TMJ Tembak Pengurusan Selangor Sekali Lagi Selepas Tewas Kepada Terengganu

Tunku Ismail gambar oleh Bernama TMJ Tembak Pengurusan Selangor Sekali Lagi Selepas Tewas Kepada Terengganu

Selangor gagal untuk meraih kemenangan dalam aksi pertama di bawah kendalian Nidzam Jamil, apabila tewas 0-2 kepada Terengganu pada Rabu. Jaringan oleh Habib Haroon dan Manuel Ott di separuh masa pertama memastikan kemenangan buat Terengganu bimbingan Nafuzi Zain, yang kini melebarkan rekod tanpa kalah mereka dengan Red Giants kepada sembilan perlawanan. Ia adalah kekalahan ketiga […]

Kena Gol Minit Akhir Sekali Lagi, Luahan Kecewa Jurulatih Melaka United

Asri Ninggal Melaka United Kena Gol Minit Akhir Sekali Lagi, Luahan Kecewa Jurulatih Melaka United

Bukan sekali atau dua, tapi ianya kali keempat musim ini Melaka United terpaksa berputih mata kerana melepaskan gol pada masa kecederaan. Ia pernah berlaku ketika menentang Sarawak United (tewas 2-3); Johor Darul Takzim (tewas 1-2) serta Sabah (tewas 1-2), dan malangnya ia berlaku sekali lagi ketika Sri Pahang bangkit penuh dramatik menjaringkan gol pada masa […]

“Memang Nak Sangat Jumpa JDT di Final, Syukur Ia Termakbul” – Nafuzi Zain

Nafuzi Zain final Piala FA "Memang Nak Sangat Jumpa JDT di Final, Syukur Ia Termakbul" - Nafuzi Zain

Selepas memacu Terengganu mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, Nafuzi Zain tanpa berselindung menyatakan impiannya bertemu JDT di perlawanan akhir menjadi kenyataan. Terengganu bangkit daripada ketinggalan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, dan kemudiannya menang menerusi tendangan penalti ke atas Selangor. Rahadiazli Rahalim muncul wira dengan menyelamatkan dua sepakan […]

Bertuah Jadi Pemain Kelantan, Siapapun Boleh Dapat Minit Permainan Di Bawah Rezal Zambery

Rezal Zambery Bertuah Jadi Pemain Kelantan, Siapapun Boleh Dapat Minit Permainan Di Bawah Rezal Zambery

Pemain-pemain Kelantan boleh dikatakan antara yang bertuah kerana siapapun di antara mereka berpeluang untuk mendapat minit permainan. Pengendali pasukan Rezal Zambery Yahya berkata, menjadi amalannya untuk menurunkan pemain yang berbeza tanpa ada istilah pemain ‘favourite’ mahupun pemain ‘anak emas’. Baginya, setiap pemain mempunyai kualiti tersendiri dan perlu diberi peluang sama rata untuk membuktikan apa yang […]

Farizal Marlias Lakar Sejarah Gemilang

Farizal 1 Farizal Marlias Lakar Sejarah Gemilang

Dalam tak sedar, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Farizal Marlias nampaknya telah melakar sejarah baru dalam perjalanan kariernya. Rupanya penampilan penjaga gol berusia 36 tahun itu ketika perlawanan Liga Super menentang Sarawak United pada Rabu lalu, merupakan penampilan ke-200 nya dalam jersi JDT sejak menyertai pasukan itu pada 2015. Ini menjadikannya sebagai pemain kedua […]

Keghairahan dan Nafsu Jordan Mintah Semakin Sukar Disekat

Jordan Mintah 2 Keghairahan dan Nafsu Jordan Mintah Semakin Sukar Disekat

Dua gol yang dijaringkan ketika membenam Kedah Darul Aman, ternyata menyemarakkan lagi nafsu dan keghairahan penyerang KL City, Jordan Mintah. Setelah menanti selepas tiga perlawanan, penyerang yang dipinjamkan dari Terengganu itu akhirnya menoktahkan penantian jaringan melalui dua gol, salah satunya melalui sepakan penalti yang sekaligus membantu KL City melakar kemenangan 2-1. Bukan sahaja mahu meredakan […]

Aidil Sharin Kecewa Tewas Kerana Sepakan Penalti

Aidil Shahrin Sahak jurulatih Kedah FA Aidil Sharin Kecewa Tewas Kerana Sepakan Penalti

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah pasukannya mengalami kekalahan di tangan KL City, dalam aksi Liga Super pada Rabu. Walaupun mendahului perlawanan menerusi jaringan Aiman Afif Azizul pada minit akhir separuh masa pertama, Kedah membenarkan KL City bangkit menerusi dua jaringan Jordan Mintah – salah satunya menerusi sepakan penalti. Tiga […]

