Maguire Naik Angin United Tewas Aksi Pembukaan di Laman Sendiri

Kekalahan yang memeritkan, apatah lagi tewas aksi pembukaan di laman sendiri di gelanggang keramat Old Trafford pula tu. Maka tidak hairanlah kapten kesayangan Manchester United, Harry Maguire kecewa dan naik angin dengan keputusan tersebut. Maguire yang dianggap pemain terbaik di kem United sejak beberapa musim lalu, menyelar prestasi pasukan itu selepas diaibkan 2-1 oleh Brighton […]
Arsenal Diyakini Boleh Kecewakan Spurs dan United Untuk Slot Terakhir Liga Juara Eropah

Tiga kemenangan berturut-turut ke atas Chelsea, Manchester United dan West Ham meletakkan Arsenal di barisan hadapan untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris musim ini. Kemenangan tidak diduga tersebut hadir selepas the gunners mencatat tiga kekalahan berturut-turut kepada pasukan yang lebih lemah iaitu Crystal Palace, Brighton dan Southampton lantas mereka kini diyakini akan menamatkan […]
Manchester City Destinasi Seterusnya Paul Pogba?

Gergasi English Premier League (EPL), Manchester City sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk bintang Manchester United yang tersakiti, Paul Pogba ke Etihad seandainya pemain itu menjadi ejen bebas musim panas ini. Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dijangka akan meninggalkan Old Trafford akhir bulan ini selepas mengharungi enam tahun yang mengecewakan bersama United. Paris Saint Germain […]
Penjaga Gol Iran, Zohreh Koudaei Seorang Lelaki Yang Menyamar Wanita?

Jordan menggesa Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) menyiasat dan mengenalpasti jantina sebenar penjaga gol skuad bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei. Iran menewaskan Jordan 4-2 menerusi penalti selepas seri tanpa jaringan pada 25 September lalu untuk mara ke Piala Asia Wanita 2022 buat kali pertama dalam sejarah mereka. Presiden Persatuan Bolasepak Jordan, Putera Ali Bin Al-Hussein […]
Jurgen Klopp Berminat Dapatkan Superstar Manchester United

Pemain-pemain Manchester United mungkin tidak berada pada prestasi terbaik mereka, malah jika dibandingkan dengan Liverpool buat masa ini boleh dikatakan jurang antara pemain kedua-dua pasukan adalah terlalu besar. Ini jelas terserlah ketika Liverpool membelasah Manchester United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris bulan lalu. Walaupun pemain Liverpool sendiri sudah jauh cukup bagus, tetap ada pemain […]
Raja Baru Sudah Tiba – Drogba Tabik Mohamed Salah Selepas Atasi Rekod Miliknya

Penyerang Liverpool Mohamed Salah memecahkan rekod sebagai pemain Afrika yang menjaringkan gol terbanyak di Liga Perdana Inggeris (EPL) – mengatasi legenda Chelsea dan Ivory Coast Didier Drogba. Sebelum aksi menentang Manchester di Old Trafford pada Ahad lalu, pemain Mesir itu terikat 104 jaringan dengan Didier Drogba. Drogba menjaringkan 100 gol EPL ketika pertama kali mewakili […]
Solskjaer Tegaskan Tiada Siapa Suruh Dia Berundur, Yakin United Hampiri Sasaran

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menegaskan dia masih lagi menerima sokongan kelab dan percaya semakin ‘hampir’ mencapai objektif di sebalik kekalahan memalukan 5-0 kepada Liverpool pada Ahad. United ketinggalan 4-0 pada babak pertama buat pertama kali dalam sejarah EPL apabila Mohamed Salah meledak dua gol selepas Naby Keita dan Diogo Jota menjaringkan gol pembukaan […]
Solskjaer : Manchester United Susah Dapat Penalti Sebab Jurgen Klopp

