Cara Cheng Hoe Tunduk Hormat Kepada De Paula Jadi Tumpuan Penyokong

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Skuad kebangsaan kecundang 0-4 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Rabu.

Ia adalah perlawanan pertama Harimau Malaya selepas hampir empat bulan dan beberapa perkara menjadi tumpuan, menjadi perbualan hangat selepas tamat perlawanan.

Paling utama adalah kesilapan berulang di pertahanan, ketiadaan jeneral di tengah yang menyebabkan skuad negara tidak langsung mencipta peluang, hantaran-hantaran yang sering tersangkut dan miss pass serta penampilan Guilherme De Paula yang sia-sia.

Namun ada satu momen yang berjaya dirakam oleh lensa kamera turut menjadi tumpuan penyokong, di mana pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe dilihat tunduk hormat kepada De Paula ketika menggantikan pemain itu.

De Paula dikeluarkan pada minit ke-61 selepas dilihat tidak efektif dan dia digantikan dengan Hakimi Abdullah.

Apa yang kita biasa lihat seorang jurulatih mungkin akan memeluk atau memberi tepukan di bahu pemain yang dikeluarkan namun ketika De Paula berjalan keluar padang Cheng Hoe bersalam dengan menghulurkan kedua-dua tangan dan tunduk hormat kepadanya persis seorang rakyat bersalaman dengan raja.

Momen tersebut menjadi viral di media sosial dengan pelbagai caption, dan penyokong-penyokong tidak ketinggalan mengusik dengan komen nakal dan sindiran kepada Cheng Hoe.

De Paula dan Cheng Hoe Cara Cheng Hoe Tunduk Hormat Kepada De Paula Jadi Tumpuan Penyokong
Gambar yang diedit oleh penyokong. Kredit : Facebook

Pada perlawanan di Stadium Raja Abdullah II itu, dua kesilapan oleh pertahanan Harimau Malaya membolehkan Jordan bimbingan Adnan Hamad meledak dua gol untuk mendahului 2-0 di separuh masa pertama.

Gol pertama Jordan pada minit ke-34 terhasil selepas Ariff Farhan gagal untuk menghalang hantaran lintang dilakukan dan ia disudahkan oleh Ali Olwan.

Satu lagi kesilapan teruk yang tidak sepatutnya berlaku, kali ini salah faham antara Aidil Zafuan dan Khairul Azhan yang bertembung sesama sendiri membawa kepada gol kedua Jordan pada minit ke-42 menerusi Odai Al Saify.

Belumpun dua minit permainan bersambung di separuh masa kedua, kedudukan sudah menjadi 3-0 sekali lagi disebabkan kesilapan mudah oleh Irfan Zakaria yang menanduk bola ke belakang dan ia dimanfaatkan oleh Ali Olwan.

Dua minit selepas itu, Ali Olwan melengkapkan hatrik, jasa kesilapan berulang barisan pertahanan yang membuka ruang luas untuknya melakukan larian dan menewaskan Khairul Azhan di gawang.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.