[Retro] Kisah Bojan Hodak Ganti Peter Butler, Bawa Kelantan Menangi Treble

Bojan Hodak [Retro] Kisah Bojan Hodak Ganti Peter Butler, Bawa Kelantan Menangi Treble

Tanggal 20 Oktober 2012 terciptanya sejarah gemilang bolasepak Kelantan apabila menjuarai Piala Malaysia seterusnya melengkapkan tiga kejuaraan semusim selepas terdahulu menjulang Piala FA dan trofi Liga Super. Skuad The Red Warriors menjadi pasukan ketiga selepas Selangor dan Kedah, untuk mencatat pencapaian hebat itu dan sehingga ke hari ini, mereka adalah pasukan terakhir yang melakukannya – […]

Kisah Peter Butler dipecat gara-gara suarakan ketidakpuasan hati terhadap KAFA

Peter Butler Kelantan Kisah Peter Butler dipecat gara-gara suarakan ketidakpuasan hati terhadap KAFA

Kelantan mencipta sejarah gemilang pada tahun 2012 apabila Bojan Hodak memimpin pasukan itu menamatkan musim dengan menjulang kejuaraan treble lantas mengukuhkan reputasi selaku kuasa bolasepak tanah air. Dengan memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, skuad The Red Warriors menjadi pasukan ketiga selepas Selangor dan Kedah, untuk mencatat pencapaian hebat itu dan sehingga ke […]

Shahrizan Ismail tidak lupa pengalaman lucu lari dari kem latihan skuad kebangsaan

Mat Chah Shahrizan Ismail Shahrizan Ismail tidak lupa pengalaman lucu lari dari kem latihan skuad kebangsaan

Sebelum ini, LabolaMalaya pernah menyiarkan tentang perjalanan karier Shahrizan Ismail, penjaga gol veteran yang mengharungi karier gemilang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza. Penjaga gol yang menyinari arena bolasepak tempatan sejak lebih 20 tahun ini, sebenarnya mempunyai pengalaman lucu yang tidak boleh dilupakannya, insiden yang berlaku pada tahun 2001. Setelah membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana […]

Cara tidak betul punca Ramsey tolak tawaran sertai Manchester United

Aaron Ramsey Juventus Cara tidak betul punca Ramsey tolak tawaran sertai Manchester United

Sir Alex Ferguson membimbing Manchester United selama 26 tahun dan menjadikan pasukan itu sebagai gergasi bolasepak dunia manakala Old Trafford pula sebagai pentas yang menjadi impian pemain-pemain berkelas dunia mahu bermain – theatre of dreams. Sukar untuk seseorang pemain mengatakan tidak jika datang tawaran daripada Manchester United, apatah lagi jika Alex Ferguson sendiri yang mahukan […]

Dwight Yorke, pemain yang menang segalanya dalam karier singkat di Manchester United

Dwight Yorke Dwight Yorke, pemain yang menang segalanya dalam karier singkat di Manchester United

Dwight Yorke bolehlah dikatakan sebagai salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Dia menikmati karier gemilang di EPL dengan menunjukkan sentuhan jaringan berbisa bersama Aston Villa dan membantu mereka memenangi Piala Liga 1996 dengan menewaskan Leeds United dalam aksi final. Satu daripada highlight penting dalam kariernya adalah ketika dia memenangi kasut […]

10 Pemain Tempatan Pertama Sertai Revolusi TMJ Di JDT

Norshahrul Idlan Talaha JDT 10 Pemain Tempatan Pertama Sertai Revolusi TMJ Di JDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengambil alih kepimpinan Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada Februari 2012 menggantikan Jais Sarday. Detik itu, revolusi Tunku Ismail untuk merubah sepenuhnya wajah bolasepak negeri Johor segera bermula, dan pada 2013, Johor FC dijenamakan semula sebagai Johor Darul Takzim (JDT). Bertitik tolak dari revolusi itu, hari ini JDT muncul kuasa besar […]

Kisah Diego Forlan Jadi Punca Kad Kuning Dilayangkan Kalau Buka Baju

Diego Forlan Manchester United FC Kisah Diego Forlan Jadi Punca Kad Kuning Dilayangkan Kalau Buka Baju

Diego Forlan layak dilabel sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia tetapi dia gagal mencipta impak besar di Liga Perdana Inggeris. Dia menyarung jersi Manchester United tidak sampai tiga musim dan dianggap pembelian yang gagal, tetapi dalam tempoh singkat di Old Trafford, ada dua sebab penting untuk dia diingati. Pertamanya kerana dua gol jaringannya yang membantu […]

Ziege : ‘Saya tidak menyesal, tetapi perpindahan ke Liverpool boleh dielakkan’

Christian Ziege Liverpool FC Ziege : 'Saya tidak menyesal, tetapi perpindahan ke Liverpool boleh dielakkan'

Ketika zamannya, Christian Ziege dilabel sebagai salah seorang pemain pertahanan sayap terbaik dunia yang meniti kemuncak karier pada pertengahan 90-an bersama kedua-dua pasukan kelab serta pasukan kebangsaan Jerman. Kelebihan Ziege yang cukup dikagumi ramai adalah dia pemain pertahanan yang cenderung menjaringkan gol terutama menerusi percubaan jarak jauh, atau sepakan percuma sehingga digelar sebagai pakar bola mati. […]

Ingat lagi gol Nani ini yang dianggap paling ‘tidak bermoral’ dalam sejarah EPL?