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendakwa pasukannya susah untuk mendapat sepakan penalti disebabkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. Jurgen Klopp pada Januari lalu menganggap pengadil terlalu ‘baik hati’ terhadap United apabila memberikan terlalu banyak penalti sambil menyatakan bahawa jumlah penalti yang diperoleh Red Devils dalam tempoh dua tahun lalu adalah lebih banyak berbanding jumlah penalti […]
“Bukan Sebab Kambing Biri-Biri, Ia Cerita Mengarut” – Cristiano Ronaldo

Bintang Manchester United Cristiano Ronaldo berpindah keluar dari kediaman mewah tujuh bilik di Cheshire ke kediaman lain tidak ada kaitan dengan bunyi bising kambing biri-biri mengembek di waktu pagi. Tersebar meluas laporan kononnya pemain yang membuat comeback ke Old Trafford itu berpindah bersama-sama keluarganya ke kediaman milik bekas bintang Manchester United Andy Cole, tidak sampai […]
Kisah Westerveld Disingkirkan Liverpool Hanya Tiga Bulan Selepas Menang Treble

Sander Westerveld tidak menyangka tiga bulan selepas dia tampil sebagai salah seorang watak utama menghadiahkan treble bersejarah kepada Liverpool pada 2001, dia akan disingkirkan daripada pasukan itu. Dia menyifatkan pengakhiran kariernya di Liverpool sebagai begitu drastik, kejam dan langsung tidak diduga. Westerveld telah membuat lebih 100 penampilan dalam jersi the reds sejak menyertai pasukan dua […]
Tisu Airmata Lionel Messi Berharga RM4.24 Juta

Tisu basah yang digunakan Lionel Messi untuk mengelap air matanya ketika sidang media perpisahan bersama Barcelona pada minggu lalu, telah dikutip seseorang dan dijual dengan harga AS$1 juta (RM4.24 juta). Individu itu juga mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Lionel Messi yang membolehkan seseorang melahirkan pemain sehebat Pemain Terbaik Dunia sebanyak enam kali itu. Perkara tersebut […]
Kenapa Michael Owen Dibenci Penyokong Argentina?

Penyokong fanatik Argentina boleh dimaafkan jika mereka masih menyimpan rasa marah dan sakit hati terhadap kelibat bekas penyerang sensasi England, Michael Owen. Dalam dua edisi Piala Dunia berturut-turut iaitu France 1998 dan Korea/Japan 2002, Michael Owen mendapatkan sepakan penalti untuk England, kedua-duanya menentang Argentina. Pada 1998 Owen yang ketika itu baru berusia 18 tahun mendapatkan […]
FIFA nafi sedang menilai peraturan baru, tiada langsung cadangan sedemikian

Badan induk bolasepak dunia, FIFA, menafikan laporan yang tersebar meluas mengatakan mereka sedang membuat penilaian terhadap beberapa peraturan baru melalui penganjuran The Future Football Cup yang sedang berlangsung di Belanda. “FIFA mahu menjelaskan mengenai laporan mengelirukan yang sedang tersebar di media sejak beberapa hari lalu mengenai niat FIFA untuk menguji beberapa perubahan pada peraturan permainan […]
Atletico Madrid tak minat layan Barcelona buat kelakar

Atletico Madrid sama sekali tidak berminat melayan episod kelakar cuba dibuat Barcelona yang menawarkan Antoine Griezmann untuk ditukar dengan bintang Portugal Joao Felix. Tawaran tersebut dilabel kelakar kerana nak dijadikan cerita, Atletico Madrid menjual Griezmann kepada Barcelona pada 2019 untuk membeli Joao Felix dari Benfica. Barcelona ketika ini terdesak melepaskan beberapa pemain bintang bergaji besar […]
Donnarumma diselar pentingkan duit dan tiada integriti

Gianluigi Donnarumma mungkin diangkat sebagai wira yang membantu Itali menjulang kejuaraan Euro 2020, tetapi dia tidak terlepas dari menjadi subjek kecaman susulan keputusan meninggalkan AC Milan dan menyertai Paris Saint Germain secara perpindahan percuma. Bekas pengendali AC Milan, Arrigo Sachi bukan sahaja kecewa dengan keputusan Donnarumma yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Euro 2020 tetapi dia […]
Jack Grealish : “Jangan cakap saya tak tawarkan diri ambil sepakan penalti”

