Bukan Positif Covid, Tapi Pemain KL Boikot Perlawanan Kerana Dianiaya Pengurusan

futsal wanita KL Bukan Positif Covid, Tapi Pemain KL Boikot Perlawanan Kerana Dianiaya Pengurusan

Beberapa hari lalu, saingan Liga Futsal Wanita secara tiba-tiba menjadi perhatian berikutan Melaka mencatat kemenangan 26-0 ke atas Kuala Lumpur, satu angka jaringan yang disifatkan tidak masuk akal. Kemudiannya, tersebar kononnya punca Kuala Lumpur beraksi longlai adalah disebabkan mereka hanya ada enam pemain untuk beraksi pada perlawanan itu, setelah lebih separuh pemain serta pegawai pasukan […]

“Bukan Tangan Ghaib, Ia Hanya Salah Faham”

Rosmadi Ismail KAFA "Bukan Tangan Ghaib, Ia Hanya Salah Faham"

Pengerusi Jawatankuasa Futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail memberi penjelasan mengenai keluhan ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas mengenai pasukannya dinafikan hak beraksi di Piala AFF oleh badan induk itu selepas muncul naib juara Malaysian Premier Futsal League 2022. Labola Malaya sebelum ini melaporkan, luahan rasa terkilan Gerard kerana FAM secara tiba-tiba […]

“Ia Satu Penghinaan Jika Saya Terus Berdiam” – Gerard Casas Terkilan Dinafikan Slot AFF

Gerard Casas jurulatih Pahang Rangers "Ia Satu Penghinaan Jika Saya Terus Berdiam" - Gerard Casas Terkilan Dinafikan Slot AFF

Adakah futsal juga dikawal oleh tangan ghaib sepertimana bolasepak? Itulah persoalan yang timbul selepas mendengar keluhan ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas. Jurulatih dari Sepanyol itu nyata terkilan dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara tiba-tiba mengumumkan bahawa naib juara Malaysian Premier Futsal League (MPFL) tidak akan mendapat slot beraksi di Piala AFF. Sedangkan sebelum […]

Selangor Juara, Kecewakan Pahang Rangers Buat Kali Kedua Berturut-turut

Selangor MAC juara Selangor Juara, Kecewakan Pahang Rangers Buat Kali Kedua Berturut-turut

Selangor MAC muncul juara saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2022 setelah menundukkan musuh setempat Shah Alam City 1-0 di Kompleks Sukan Panasonic pada Ahad. Skuad kendalian Addy Shairullyzam itu bergelar juara dengan berbaki satu perlawanan, mengecewakan pencabar terdekat Pahang Rangers buat kali kedua berturut-turut. Ini sekaligus menyaksikan pertembungan antara kedua-dua pasukan dalam aksi terakhir […]

Bukannya KL City Minta Kena Covid – Adilkah FAM Bagi Menang Percuma Kepada Lawan

KL City Futsal Bukannya KL City Minta Kena Covid - Adilkah FAM Bagi Menang Percuma Kepada Lawan

Minggu kedua saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 menyaksikan malang menimpa pasukan KL City, apabila mereka tidak dapat turun beraksi dalam dua perlawanan menentang Selangor TOT dan Selangor Mac selepas ada beberapa pemain mereka disahkan positif Covid-19. Pada mulanya perlawanan tersebut diumum sebagai ditunda sebelum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudiannya memutuskan untuk memberi kemenangan […]

Pasukan Milik Tengku Fahd Kandas Banjir Di Shah Alam Ketika Pra-Musim

IMG 20211220 WA0033 Pasukan Milik Tengku Fahd Kandas Banjir Di Shah Alam Ketika Pra-Musim

Bencana banjir yang berlaku di Shah Alam turut memberi kesan kepada persiapan pasukan futsal Pahang Rangers yang dalam persiapan menghadapi Malaysian Premier Futsal League 2022 pada bulan depan. Pasukan milik Tengku Fahd Mua’adzam Shah itu turun buat kali keempat dalam tempoh sebulan ke Lembah Klang untuk perlawanan persahabatan pra-musim menentang PDRM pada Sabtu lalu. Perlawanan […]

Bahana Dua Tahun Liga Dibatalkan, Pahang Rangers Jadi Belasahan Di Korat

AFF Futsal Pahang Rangers Bahana Dua Tahun Liga Dibatalkan, Pahang Rangers Jadi Belasahan Di Korat