Tolong Hantar Pengadil Pergi Kursus! – Christophe Gamel

Gamel kritik pengadilan Tolong Hantar Pengadil Pergi Kursus! - Christophe Gamel

Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel jelas berang dengan kualiti pengadilan yang menyebabkan pasukannya tewas kepada Terengganu dalam aksi Liga Super pada Ahad lalu. Sri Pahang tewas 1-2 menerusi jaringan Kpah Sherman dan penalti disempurnakan Faisal Halim pada lewat permainan, yang mana merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dan yang ketujuh secara keseluruhan dalam saingan musim ini. Menurut […]

Sri Pahang Hantar Surat Kepada FAM Pertikai Pengadilan ‘Abang Botak’

Sri Pahang kualiti pengadilan abang botak Sri Pahang Hantar Surat Kepada FAM Pertikai Pengadilan 'Abang Botak'

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung kualiti pengadilan ketika aksi menentang Terengganu pada Ahad lalu. Menerusi laporan Arena Metro, Suffian berkata tindakan itu diambil kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil Zulkarnain Zakaria atau popular dengan panggilan abang botak […]

Buat Kesilapan Mudah dan Bahayakan Pasukan, Gamel Tegur Samassa

Samassa Sri Pahang Buat Kesilapan Mudah dan Bahayakan Pasukan, Gamel Tegur Samassa

Sri Pahang antara yang mencuri tumpuan musim ini apabila merekrut penjaga gol dari Mali, Mamadou Samassa untuk mengisi salah satu slot pemain import. Sebelum ini hanya KL City yang menggunakan khidmat penjaga gol import, Kevin Mendonza. Langkah diambil Sri Pahang dipercayai untuk membantu pasukan itu mengatasi kepincangan di barisan defensif setelah menjadi salah satu pasukan […]

Liga Super : Prestasi Yo-Yo Resahkan Pengendali Sri Pahang

Christophe Gamel Sripahang Liga Super : Prestasi Yo-Yo Resahkan Pengendali Sri Pahang

Sri Pahang akhirnya berjaya meleraikan badi KL City, apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan juara Piala Malaysia itu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super yang berlangsung pada Sabtu.  Skuad tok gajah tewas dalam kesemua empat perlawanan menentang pasukan bimbingan Bojan Hodak itu pada musim lalu, tetapi kali ini tidak membiarkan rekod […]

Luis Diaz Sepatutnya Menyertai Manchester United – Rangnick

Luis Diaz Luis Diaz Sepatutnya Menyertai Manchester United - Rangnick

Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick mendedahkan beberapa ‘pegawai’ di kelab berkenaan bertanggungjawab atas kegagalan kelab itu mendapatkan seorang penyerang berwibawa pada jendela perpindahan Januari lalu. Menurut Rangnick, antara senarai penyerang yang dijadualkan tiba ke Old Trafford melibatkan Luis Diaz dari Porto, Julian Alvarez dari River Plate dan Dusan Vlahovic dari Fiorentina bagi membantu mempertajamkan […]

“Dia Macam Kena Tembak Dengan Pistol Besar”, Sathianathan Naik Angin

Sathianathan "Dia Macam Kena Tembak Dengan Pistol Besar", Sathianathan Naik Angin

Pengendali Sarawak United, B.Sathianathan jelas berang dengan pemain Negeri Sembilan, David Mawutor yang disifatkannya sebagai berlakon untuk mendapatkan sepakan penalti ketika pertembungan antara kedua-dua pasukan di Kuching pada Jumaat. Herold Goulon menyudahkan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-64 dan Matheus Alves menambah satu jaringan berselang lima minit untuk membantu Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan dan […]

“Pemain Kedah Pancit, Jadi Kita Ambil Kesempatan” – Asri Ninggal

Melaka United 3 "Pemain Kedah Pancit, Jadi Kita Ambil Kesempatan" - Asri Ninggal

Dua perlawanan, dua kemenangan – nampaknya pengendali sementara Melaka United, Asri Ninggal tidak mengambil masa lama untuk membawa impak positif. Sebelum ini, Asri yang mengambil alih tugas dari Risto Vidakovic membantu Melaka United melakar kemenangan pertama dengan menewaskan Sri Pahang 2-1 di tempat lawan. Kali ini dia membimbing pasukan itu mencatat kemenangan kedua dengan bangkit […]

Sukan SEA : Bintang Terengganu Antara Yang Digugur Daripada Senarai Akhir

2A7A13E4 6AB4 4BB4 818D 98A3CA15B1AC Sukan SEA : Bintang Terengganu Antara Yang Digugur Daripada Senarai Akhir

Jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang akan membawa cabaran di temasya Sukan SEA 2021. Maloney sebelum ini membawa 24 pemain ke Vietnam tetapi terpaksa mengetepikan empat pemain kerana peraturan pertandingan hanya membenarkan 20 pemain untuk didaftarkan. Empat pemain yang disisihkan adalah penjaga gol skuad Liga Super Terengganu, Rahadiazli Rahalim; […]