Pemain tengah England, Jack Grealish tidak bersetuju dengan kritikan bekas kapten Manchester United, Roy Keane yang melabel pemain-pemain senior di dalam pasukan itu sebagai pengecut kerana membiarkan Bukayo Saka untuk mengambil sepakan penalti terakhir dalam aksi final Euro 2020 kepada Itali. Roy Keane dalam ulasannya berkata pemain seperti Jack Grealish, Luke Shaw dan Raheem Sterling […]
England guna pemain simpanan pun dah boleh menang Euro 2020

Guna pemain simpanan pun England dah boleh muncul juara Euro 2020, itu reaksi kapten Itali Giorgio Chiellini. Pertahanan veteran itu berkata England adalah calon serius untuk menang Euro 2020 sebelum bermula kejohanan lagi, dan beranggapan skuad Gareth Southgate telah membuktikan kualiti mereka dengan melangkah jauh dalam dua kejohanan besar. “Mereka mara ke separuh akhir Piala […]
Argentina terlalu bergantung harap kepada Lionel Messi, tetapi adakah ia pelik?

Argentina beroleh peluang terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 28 tahun, apabila turun menentang Brazil dalam aksi final Copa America 2021 pada awal pagi Ahad. Kali terakhir mereka bergelar juara adalah pada 1993 selepas menewaskan Mexico, dan selepas itu kecundang dalam empat aksi final Copa America (2004, 2007, 2015 dan 2016), final Piala Konfederasi (2005) […]
Zinedine Zidane ambil alih teraju dari Deschamps?

Masa depan Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis dijangka terjawab pada minggu depan tatkala legenda Les Bleus, Zinedine Zidane disebut-sebut bakal mengambil alih tugasnya susulan kegagalan di Euro 2020. Deschamps yang telah membimbing Perancis sejak 2012 dan membawa pasukan itu menjuarai Piala Dunia 2018 selain muncul naib juara Euro 2016, berkontrak dengan Persekutuan Bolasepak Perancis […]
“Bedil Ukraine bolehlah, jangan terciduk lawan Denmark sudah” – Mourinho

England menamatkan penantian 25 tahun untuk berada di kelompok empat terbaik Kejohanan Eropah (Euro) setelah membedil Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir Euro 2020, menerusi dua jaringan Harry Kane serta satu jaringan Harry Maguire dan Henderson. Mereka kini berpeluang melakar sejarah baru mara ke pentas final buat pertama kali, jika berjaya mengetepikan Denmark dalam pertembungan […]
Jatuh dalam air ketika timang bola, Christian Pulisic jadi bahan ketawa

Bintang Chelsea, Christian Pulisic menjadi bahan ketawa selepas dia tergelincir jatuh ke dalam air ketika menimang bola di atas bot. Pemain berusia 22 tahun itu sedang dalam percutian setelah membantu Chelsea menjulang Liga Juara-Juara Eropah dan kemudiannya memenangi Liga Negara-Negara CONCACAF bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat. Dia pada mulanya dilihat mempamer kebolehan melakukan timbangan dan […]
Euro 2020 : “Eloklah tu kalah, Ronaldo berlagak sangat tunjuk skill”

“Eloklah tu kalah, lain kali berlagaklah lagi”, demikian reaksi Dietmar Hamann mengenai kekalahan 2-4 Portugal kepada Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 Ahad lalu. Menurut Hamann yang juga bekas pemain tengah Jerman, Cristiano Ronaldo seperti kelihatan ‘bodoh’ kerana menunjuk-nunjuk kemahirannya, dan itu yang sebenarnya menjadi pembakar semangat pasukan Jerman untuk bangkit memenangi perlawanan itu. […]
“Nadi Christian Eriksen terhenti, ia pengalaman mengerikan” – doktor pasukan