Skuad Pahang Rangers pulang dari menyertai Piala Futsal AFF 2021 baru-baru ini dengan pencapaian menduduki tangga keempat daripada lima pasukan yang bertanding. Satu kemenangan dan tiga kekalahan dilakar pasukan bimbingan Gerard Casas dalam penyertaan sulung di pertandingan peringkat serantau itu. Pahang Rangers memulakan kempen dengan kekalahan 0-2 di tangan Port FC disusuli kekalahan 1-5 kepada […]

Kredibiliti & Visi Tengku Fahd Pikat SMGB

YAM Tengku Fahd Presiden Pahang Rangers Kredibiliti & Visi Tengku Fahd Pikat SMGB

SMGB Group sah menyertai keluarga Kelab Futsal Pahang Rangers (PRFC) setelah menandatangani perjanjian sebagai penaja utama pasukan bermula musim 2021. Kerjasama PRFC bersama syarikat berasaskan penerokaan dan perlombongan mineral itu dimeterai dalam satu majlis ringkas pada minggu lalu. Pada majlis tersebut, PRFC telah diwakili oleh Presiden, Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Shah manakala SMGB […]

Thailand, Vietnam lengkapkan 24 pasukan di Piala Dunia Futsal 2021

Thailand Futsal Thailand, Vietnam lengkapkan 24 pasukan di Piala Dunia Futsal 2021

Dua pasukan kuasa besar futsal Asia Tenggara (ASEAN), Thailand dan Vietnam terus mengukir pencapaian hebat apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Futsal 2021 di Lithuania yang akan berlangsung pada September nanti. Kejayaan dua jiran tetangga Malaysia itu melengkapkan senarai 24 pasukan dimana Iran, Jepun dan Uzbekistan turut menjadi wakil Asia dalam saingan futsal paling berprestij tersebut. […]

MPFL 2021 : Selangor Mac, Pahang Rangers ‘dijodohkan’ dalam kumpulan maut

Pahang Rangers MPFL 2021 MPFL 2021 : Selangor Mac, Pahang Rangers 'dijodohkan' dalam kumpulan maut

Juara dan naib juara edisi sulung Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Selangor Mac dan Pahang Rangers FC dijodohkan dalam satu kumpulan bagi saingan musim baru yang akan berlangsung dari 12 Jun – 28 Ogos depan. Kedua-dua pasukan akan bersaing dalam Kumpulan B yang dianggap ‘kumpulan maut’ dengan adanya beberapa lagi pasukan tumpuan seperti Sabah, Melaka, […]

Tengku Fahd akan pacu Pahang Rangers mengaum lebih garang

Tengku Fahd TMJ of futsal Tengku Fahd akan pacu Pahang Rangers mengaum lebih garang

Selepas menamatkan edisi sulung Malaysian Premier Futsal League (MPFL) pada 2019 sebagai naib juara, Pahang Rangers FC diramal akan tampil lebih energetik untuk merampas kejuaraan dari Selangor pada tahun 2020. Dengan dibarisi skuad dipenuhi pemain bintang, mereka diyakini boleh melakukannya namun malang sekali, Covid-19 menyebabkan hasrat itu tertangguh apabila pertandingan terpaksa dibatalkan selepas hanya satu […]

Farikh Khabibor, pemain kebangsaan ke-11 perkuat Pahang Rangers

Farikh Khabibor Pahang Rangers Farikh Khabibor, pemain kebangsaan ke-11 perkuat Pahang Rangers

Kemasukan Farikh Khabibor Rahman ke dalam skuad Pahang Rangers FC baru-baru ini, menjadikan pasukan itu yang akan bermain di Malaysian Premier Futsal League (MPFL) kini diperkuatkan 11 pemain kebangsaan, sekaligus menyaksikan mereka digelar sebagai ‘the Harimau Malaya of futsal’. Farikh Khabibor, pemain berasal dari Kuala Lumpur yang bermain dengan Perak selama lima musim, dilihat sebagai […]

Bintang Pahang Rangers dan Harimau Malaya sambut baik perancangan FAM

Ridzwan Bakri Pahang Rangers Bintang Pahang Rangers dan Harimau Malaya sambut baik perancangan FAM

Perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melangsungkan semula saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) disambut baik pemain bintang Pahang Rangers yang juga tonggak skuad pasukan kebangsaan Ridzwan Bakri. Dalam laporan disiarkan Labola Malaya baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai, Datuk Rosmadi Ismail memberitahu saingan MPFL akan dilangsungkan paling awal pada pertengahan bulan Jun, […]

Liga dijangka kembali pada bulan Jun, dilangsungkan secara karnival

Datuk Rosmadi FAM Liga dijangka kembali pada bulan Jun, dilangsungkan secara karnival

Saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) akan kembali pada bulan Jun depan, selepas lebih setahun pertandingan itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Rosmadi Ismail memberitahu Labola Malaya bahawa persiapan sedang giat dibuat untuk memastikan saingan bermula sepertimana dirancang, tetapi dengan format yang berbeza. “Memang keutamaan […]

Bina reputasi mengagumkan dalam futsal, Rahimi tidak pernah menyesal tinggalkan bolasepak

Rahimi 3 Bina reputasi mengagumkan dalam futsal, Rahimi tidak pernah menyesal tinggalkan bolasepak

Bagi peminat bolasepak namanya mungkin agak asing, tetapi dalam arena futsal Rahimi Shatar mempunyai reputasi yang mengagumkan. Rahimi yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan merupakan bekas pemain Piala Presiden Kelantan 2002, malah pernah diserap ke skuad Liga Perdana Satu musim tersebut oleh Datuk K.Rajagobal, menjadi sparring partner kepada Shahrizan Ismail, Sani Fahmi dan Sani Anuar. […]

Akram : Bermain satu pasukan dengan idola umpama mimpi jadi kenyataan

Akram Mukriz Pahang Rangers FC Akram : Bermain satu pasukan dengan idola umpama mimpi jadi kenyataan

Dapat bermain dengan pasukan bercita-cita tinggi dan dianggap antara paling berjaya adalah impian mana-mana pemain. Ia akan bertambah manis jika bermain dalam satu pasukan sama dengan pemain yang menjadi idola atau pujaan. Untuk merasai kedua-duanya, pastinya ibarat mimpi menjadi kenyataan dan itulah yang dialami pemain muda meningkat naik Pahang Rangers, Akram Mukhriz Muhamadiah. Akram atau […]

Pemain masih menanti khabar gembira untuk futsal, apa perancangan FAM?

Pahang Rangers FC MPFL 2020 Pemain masih menanti khabar gembira untuk futsal, apa perancangan FAM?

Tatkala pemain-pemain bolasepak sudah turun berlatih dan menanti sepak mula Liga Malaysia sama ada pada bulan Ogos atau September (bergantung kepada keputusan Malaysian Football League), lain pula ceritanya bagi sukan futsal. Pertandingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2020 telah dibatalkan dan sehingga kini belum ada perkembangan mengenai apakah perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tonggak Pahang […]

PKP ubah takdir bekas pemain kebangsaan, bergelar ‘tauke sambal poyok’ pada usia 33 tahun

Weager Sambal Tempoyak PKP ubah takdir bekas pemain kebangsaan, bergelar 'tauke sambal poyok' pada usia 33 tahun

Sebesar-besar kejayaan bermula dengan sekecil-kecil usaha, ungkapan itu mungkin justifikasi tepat untuk ditujukan kepada bekas pemain skuad Liga Super Pahang dan juga bekas pemain futsal kebangsaan Akhmall Abdullah. Pada ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu menjejaskan sektor sukan dengan teruk dan memberi impak negatif kepada ekonomi sehingga ada ramai yang kehilangan […]

Tengku Fahad : Usaha bawa Pahang ke pentas Asia akan berterusan

Tengku Fahad PRFC Tengku Fahad : Usaha bawa Pahang ke pentas Asia akan berterusan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin telah mengumumkan bahawa saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2020 dibatalkan serta-merta; mengambil kira situasi semasa Covid-19, kos operasi dan juga keselamatan. FAM juga memaklumkan tiada pemenang bagi saingan tahun ini (null and void) memandangkan hanya satu perlawanan sahaja telah berlangsung sebelum liga ditangguhkan, dan keputusan semua perlawanan itu […]

Penjaga gol ini beraya tanpa anak isteri, keluarga di sisi

Rahimi penjaga gol Pahang Rangers Penjaga gol ini beraya tanpa anak isteri, keluarga di sisi

Kehadiran 1 Syawal sepatutnya menjadi hari yang menceriakan buat umat islam, namun ia menjadi hari yang cukup sayu buat Penjaga gol Pahang Rangers, Rahimi Shatar yang meraikan Aidilfitri keseorangan di Kuantan. Komitmen kerja sebagai frontliner (pegawai bomba) serta kekangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan Rahimi belum bersedia membawa anak isterinya pulang ke Kuantan, selepas meninggalkan […]