Malaysia Diyakini Boleh Menang Emas Sukan SEA 2021

FB IMG 1651797277261 Malaysia Diyakini Boleh Menang Emas Sukan SEA 2021

Biarpun tidak dilihat sebagai pencabar utama bagi temasya Sukan SEA 2021 berikutan deretan keputusan kurang meyakinkan sejak kebelakangan ini, skuad B-23 negara tetap mempunyai peluang cerah untuk memenangi pingat emas. Keyakinan itu disuarakan oleh pemain tengah Umar Hakeem Suhar Rezwan, yang mengakui meletakkan harapan tinggi untuk membantu skuad negara menoktahkan kemarau emas 11 tahun. Pemain […]

Liga Super : Kedah Sudah Lupa Igauan Buruk, Tak Sabar Nak Bangkit

Aidil Sharin

Tewas besar dalam dua perlawanan musim ini, Kedah Darul Aman tidak rela maruah mereka dipijak buat kali ketiga apabila melayan kunjungan Melaka dalam aksi ketujuh Liga Super pada Jumaat. Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak memulakan kempen dengan bergaya setelah melakar tiga kemenangan berturut-turut dan menghimpit rapat Johor Darul Takzim, namun dua daripada tiga aksi terakhir […]

Maloney Yakin Skuad Akan Lebih Mantap Di Sukan SEA

FB IMG 1651642722886 Maloney Yakin Skuad Akan Lebih Mantap Di Sukan SEA

Walaupun bertandang ke Sukan SEA 2021 dengan persiapan tak segah mana berikutan kelewatan mengumpulkan kesemua pemain, Brad Maloney yakin pasukan kendaliannya akan tampil lebih mantap. Skuad muda negara yang berdepan kritikan hebat kerana kegagalan di Piala AFF B-23 apabila tewas kedua-dua perlawanan kepada Laos, terus menjadi sasaran kecaman kerana tewas kepada Timor Leste sebelum kemudiannya […]

Penjualan Perak FC Tidak Memenuhi Kriteria Ditetapkan?

FB IMG 1651571404291 Penjualan Perak FC Tidak Memenuhi Kriteria Ditetapkan?

Pihak JR Resources yang pada awalnya berhasrat membeli pasukan Perak FC, mempertikai tindakan Impact Media and Communications menjual kelab itu kepada pihak lain. Seperti diketahui, Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini mengumumkan syarikat telekomunikasi XOX Berhad sebagai pemilik baru Perak FC yang dilihat sekaligus menoktahkan kemelut pemilikan pasukan itu sejak berbulan-bulan lamanya. Begitupun, tindakan itu […]

Dikritik Hebat, FAM Jawab Sebab Senaraikan Luqman Dalam Skuad Sukan SEA

Logo FAM Dikritik Hebat, FAM Jawab Sebab Senaraikan Luqman Dalam Skuad Sukan SEA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi sebab mengapa mereka menyenaraikan Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) dari GBX Esports Team dalam skuad Erimau yang akan mengambil bahagian di Sukan SEA 2021 bulan ini. Badan induk itu pada Selasa mengumumkan senarai akhir empat pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad FAM eRimau kebangsaan, Ahmad Akmal Abdul Rafil. Selain Luqman Haziq, […]

Tak Mungkin Sejarah Tercipta Buat JDT Jika Bukan Kerana TMJ

IMG 20220502 WA0010 Tak Mungkin Sejarah Tercipta Buat JDT Jika Bukan Kerana TMJ

Kejayaan Johor Darul Takzim melakar sejarah gemilang bolasepak tanah air apabila melangkah penuh bergaya ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia 2022 tidak mungkin terjadi jika bukan kerana Tunku Ismail Sultan Ibrahim. JDT mara selaku juara Kumpulan I yang turut dihuni tiga pasukan gergasi Asia iaitu Kawasaki Frontale (Liga Jepun), Ulsan Hyundai (Korea) dan Guangzhou Evergrande […]

Hamidin Tabik TMJ dan Kejayaan JDT!

Hamidin dan Tunku Ismail Hamidin Tabik TMJ dan Kejayaan JDT!

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menganggap kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk melakar kejayaaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa. JDT mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan I di Stadium Sultan […]

Hukuman Potong 9 Mata Kekal, Tapi Perak Boleh Terus Bersaing di Liga Malaysia

Stuart Ramalingam 1 Hukuman Potong 9 Mata Kekal, Tapi Perak Boleh Terus Bersaing di Liga Malaysia

Hukuman pemotongan sembilan mata yang dikenakan ke atas Perak FC sebelum ini kekal walaupun kelab itu kini sudah ada pemilik baru. Malaysian Football League (MFL) pada Jumaat mengesahkan syarikat telekomunikasi XOX Berhad sebagai pemilik baru Perak FC yang sekaligus membolehkan mereka terus kekal bersaing dalam Liga Malaysia. Begitupun CEO MFL Stuart Ramalingam memberitahu, pemotongan tiga […]

Herold Goulon Rekrut Terbaik NS, Melepaskannya Satu Kesilapan Oleh Sri Pahang?