Doktor pasukan Denmark, Martin Boesen menyifatkan ia pengalaman mengerikan selepas mendapati nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus bagi menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma. Pemain tengah Inter Milan itu tiba-tiba rebah pada minit ke-43 perlawanan Euro 2020 antara Denmark dan Finland dipercayai kerana cardiac arrest dan laporan mengatakan […]
Christian Eriksen terselamat daripada maut selepas rebah tidak sedarkan diri

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen terselamat daripada maut, selepas dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri selama beberapa minit dipercayai kerana cardiac arrest ketika perlawanan Euro 2020 menentang Finland, sebentar tadi. Insiden terjadi pada minit ke-43 dan pemain Inter Milan itu terus diberikan rawatan pantas daripada barisan pegawai perubatan pasukan, termasuk memberikan bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) […]
Mengimbau 5 final terakhir dari Euro 2000 ke Euro 2016

Bermula 12 Jun hingga ke 12 Julai depan, tumpuan penyokong bolasepak di seluruh dunia akan beralih ke saingan Euro 2020 yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan. 24 pasukan termasuk juara bertahan Portugal dan tujuh bekas juara berentap untuk menentukan siapakah ‘raja Eropah’ dalam saingan yang berlangsung di 11 buah negara ini. Jerman merupakan pasukan paling berjaya […]
Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020

Saingan Euro 2020 akan membuka tirainya pada 10 Jun 2021, buat kali kedua menyaksikan pembabitan 24 pasukan yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Semua sudah mengetahui barisan 26 pemain yang dibawa ke kejohanan kali ini oleh setiap pasukan, tetapi bagaimana pula dengan pemain yang tidak akan beraksi dalam edisi kali ini sama ada disebabkan pasukan mereka […]
Euro 2020 : Trent Alexander terselamat tatkala Southgate bawa 10 pertahanan

Gareth Southgate mengumumkan senarai akhir 26 pemain England yang akan membawa cabaran di Euro 2020 bulan ini. Tiga penjaga gol, sepuluh pemain pertahanan, lima pemain tengah dan lapan penyerang dibawa ke kejohanan kali ini yang berlangsung di 11 buah negara iaitu Denmark, England, Jerman, Hungary, Itali, Belanda, Romania, Russia, Scotland dan Sepanyol. Paling menjadi tumpuan […]
(Video) Nota yang tidak berguna!

Manchester United gagal menoktahkan kemarau trofi selepas kecundang dalam aksi final Europa League yang penuh epik pada awal pagi Khamis. Skuad Ole Gunnar Solskjaer tewas menerusi penentuan penalti 10-11 kepada kelab Sepanyol Villarreal selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan termasuk masa tambahan. Ketika penentuan penalti, tiada satupun daripada 10 sepakan penalti berjaya […]
Sepanyol umum skuad, tiada kelibat Kepa, Sergio Ramos di Euro 2020

Luis Enrique mengumumkan senarai pemain yang akan membawa cabaran Sepanyol di Euro 2020, dengan ketiadaan nama kapten pasukan Sergio Ramos paling menarik perhatian. Tonggak pertahanan Real Madrid yang telah membuat 180 penampilan bersama Sepanyol itu bergelut dengan kecederaan musim ini, di mana dia tiga kali mengalami kecederaan dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021. Terbaru, […]
Bintang bolasepak Israel buat benda ‘bodoh’ hiburkan diri

Penyerang PSV Eindhoven, Eran Zahavi menimbulkan kontroversi dan menjadi bahan kecaman di media sosial selepas dia memuatnaik gambar pemain Manchester United, Paul Pogba dan Amad Diallo yang telah diubahsuai mengibarkan bendera Israel. Gambar asal yang viral sebelum ini adalah Paul Pogba dan Amad Diallo mengibarkan bendera Palestin yang diberikan oleh penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan […]
Skuad penuh Portugal, Jerman dan Perancis di Euro 2020