Pahang buru import baru selepas gugurkan Fineo Araujo

Fineo Pahang Rangers Pahang buru import baru selepas gugurkan Fineo Araujo

Pasukan futsal Pahang (Pahang Rangers) memburu khidmat pemain import baru setelah membuat keputusan mengugurkan khidmat Fineo De Araujo berikutan kecederaan. Pemain dari Brazil itu mengalami kecederaan ketika aksi pra-musim Sultan Ahmad Shah Cup 2020 pada Februari dan tidak sempat membuat penampilan dalam aksi sulung Malaysia Premier Futsal League 2020 menentang Sarawak pada 14 Mac. Ketua […]

Saiful Nizam sasar kejuaraan, gelaran penjaring terbanyak

Saiful Nizam Mohd Ali Saiful Nizam sasar kejuaraan, gelaran penjaring terbanyak

Tonggak Pahang Rangers, Saiful Nizam Mohd Ali mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) seterusnya mengekalkan gelaran penjaring terbanyak jika saingan diteruskan semula. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat pengumuman mengenai status pertandingan di bawah kelolaan mereka tetapi Setiausaha Agung badan induk itu Stuart Ramalingam sebelum ini telah memberi bayangan […]

Gagal ke final, penyokong Indonesia bersorak sokong Vietnam supaya tewaskan Malaysia

Penyokong Indonesia 1 Gagal ke final, penyokong Indonesia bersorak sokong Vietnam supaya tewaskan Malaysia

Ia mungkin normal apabila anda memberi sokongan padu kepada pasukan anda lebih-lebih lagi ketika beraksi sebagai tuan rumah. Pernah lihat penyokong memberi sokongan kepada pasukan lawan yang tiada kena mengena supaya menewaskan pasukan yang mereka benci? Itulah yang dilakukan oleh penyokong Indonesia yang tampil bersorak untuk pasukan Vietnam supaya dapat menyekat Malaysia dari mara ke […]

Penjaga gol Pahang ini sebak hanya mampu lepas rindu dari jauh

Rahimi Shatar penjaga gol Pahang Penjaga gol Pahang ini sebak hanya mampu lepas rindu dari jauh

Penjaga gol Pahang Rangers, Rahimi Shatar sudah hampir dua bulan terpisah dengan dua anak dan isteri, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac. Ditambah dengan tanggungjawab dan komitmennya sebagai anggota bomba dan barisan depan yang diamanahkan menjaga keselamatan awam di waktu kritikal ini, Rahimi berpendapat berjauhan adalah solusi terbaik buat sementara waktu. Tetapi […]

Ridzuan sanjung pengorbanan isteri, biasakan diri dengan ‘the new normal’

Coach Wan Ridzuan sanjung pengorbanan isteri, biasakan diri dengan 'the new normal'

Penolong jurulatih skuad Pahang Rangers, Ahmad Ridzuan Abdul Halim mengakui dia semakin membiasakan diri dengan kehidupan ‘the new normal’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Ridzuan yang juga bekas pemain Pahang dan skuad kebangsaan berkata bukan sahaja rutin seharian berubah tetapi PKP menyaksikannya menempuh banyak pengalaman baru termasuklah menjaga sendiri tiga anak perempuan berikutan isterinya turut […]

Akmarulnizam : ‘Kita boleh menang peperangan ini jika semua bersatu hati’

Akmarulnizam Idris Akmarulnizam : 'Kita boleh menang peperangan ini jika semua bersatu hati'

Kapten Pahang Rangers, Akmarulnizam Idris meletakkan harapan tinggi mahu melihat penularan wabak Covid-19 segera reda dan tiada lagi lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan selepas 14 April nanti. Meskipun sedar PKP berpotensi dilanjutkan berdasarkan kepada statistik semasa, Akmarulnizam berpendapat sekiranya semua pihak memainkan peranan dan menunjukkan kesedaran dengan mengikut arahan ditetapkan kerajaan, tidak mustahil Malaysia […]

Gerard yakin Pahang Rangers akan lebih kuat selepas ‘cuti panjang’

Gerard Casas jurulatih Pahang Rangers Gerard yakin Pahang Rangers akan lebih kuat selepas 'cuti panjang'

Selepas merekrut pemain berkualiti, membuat persiapan rapi dengan latihan intensif dan perlawanan persahabatan berprofil tinggi sepanjang pra-musim, Pahang Rangers membuka tirai Malaysia Premier Futsal League 2020 dengan cukup bergaya. Skuad bimbingan Gerard Casas itu melakar kemenangan 9-1 ke atas pasukan pendatang baru, Sarawak di Stadium Tertutup SUKPA pada 14 Mac lalu sekaligus melaungkan amaran awal […]