FB IMG 1651236109389 Herold Goulon Rekrut Terbaik NS, Melepaskannya Satu Kesilapan Oleh Sri Pahang?

Adakah melepaskan pemain pertahanan Herold Goulon adalah satu kesilapan dibuat oleh pengurusan Sri Pahang FC? Pemain dari Perancis itu ketika ini cukup menyerlah bersama pasukan barunya Negeri Sembilan, malah satu statistik lebih menarik dia telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan untuk membantu skuad Hoben jang Hoben berada di kedudukan keempat Liga Super. Ini menjadikannya […]

Sabah Lepaskan Saddil Ramdani Untuk Bermain Satu Perlawanan Di Sukan SEA 2021

Saddil Ramdani Sabah Lepaskan Saddil Ramdani Untuk Bermain Satu Perlawanan Di Sukan SEA 2021

Timnas B-23 Indonesia menerima perkhabaran gembira apabila Sabah akhirnya bersetuju untuk melepaskan pemain sayap mereka, Saddil Ramdani untuk beraksi di Sukan SEA Hanoi 2021. Begitupun, Indonesia hanya boleh menggunakan khidmat pemain itu untuk satu perlawanan sahaja iaitu perlawanan sulung menentang Vietnam pada 6 Mei, sepertimana dimaklumkan Sabah dalam satu kenyataan. Ini kerana pasukan kendalian Datuk […]

Mora Terkejut Dengan Aksi Nathaniel Kemudi Tengah

FB IMG 1651148529703 Mora Terkejut Dengan Aksi Nathaniel Kemudi Tengah

Pengendali Johor Darul Takzim, Benjamin Mora mengakui terkejut dengan permainan ditunjukkan Nathaniel Shio Hong Hwan, yang mengemudi jentera tengah pasukan itu dengan cukup cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Nathaniel diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Kawasaki Frontale minggu lalu menggantikan Natxo Insa yang direhatkan, dan dia berjaya mengekalkan tempatnya ketika JDT menewaskan Guangzhou Evergrande […]

JDT Sebenarnya Telah Diberi Notis, Cuma FAM Tidak Kecohkan Kepada Umum

JDT flare JDT Sebenarnya Telah Diberi Notis, Cuma FAM Tidak Kecohkan Kepada Umum

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar memberitahu bahawa pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sebenarnya telah diberi notis berhubung tindakan penyokong mereka membakar flare selepas berakhir perlawanan menentang Terengganu FC pada 10 April lalu. Ia sekaligus menepis tanggapan segelintir penyokong bahawa badan induk itu tidak berani mengambil tindakan ke atas pasukan milik Tunku […]

“Amri Yahyah Pemain Berkualiti, Tetapi Tidak Relevan Untuk Skuad Kebangsaan”

Amri Yahyah Sabah FC "Amri Yahyah Pemain Berkualiti, Tetapi Tidak Relevan Untuk Skuad Kebangsaan"

Nama penyerang veteran, Amri Yahyah tiba-tiba meletup apabila dia melakar pencapaian sensasi meledak jaringan hatrik ketika Sabah menewaskan Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super pada Ahad lalu. Menjaringkan hatrik mungkin perkara biasa, tetapi untuk pemain berusia 41 tahun melakukannya dilihat sebagai luar biasa, apatah lagi ia dilakukan dalam saingan tertinggi bolasepak tanah air, bukannya […]

Benjamin Mora Tak Kecewa Kerana Tahu Jurang Jauh Berbeza Antara Kawasaki dan JDT

Benjamin Mora ACL 2022 1 Benjamin Mora Tak Kecewa Kerana Tahu Jurang Jauh Berbeza Antara Kawasaki dan JDT

Pengendali Johor Darul Takzim, Benjamin Mora, menerima kekalahan besar 5-0 kepada Kawasaki Frontale dengan hati terbuka, menyedari jurang yang begitu jauh antara kedua-dua pasukan. Menurutnya, Kawasaki Frontale diketahui sebagai satu daripada kelab gergasi Asia dan beliau memuji barisan pemainnya kerana tetap memberikan tentangan yang sengit. Malah, rata-rata pemain diturunkan Benjamin Mora pada perlawanan di Stadium […]

OKS : Amri Yahyah Cipta Satu Rekod Yang Sangat Sukar Untuk Dipecahkan

FB IMG 1650875941724 OKS : Amri Yahyah Cipta Satu Rekod Yang Sangat Sukar Untuk Dipecahkan

Prestasi luar biasa yang dipamerkan penyerang veteran, Amri Yahyah, sehingga meledak hatrik ketika membenam Kedah Darul Aman(KDA) FC, 4-0 di Stadium Likas mendapat pujian daripada pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. Beliau percaya rekod yang dilakar Amri selaku pemain paling berusia meledak hatrik di Liga Malaysia pada usia 41 tahun, tidak akan dipecahkan oleh […]