Berikut senarai lengkap skuad 26 pemain bagi tiga pasukan gergasi Eropah yang diundi dalam kumpulan maut di saingan Euro 2020 yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2021. Juara bertahan Portugal dan dua bekas juara Perancis serta Jerman diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Hungary. Euro 2020 sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan ke […]
Aaron Ramsey Dedah Sebab Tolak awaran Manchester United

Sir Alex Ferguson membimbing Manchester United selama 26 tahun dan menjadikan pasukan itu sebagai gergasi bolasepak dunia manakala Old Trafford pula sebagai pentas yang menjadi impian pemain-pemain berkelas dunia mahu bermain – theatre of dreams. Sukar untuk seseorang pemain mengatakan tidak jika datang tawaran daripada Manchester United, apatah lagi jika Alex Ferguson sendiri yang mahukan […]
15 pemain berprofil tinggi yang tidak pernah sekalipun menjulang Liga Juara-Juara Eropah

Memenangi Liga Juara-Juara Eropah boleh dikatakan pelengkap gemilang seseorang pemain tetapi tidak semua pemain bertuah untuk menjulang trofi tersebut meskipun mereka merupakan nama besar dalam bolasepak dunia, malah mengharungi karier yang cemerlang bersama pasukan kelab mereka di pentas domestik. Labola Malaya menyenaraikan antara 15 pemain berprofil tinggi yang tidak pernah mendakap piala itu walaupun sekali. […]
Thomas Tuchel tak faham kenapa Manchester United beria minta penalti

Manchester United sekali lagi gagal untuk menewaskan pasukan-pasukan yang boleh dilabel sebagai gergasi Liga Perdana Inggeris, setelah sekadar seri tanpa jaringan menentang Chelsea pada awal pagi Isnin. Ia adalah keputusan seri tanpa jaringan kedua Manchester United menentang Chelsea bagi musim ini, dan sebagai rekod pasukan itu pada musim 2020/2021 tidak pernah menang menentang Tottenham Hotspurs, […]
Bernd Leno disuruh bunuh diri kerana aksi buruk

Media sosial ibarat sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita masa kini, lebih-lebih lagi bagi seseorang berstatus ‘public figure’ atau personaliti terkenal, pastinya berbangga apabila mempunyai ramai followers di facebook, instagram, twitter sebagainya. Lain pula ceritanya dengan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno, yang mendedahkan bahawa dia menjauhkan diri daripada platform tersebut, semuanya gara-gara komen berunsur […]
Penyokong Liverpool perlu akur gelaran liga sudah terlepas dari genggaman mereka

Liverpool mungkin tampak sudah boleh melupakan hasrat mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lalu. Krisis prestasi skuad kendalian Jurgen Klopp itu berterusan apabila tewas kali ketiga berturut-turut, kali ini 1-3 kepada Leicester City pada Sabtu, dan ia kekalahan kelima mereka dalam lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris. Lebih malang, penjaga gol yang dilabel […]
Suarez : ‘Dulu memang terkejut, tak sangka dibuang Barcelona, sekarang takde apa nak kesal’

Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez mengakui dia terkejut apabila dimaklumkan khidmatnya sudah tidak diperlukan di Barcelona oleh Ronald Koeman. Mana tidaknya, bintang sensasi Uruguay itu pantas menyesuaikan diri di Nou Camp setelah meninggalkan Liverpool dan selama enam musim di kelab Catalan itu, dia membantu Barcelona memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan Copa Del Rey […]
Rayuan kad merah : Nasib berbeza David Luiz, Jan Bednarek

Nasib berbeza dialami pertahanan Arsenal, David Luiz dan pertahanan Southampton, Jan Bednarek berhubung rayuan kad merah yang dikemukakan kelab masing-masing. Rayuan Arsenal untuk membatalkan kad merah yang dilayangkan kepada David Luiz ketika perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers pada Rabu tidak berjaya manakala rayuan oleh Southampton pula menyaksikan kad merah Bednarek pada perlawanan menentang Manchester United ditarik […]
Krisis pertahanan meruncing, pemain ‘buangan’ Arsenal mungkin jadi pilihan terdesak Liverpool

