

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold, Ben Chilwell, Conor Coady, Eric Dier, Joe Gomez, Michael Keane, Harry Maguire, Ainsley Maitland-Niles, Tyrone Mings, Bukayo Saka, Kieran Trippier, Kyle Walker

Tengah: Jordan Henderson, Jack Grealish, Mason Mount, Kalvin Phillips, Declan Rice, James Ward-Prowse, Harry Winks

Penyerang: Tammy Abraham, Harvey Barnes, Dominic Calvert-Lewin, Danny Ings, Harry Kane, Marcus Rashford, Jadon Sancho, Raheem Sterling

Foto : Premier League Official

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.