Sathianathan Pertahan MFL, Sokong Jadual Liga Super Dipinda

Sathianathan bidas Lim Teong Kim Sathianathan Pertahan MFL, Sokong Jadual Liga Super Dipinda

Pada ketika penyokong bolasepak tanah air dilihat naik angin dan kecewa dengan tindakan Malaysian Football League (MFL) meminda jadual beberapa perlawanan Liga Super bagi musim ini, jurulatih-jurulatih pasukan yang bertanding pula rata-ratanya tiada bangkangan terhadap keputusan itu. Ini termasuklah ketua jurulatih skuad kebangsaan, B.Sathianathan yang tampil mempertahankan keputusan MFL meminda beberapa perlawanan dari matchday ke-7 […]

Pengadil ‘Botak’ Peluk dan Tenangkan Nik Sharif Haseefy Curi Tumpuan Penyokong

Reff botak Pengadil 'Botak' Peluk dan Tenangkan Nik Sharif Haseefy Curi Tumpuan Penyokong

Kelibat pengadil Zulkarnain Zakaria atau dikenali sebagai ‘reff botak’ dalam kalangan penyokong seringkali mencuri tumpuan. Pengadil itu sekali lagi menjadi perhatian berikutan gelagatnya memeluk dan menenangkan pemain sayap Selangor, Nik Sharif Haseefy ketika pertembungan antara pasukan itu dan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat. Insiden ‘rare’ pada minit ke-75 itu berlaku selepas […]

Zamsaham Mahu Hadiahkan Lot Banglo Buat Rezal Zambery dan Bonus Buat Pemain Kelantan

Kelantan FC vs Perak Zamsaham Mahu Hadiahkan Lot Banglo Buat Rezal Zambery dan Bonus Buat Pemain Kelantan

‘Durian runtuh’ menanti ketua jurulatih, barisan pegawai dan pemain pasukan Kelantan FC sekiranya berjaya menjuarai saingan Liga Premier musim ini. Pemilik pasukan pantai timur itu, Norizam Tukiman (Zamsaham) dalam satu posting di facebook peribadi beliau menyatakan, “Mungkin terlalu awal, tetapi nak kasi semangat, inshaAllah kalau jadi juara Liga Perdana tahun ini, saya nak bagi tanah […]

Buktikan Dulu Kalau Mahu Terpilih Ke Sukan SEA, Peringatan Buat Hadi Fayyadh

Hadi Fayyadh Buktikan Dulu Kalau Mahu Terpilih Ke Sukan SEA, Peringatan Buat Hadi Fayyadh

Beraksi di Liga Jepun bukan tiket automatik untuk Hadi Fayyadh mendapat tempat dalam skuad akhir Sukan SEA 2021 di Vietnam bulan depan. Penyenaraian nama pemain itu walaupun tiada minit permainan bersama kelab Divisyen 3 Jepun, Azul Claro Numazu adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemampuannya, dan Hadi Fayyadh perlu membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa. Itu […]

Bagi Saya Satu Peluang Untuk Perkuatkan Harimau Malaya – Syihan Hazmi

Syihan Hazmi Bagi Saya Satu Peluang Untuk Perkuatkan Harimau Malaya - Syihan Hazmi

Penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi tidak menyembunyikan hasratnya mahu kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan. Pemain berasal dari Kelantan ini merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pernah menjadi sebahagian daripada skuad B-23 kebangsaan beberapa tahun lepas selain turut pernah beraksi sekali untuk skuad senior kebangsaan ketika menentang Palestin pada 2013. Gara-gara sangkut doping pada […]

Jangan Jadikan Aidilfitri Kami Suram, Tiada Bermakna – Yusri Che Lah

Yusri Che Lah Skuad Projek FAM MSN Jangan Jadikan Aidilfitri Kami Suram, Tiada Bermakna - Yusri Che Lah

Tempoh lanjutan yang diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi Perak untuk menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan sehingga 29 April ini memberi kelegaan buat pegawai dan pemain Perak FC. Menurut ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, beliau berterima kasih dengan keputusan dibuat MFL melalui First Instance Body (FIB) yang masih sudi memberi peluang kedua buat […]

Lima Bintang Buat Barisan Pertahanan JDT

JDT Shane Lowry Lima Bintang Buat Barisan Pertahanan JDT

Buat kali pertama dalam sejarah penyertaan di Liga Juara-Juara Asia, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menamatkan tiga aksi pusingan pertama peringkat kumpulan tanpa tewas dan memimpin carta Kumpulan I dengan tujuh mata. Keputusan seri tanpa jaringan menentang kelab J1, Kawasaki Frontale, pada Khamis meletakkan JDT di landasan tepat untuk mengecap sasaran mara peringkat seterusnya. Dalam […]