Krisis pertahanan yang semakin meruncing tampak akan menyaksikan Liverpool membuat pembelian terdesak minit akhir sebelum tarikh tutup jendela perpindahan kedua Liga Perdana Inggeris pada Isnin. Skuad The Reds sudah sedia kehilangan khidmat tonggak di benteng dalam kelibat Virgil Van Dijk dan Joe Gomez sejak awal musim, dan kecederaan terbaru dialami Joel Matip ketika perlawanan menentang […]
Rekod menentang Arsenal yang pastinya menakutkan Manchester United

Pertembungan antara Arsenal dan Manchester United di Emirates pada lewat malam Sabtu (1.30 pagi Ahad) menjadi perlawanan tumpuan yang dinantikan peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris minggu ini. Mana tidaknya, pertemuan antara kedua-dua pasukan gergasi EPL ini akan berlangsung ketika kedua-dua pasukan sudah kembali kepada prestasi mengagumkan dan berada dalam tahap keyakinan terbaik selepas mengharungi permulaan […]
Jika Bukan Kerana Wenger dan Arsenal, Saya Bukan Sesiapa – Penyesalan Fabregas

Bekas pemain kesayangan Arsenal, Cesc Fabregas mengakui betapa dia menyesal dengan cara dia menekan Arsene Wenger dalam usaha untuk keluar daripada pasukan itu dan menyertai Barcelona pada 2011. Fabregas yang turut pernah menyarung jersi kelab seteru London, Chelsea, selama lima musim berkata budi dan jasa Arsene Wenger terlalu besar di dalam membentuk perjalanan kariernya dan […]
6 pemain yang pernah dibeli Manchester United dari Serie A

Manchester United baru-baru ini telah melengkapkan pembelian Amad Diallo dari Atalanta, dan pemain berusia 18 tahun itu menjadi pemain ketujuh dari Serie A untuk menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu. Sejauh mana sumbangan pemain-pemain yang ‘diimport’ dari liga nombor satu Itali ini di dalam memacu prestasi pasukan, pembelian yang berbaloi atau tidak, jom kita […]
Patut tunda jer, main bola apa macam ni?

Real Madrid terlepas peluang memotong Atletico Madrid di kedudukan teratas La Liga selepas sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Osasuna awal pagi Ahad. Lebih menyakitkan hati pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, dia berpendapat perlawanan itu sepatutnya tidak diteruskan berikutan Sepanyol dilanda Ribut Filomena. Perlawanan di gelanggang Osasuna di Pamplona itu berlangsung dalam keadaan yang […]
Bengang tidak dipilih sebagai kapten, Salah kecewa dan tidak gembira di Liverpool

Bengang kerana tidak dipilih sebagai kapten pasukan ketika perlawanan Liga Juara Eropah menentang Midtjylland menjadi salah satu sebab penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah tidak gembira di Liverpool. Perkara itu didedahkan bekas rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Aboutrika yang tidak menolak kemungkinan ia memberi bayangan awal pemain itu sedang dipertimbangkan untuk dijual Liverpool. “Saya […]
10 pemain termahal ditandatangani Liverpool selepas diambil alih FSG

Sejak mengambil alih Liverpool pada Oktober 2010, Fenway Sports Group telah membelanjakan lebih dari £800 juta untuk membeli pemain baru. Dalam tempoh 10 tahun, mereka telah terlibat di dalam 20 pasaran perpindahan, dengan 69 pemain ditandatangani – ada yang menjadi pembelian berbaloi untuk wang yang dibelanjakan, ada yang menjadi pembelian yang sia-sia. Labola Malaya menyenaraikan […]
Aviophobia Yang Menyebabkan Dennis Bergkamp Dapatkan Rawatan Psikiatrik

Larian lincah, skil serta kawalan bola yang memukau lagi luar biasa, sentuhan-sentuhan magis mengelirukan dan penyudah berbisa menyaksikan Dennis Bergkamp memahat nama sebagai salah seorang genius bolasepak terbaik pernah disaksikan dunia. Bekas bintang Arsenal ini bermain di kelab utara London itu selama 11 musim sehingga ke penghujung kariernya dan dalam tempoh itu menjulang tiga kejuaraan […]
10 pemain pertama dibeli Arsene Wenger di Arsenal

Arsene Wenger membimbing Arsenal dari 1996 hingga 2018 sekaligus menjadi pengurus kedua paling lama mengendalikan satu pasukan di Liga Perdana Inggeris selepas Sir Alex Ferguson. Wenger memenangi tiga gelaran EPL dan tujuh trofi Piala FA, sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengurus paling berjaya di England. Dalam tempoh 22 tahun di kelab utara London itu, […]
11 Pemain Yang Menang EPL Dengan Dua Kelab Berbeza

Liga Perdana Inggeris disifatkan liga terbaik dan paling kompetitif di dunia. Ryan Giggs memegang rekod sebagai pemain paling berjaya, menjulang EPL sebanyak 13 kali sejak 1992/93, diikuti Paul Scholes sebanyak 11 kali – kesemuanya dilakukan bersama satu pasukan iaitu Manchester United. Dalam sejarah EPL, hanya 11 pemain sahaja yang pernah bergelar juara bersama dua pasukan […]
Griezmann tamatkan kontrak dengan Huawei berikutan penindasan terhadap etnik Uighur

Penyerang Barcelona Antoine Griezmann membuat keputusan menamatkan kontrak penajaan jangka panjangnya bersama syarikat telekomunikasi terkemuka Huawei, susulan pembabitan mereka dalam penindasan terhadap etnik islam Uighur. Firma penyelidikan berpangkalan di Amerika Syarikat, IPVM menerbitkan laporan bahawa Huawei bekerjasama dengan sebuah syarikat pengecaman wajah Megvii di dalam menguji satu sistem identifikasi yang boleh menentukan umur, jantina dan […]
15 bintang bolasepak dunia yang tidak pernah memenangi Liga Juara Eropah

Memenangi Liga Juara-Juara Eropah boleh dikatakan pelengkap gemilang seseorang pemain tetapi tidak semua pemain bertuah untuk menjulang trofi tersebut meskipun mereka merupakan nama besar dalam bolasepak dunia, malah mengharungi karier yang cemerlang bersama pasukan kelab mereka di pentas domestik. Labola Malaya menyenaraikan antara 15 pemain berprofil tinggi yang tidak pernah mendakap piala itu walaupun sekali. […]
Qatar sekumpulan dengan Portugal, Serbia dalam kelayakan Piala Dunia 2022

Kejohanan Bolasepak Piala Dunia akan berlangsung buat kali kedua di negara Asia, dan buat kali pertama di negara Islam apabila Qatar menjadi tuan rumah edisi 2022. Kali terakhir kejohanan terulung dunia itu dianjurkan di Asia adalah pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, yang menyaksikan Brazil muncul juara dengan menewaskan Jerman. Kuiz : Uji minda […]
James Rodriguez dilabel sebagai beban, ‘Mesut Ozil’ Everton

Hanya pada bulan September yang lalu, Everton dikatakan telah membuat antara rekrutmen terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dengan membawa masuk James Rodriguez, lebih menarik secara percuma. Malah pemain Colombia itu tidak mengecewakan, tampil cemerlang membantu Everton untuk melakar permulaan terbaik mereka dengan memenangi tujuh perlawanan pertama dalam semua pertandingan, seterusnya menerajui carta Liga Perdana Inggeris. […]
Terajang dan hancurkan bendera LGBT dianggap momen paling ‘gila’ Jamie Vardy

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy mencuri tumpuan penyokong bolasepak seluruh dunia apabila dia menerajang sekuat hati dan menghancurkan bendera pelangi LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) ketika meraikan jaringan kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United pada Ahad. Ketika permainan memasuki minit ke-90, Vardy menerima umpanan rakan sepasukan dan membuat larian ke dalam kotak penalti, sebelum […]
Frank Lampard namakan lima pemain terbaik dia pernah beraksi bersama