Tak Perlu Gelar Zatara ‘Scammer’, Dia Akan Skor Nanti – Gamel

Mahmoud Zatara Tak Perlu Gelar Zatara 'Scammer', Dia Akan Skor Nanti - Gamel

Ketidaktajaman Mahmoud Zatara di depan gol lawan menyebabkan penyokong Sri Pahang cukup kecewa dengan prestasinya, malah sudah ada yang menyatakan pihak pengurusan kena ‘scam’ sekali lagi dengan pemain import sepertimana musim-musim sebelumnya. Pemain itu baru menjaringkan satu gol dalam empat penampilan (termasuk Piala FA), itupun menerusi sepakan penalti ketika menentang Melaka United minggu lalu. Ini […]

Kalau Ada 4 atau 5 Piala Sekalipun, JDT Boleh Sapu Bersih Semua – Penganalisis

JDT 1 Kalau Ada 4 atau 5 Piala Sekalipun, JDT Boleh Sapu Bersih Semua - Penganalisis

Penganalisis sukan, Dr Pekan Ramli tidak nampak sebarang sebab yang boleh menghalang Johor Darul Takzim daripada menyapu bersih kesemua piala yang dipertandingkan di pentas domestik. Skuad Benjamin Mora ketika ini bukan sahaja mendominasi saingan Liga Super tanpa mencicirkan sebarang mata dalam empat perlawanan malah turut unggul di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan dua kemenangan […]

Ronald Ngah Setanding Marlon? Bagai Langit Dengan Bumi! – Bekas Jurulatih Kedah

Ronald Ngah Wanja Ronald Ngah Setanding Marlon? Bagai Langit Dengan Bumi! - Bekas Jurulatih Kedah

Meskipun kembali menemui sentuhan jaringan dengan ledakan dua gol ketika menentang Penang FC minggu lalu, itu tidak menjadikan penyerang Kedah, Ronald Ngah Wanja sebagai penyerang yang wajar disegani dalam saingan Liga Malaysia. Demikian pandangan bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah, yang tidak sedikitpun tertarik dengan kelibat pemain dari Cameroon itu yang setakat ini telah meledak […]

Terengganu Kecewa Kpah Sherman Kena Kad Merah Padahal Dia Tak Sengaja

FB IMG 1650278979925 Terengganu Kecewa Kpah Sherman Kena Kad Merah Padahal Dia Tak Sengaja

Walaupun berjaya melakar kemenangan pertama dalam Liga Super 2022 dengan menewaskan Sarawak United, Terengganu sedikit kecewa berikutan terpaksa menamatkan aksi dengan hanya 10 pemain. Ia susulan kad merah dilayangkan kepada penyerang utama mereka, Kpah Sherman pada minit ke-33 sekaligus menyaksikan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh hampir satu jam. Menurut […]

Christophe Gamel Nafi Sri Pahang Pandang Rendah Melaka United

Chris Gamel Christophe Gamel Nafi Sri Pahang Pandang Rendah Melaka United

Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel menolak tanggapan bahawa pasukannya terlalu mengambil mudah cabaran Melaka United lantas menjadi punca mereka tewas 1-2 dalam aksi Liga Super 2022 pada Sabtu. Melaka United diketahui bertandang ke Kuantan dengan dihimpit beberapa kemelut dalaman termasuklah kehilangan ketua jurulatih sehari Risto Vidakovic sebelum perlawanan. Namun Christophe Gamel berkata punca sebenar kekalahan […]

Dickson Nwakaeme Sedih, Dah Banyak Kali Bagitahu Pengurusan Sri Pahang

Dickson Nwakaeme import Pahang Dickson Nwakaeme Sedih, Dah Banyak Kali Bagitahu Pengurusan Sri Pahang

Permulaan hambar Sri Pahang bagi musim 2022 belum ada noktahnya, terbaru mereka dimalukan Melaka United dengan kekalahan 1-2 di laman sendiri. Ini bermakna skuad Christophe Gamel yang dicanang akan tampil berbeza bagi musim baru, belum menang walau satu pun aksi 90 minit setelah mengharungi empat perlawanan termasuk Piala FA. Mereka seri tanpa jaringan menentang Manjung […]

Kerajaan Negeri Tolonglah Perak FC Buat Satu Kali Yang Terakhir

Firdaus Mohamed FAM Kerajaan Negeri Tolonglah Perak FC Buat Satu Kali Yang Terakhir

Hanya beberapa hari sahaja lagi, peta bolasepak Malaysia bakal kehilangan satu lagi pasukan penuh tradisi, penuh sejarah dalam saingan Liga Malaysia. Selepas Perlis disingkirkan pada 2019 kerana masalah kewangan, Perak nampaknya bakal mengikut jejak mereka atas alasan sama. Jika mereka gagal untuk menyelesaikan tunggakan gaji sebelum atau pada 21 April ini maka First Instance Body […]