Frank Lampard bolehlah disifatkan sebagai salah seorang pemain tengah terbaik pernah disaksikan dunia ketika zamannya. Memulakan karier bersama West Ham pada pertengahan 90-an, pengurus Chelsea itu kemudiannya mengharungi perjalanan karier cukup gemilang menyaksikannya memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, dua Piala Liga, sekali memenangi Liga Juara Eropah dan Piala Europa bersama Chelsea. […]
Kalau bukan kerana SAF, Robin Van Persie akui mungkin tidak berpaling tadah

Bekas penyerang Manchester United, Robin Van Persie mendedahkan Sir Alex Ferguson adalah punca utama dia meninggalkan Arsenal dan menyertai pasukan itu pada musim 2012/2013. Perpindahan Robin Van Persie yang ketika itu kapten Arsenal ke kelab musuh ketat mereka itu mencetus sensasi dan boleh dikatakan menjadi kejutan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris musim tersebut, sehinggakan dia […]
Bintang Piala Dunia Senegal, Papa Bouba Diop meninggal dunia

Bintang Senegal ketika Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun, Papa Bouba Diop meninggal dunia pada Ahad selepas sekian lama bertarung dengan masalah kesihatan. Bouba Diop yang baru berusia 42 tahun cukup diingati susulan aksi heroic-nya di Piala Dunia 2002, di mana dia menjaringkan tiga gol dalam saingan Kumpulan A termasuk gol tunggal pada perlawanan pembukaan menentang […]
‘Jika Selangor menang, Maradona kata nak tanggung perbelanjaan kami main di Argentina’

Kata-kata cabaran dilontarkan legenda bolasepak dunia, Diego Armando Maradona ketika pertembungan antara Pilihan Selangor menentang Boca Juniors di Stadium Merdeka pada Januari 1982 kembali dikenang bekas pemain kebangsaan Zainal Abidin Hassan. “Sebelum perlawanan Maradona kata jika kami berjaya untuk menewaskan Boca Juniors, dia akan menanggung kesemua perbelanjaan pasukan untuk bermain perlawanan ulangan di Argentina dan […]
5 tonggak defensif ampuh Chelsea, dan harga mereka kurang dari seorang Harry Maguire

Rekod defensif Chelsea boleh dikatakan agak teruk pada musim lalu dan menjadi sasaran kritikan ramai, tak kira penyokong, pemerhati mahupun haters. Frank Lampard nampaknya berjaya menyelesaikan masalah itu dengan rekrutmen yang betul, serta dibantu beberapa pembelian bijak dan berbaloi, menyaksikan the blues kini kelihatan begitu ampuh di barisan pertahanan. Mereka mencatat enam clean-sheet dalam lapan […]
Lampard : ‘Giroud pemain penting di Chelsea tapi kalau dia nak pindah, dipersilakan’

Pengurus Chelsea, Frank Lampard memberi respon kepada keinginan Olivier Giroud yang mahu berpindah pada bulan Januari nanti. Giroud baru-baru ini mendedahkan bimbang dengan masa depannya di Stamford Bridge memandangkan sekadar menjadi pemain simpanan dan jarang diturunkan walaupun sebagai pemain gantian. Lampard gemar menggunakan seorang penyerang tengah dan kehadiran Timo Werner dari RP Leipzig pada awal […]
Ziege : ‘Saya tidak menyesal, tetapi perpindahan ke Liverpool boleh dielakkan’

Ketika zamannya, Christian Ziege dilabel sebagai salah seorang pemain pertahanan sayap terbaik dunia yang meniti kemuncak karier pada pertengahan 90-an bersama kedua-dua pasukan kelab serta pasukan kebangsaan Jerman. Kelebihan Ziege yang cukup dikagumi ramai adalah dia pemain pertahanan yang cenderung menjaringkan gol terutama menerusi percubaan jarak jauh, atau sepakan percuma sehingga digelar sebagai pakar bola mati. […]