Benjamin Mora Akui Terkejut JDT Berpesta Gol

FB IMG 1650114439693 Benjamin Mora Akui Terkejut JDT Berpesta Gol

Bukan sahaja meraih tiga mata dengan menewaskan bekas juara, tetapi berjaya pula melakar kemenangan besar dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 dengan menewaskan Guangzhou Evergrande jelas mengujakan pengendali Johor Darul Takzim, Benjamin Mora. Pengendali kelahiran Mexico itu berkata pasukannya memang turun dengan sasaran mencatat kemenangan, tetapi mengakui terkejut mereka menang cukup bergaya 5-0 […]

Lawat Farizal Marlias, Penyokong Puji Kelas Berbeza Ditunjukkan Kim Pan-gon

FB IMG 1650084486558 Lawat Farizal Marlias, Penyokong Puji Kelas Berbeza Ditunjukkan Kim Pan-gon

Penyokong bolasepak tanah air memuji keprihatinan dan kelas berbeza ditunjukkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang meluangkan masa untuk melawat penjaga gol Johor Darul Takzim, Farizal Marlias bersama barisan penolongnya E.Elavarasan dan Cho Junho di kediaman pemain itu. Mereka bertiga sebelum itu telah hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia […]

Melaka United Sudah Ada Pengganti Risto Vidakovic

Screenshot 2022 0416 120529 Melaka United Sudah Ada Pengganti Risto Vidakovic

Pemilik Melaka United, Datuk Seri Justin Lim mengesahkan bahawa pasukan itu sudahpun mempunyai calon untuk menggantikan Risto Vidakovic yang ditamatkan kontraknya beberapa hari lalu. Menurut Justin selain pengendali tempatan, pengurusan Melaka United turut merisik beberapa jurulatih luar negara untuk membimbing pasukan itu. “Kami sudah ada nama untuk menggantikan Vidakovic namun setakat ini belum memutuskan mahu […]

“Terengganu Sudah Belajar Daripada Kesilapan” – Hakimi Abdullah

FB IMG 1650025576843 "Terengganu Sudah Belajar Daripada Kesilapan" - Hakimi Abdullah

Pemain tengah Terengganu FC, Hakimi Abdullah menganggap pasukan kini lebih bersedia dan telah belajar daripada kesilapan untuk memburu kemenangan pertama menentang Sarawak United FC, Ahad ini. Selepas berdepan dua kekalahan, anak buah Nafuzi Zain ini nyata enggan terus tercicir mata dan ingin segera mendapatkan kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan liga yang menyaksikan mereka kini di tangga […]

Pertembungan Sifu dan Anak Murid, Dapatkah Maniam ‘Makan’ Devan?

Maniam PJ City Pertembungan Sifu dan Anak Murid, Dapatkah Maniam 'Makan' Devan?

Aksi Negeri Sembilan FC dan PJ City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Sabtu ini jelas menjadi sesuatu yang istimewa buat pengendali pasukan masing-masing, K.Devan dan P.Maniam yang merupakan dua sahabat baik di luar padang. Sudah tidak asing lagi dengan falsafah bola sepak masing-masing, mereka berdua menghormati kredibiliti serta kemampuan antara satu sama […]

“Saya Bukan Pemain Yang Istimewa, Ramai Lagi Yang Lebih Bagus” – Saddil Ramdani

Saddil Ramdani 1 "Saya Bukan Pemain Yang Istimewa, Ramai Lagi Yang Lebih Bagus" - Saddil Ramdani

Pemain tonggak Sabah FC, Saddil Ramdani meminta jasa baik penyokong-penyokong Indonesia untuk menghentikan serangan dan sebarang provokasi ke atas kelabnya itu berhubung keengganan mereka melepaskannya untuk bermain di Sukan SEA 2021 pada Mei depan. Saddil Ramdani tidak mahu tindakan penyokong-penyokong ini menyerang secara ‘membabi buta’ hanya akan mengeruhkan hubungannya dengan kelab, sedangkan isu ini baginya […]

Benjamin Mora : “Tak Salah Memasang Impian, Ia Adalah Percuma”

Benjamin Mora ACL 2022 Benjamin Mora : "Tak Salah Memasang Impian, Ia Adalah Percuma"

Johor Darul Takzim (JDT) akan membuka kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 pada Jumaat apabila turun menentang Guangzhou Evergrande dalam aksi Kumpulan I. Pendahulu Liga Super itu seperti diketahui semua meletakkan sasaran tinggi, mahu melepasi peringkat kumpulan dalam edisi kali ini – sesuatu yang gagal dilakukan mereka dalam tiga edisi terdahulu. Bagi Benjamin Mora, dia […]

Gamel Tidak Mahu Jadi Mangsa Pengadil Buat Kali Ketiga Berturut-turut

Christophe Gamel 1 Gamel Tidak Mahu Jadi Mangsa Pengadil Buat Kali Ketiga Berturut-turut

Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel berharap tidak tercatat sejarah hatrik kesilapan pengadil apabila pasukannya turun dalam misi memburu kemenangan pertama musim ini menentang Melaka United, pada Sabtu. Pengendali dari Perancis itu berkata hilang lima mata daripada dua perlawanan awal gara-gara kesilapan pengadil yang telahpun diakui oleh Persatuan Bolasepak Malaysia, bukan sahaja kerugian besar kepada pasukan […]

Tiada Usaha Selesai Tunggakan, Perak FC Akan Ditolak Lagi Enam Mata

Stuart Ramalingam 1 Tiada Usaha Selesai Tunggakan, Perak FC Akan Ditolak Lagi Enam Mata

Perak FC nampaknya akan kehilangan enam lagi mata susulan kegagalan pemilik mereka menyelesaikan tunggakan gaji mengikut tarikh yang ditetapkan Malaysian Football League. Pasukan kendalian Yusri Che Lah itu telah dipotong tiga mata sebelum ini selepas kegagalan menyelesaikan tunggakan pada tarikh akhir pertama pada 7 April, dan kegagalan menyelesaikannya pada tarikh akhir kedua iaitu 14 April […]

Apa Guna Ada VAR Jika Pengadil Tiada Kualiti? -Penganalisis

Fadzrul Danel kad merah menolak pengadil Apa Guna Ada VAR Jika Pengadil Tiada Kualiti? -Penganalisis

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia hanya akan menjadi sia-sia dan tidak banyak membantu sekiranya kualiti pengadil masih di tahap yang lemah. Itu pandangan penganalisis sukan tanah air, Dr Pekan Ramli, sebagai respon kepada pendapat bahawa sudah tiba masa VAR digunakan bagi mengatasi masalah pengadilan cap ayam Liga Malaysia. Menurutnya VAR hanya akan […]

Indonesia Mahu Campur Tangan FAM Dalam Isu Saddil Ramdani

Saddil Ramdani Indonesia Mahu Campur Tangan FAM Dalam Isu Saddil Ramdani

Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) baru-baru ini telah mengumumkan 29 nama untuk kem latihan pusat pasukan Sukan SEA 2021 mereka. Enam pemain berpengkalan di luar negara disenaraikan termasuklah yang berkelana di Liga Malaysia, Saddil Ramdani namun sayangnya pemain itu difahamkan enggan dilepaskan oleh kelabnya Sabah FC. Ini membawa kepada kemungkinan Saddil Ramdani akan terlepas peluang […]

Sudah Jaring 8 Gol Dalam 4 Perlawanan, Herlison Caion Bakal Jadi Mesin Gol Liga Malaysia

Herlison Caion Sudah Jaring 8 Gol Dalam 4 Perlawanan, Herlison Caion Bakal Jadi Mesin Gol Liga Malaysia

Selangor FC nampaknya berjaya mencari pengganti tepat mengisi kekosongan ditinggalkan penjaring terbanyak mereka selama dua musim berturut-turut, Ifedayo Olesegun, dalam kelibat Herlison Caion. Pemain itu tidak mengambil masa lama untuk menjumpai sentuhan dalam Liga Malaysia apabila setakat ini telah menjaringkan lapan gol buat Red Giants dalam hanya empat perlawanan, lima di dalam saingan Liga Super […]

‘Move On’ Jer, Apa Yang Terjadi Ada Hikmah – Fayadh Zulkifli

Fayadh 'Move On' Jer, Apa Yang Terjadi Ada Hikmah - Fayadh Zulkifli

Kekalahan besar 1-4 kepada Selangor pada minggu lalu, tidak sepatutnya terus menghantui barisan pemain Kedah Darul Aman tatkala mereka perlu untuk mengambil pengajaran daripadanya. Itu pandangan pemain sayap KDAFC, Fayadh Zulkifli, yang menegaskan bahawa keputusan di Petaling Jaya perlu segera dilupakan dan tumpuan kini adalah kembali ke landasan kemenangan apabila sang kenari turun berdepan Penang […]

“Gaji Nombor Dua, Yang Penting Kami Nak Main Bola”

Faris Zabri "Gaji Nombor Dua, Yang Penting Kami Nak Main Bola"

Isu tunggakan gaji dalam kancah Liga Malaysia bagaikan tiada noktah, belum pun reda masalah satu pasukan, pasukan lain pula dirundung masalah sama, sedangkan liga musim 2022 bermula baru sahaja beberapa perlawanan. Selepas Perak, KL City dan Melaka United, giliran pemain dan pegawai Uitm FC pula dikatakan sudah empat bulan tidak menerima gaji, sepertimana diakui sendiri […]

Jamal Nasir Kecewa Jurulatih Tempatan Dipinggir dan Dipandang Sebelah Mata

Jamal Nasir

Kenapa mesti mengagungkan dan terhegeh-hegeh memburu khidmat jurulatih luar negara, sedangkan ramai jurulatih tempatan yang berkaliber dalam kancah bolasepak tempatan. Itu persoalan dibangkitkan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang kecewa melihat jurulatih tempatan ibarat dipandang sebelah mata, seolah-olah lesen profesional mereka tiada nilai. Dalam kancah Liga Super, hanya lima pasukan menggunakan khidmat jurulatih […]