Luis Nani Manchester United Ingat lagi gol Nani ini yang dianggap paling 'tidak bermoral' dalam sejarah EPL?

Luis Nani mungkin tidak berjaya mencipta nama sehebat rakan senegara Cristiano Ronald0 di Manchester United, tetapi dia tetap berjaya memahat nama sebagai salah seorang pemain berjaya dalam jersi Red Devils dengan menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, selain Liga Juara Eropah dan juga Piala Dunia Kelab. Dia juga pastinya dikenang penyokong Manchester United sebagai salah […]

Ferdinand : ‘Saya tidak pernah fikir tentang trofi yang saya menang, tetapi apa yang saya terlepas’

Rio Ferdinand Manchester United Ferdinand : 'Saya tidak pernah fikir tentang trofi yang saya menang, tetapi apa yang saya terlepas'

Sepanjang 12 musim bermain bersama Manchester United, Rio Ferdinand telah memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris, sekali memenangi Liga Juara Eropah dan dua kali menjulang Piala Liga. Tetapi bekas pemain kebangsaan England itu mengakui dia lebih banyak memikirkan mengenai trofi yang gagal dimenanginya sepanjang berada di Old Trafford. Sebagai seorang daripada tonggak zaman gemilang Red […]

10 pembelian terakhir SAF sebelum tinggalkan United dengan trofi EPL ke-13

RVP Manchester United 10 pembelian terakhir SAF sebelum tinggalkan United dengan trofi EPL ke-13

Tiada ragu, Sir Alex Ferguson adalah pengurus paling berjaya dalam arena bolasepak inggeris. Pengurus dari Scotland itu memenangi 38 trofi sepanjang 26 musim membimbing Manchester United, termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua kali menjulang Liga Juara-Juara Eropah. Alex Ferguson juga cekap menghidu bakat dan perlu diakui itulah yang banyak membantunya untuk membentuk skuad […]

11 Pemain Pertama Dibeli Chelsea Di Era Roman Abramovich

Chelsea Roman Abramovich 11 Pemain Pertama Dibeli Chelsea Di Era Roman Abramovich

Kira-kira 17 tahun lalu, Roman Abramovich membeli Chelsea dan kehadiran billionaire dari Russia itu merubah landskap bolasepak inggeris sepenuhnya. Dengan kuasa wang dimiliki, dia menyelesaikan semua hutang-piutang kelab, berbelanja mewah di pasaran perpindahan dan mentransformasikan The Blues sebagai salah satu pasukan gergasi bolasepak – bukan sahaja di England tetapi juga di Eropah. Lima gelaran Liga […]

‘Saya masih tidak faham kenapa disingkirkan Liverpool dengan begitu kejam’

Keeper Liverpool

Sander Westerveld tidak menyangka tiga bulan selepas dia tampil sebagai salah seorang watak utama menghadiahkan treble bersejarah kepada Liverpool pada 2001, dia akan disingkirkan daripada pasukan itu. Dia menyifatkan pengakhiran kariernya di Liverpool sebagai begitu drastik, kejam dan langsung tidak diduga. Westerveld telah membuat lebih 100 penampilan dalam jersi the reds sejak menyertai pasukan dua […]

Satu-Satunya Pemain Skuad ‘Invincibles’ Arsenal Yang Tak Beraksi Walau Seminit

Arsenal Invincibles 2003 Satu-Satunya Pemain Skuad 'Invincibles' Arsenal Yang Tak Beraksi Walau Seminit

Arsenal sehingga ke hari ini kekal sebagai satu-satunya pasukan yang pernah menjulang Liga Perdana Inggeris tanpa tewas walau satu pun perlawanan (invincibles). Arsenal 2003/2004 dibarisi pemain-pemain berkualiti dan berkelas dunia di setiap posisi, setiap pemain memainkan peranan penting dalam musim cemerlang mereka itu. Bagaimanapun ada seorang pemain walaupun didaftarkan dalam skuad utama malah berada di […]

Sami Hyypia, pemain ‘murah giler’ yang dianggap pembelian terbaik dalam sejarah EPL

Sami Hyypia Liverpool FC Sami Hyypia, pemain 'murah giler' yang dianggap pembelian terbaik dalam sejarah EPL

Apabila Liverpool membayar £2.6 juta untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Willem II, Samy Hyypia pada 1999, tidak ramai yang memberikan tumpuan. Hyppia adalah pemain yang langsung tidak dikenali di England ketika perpindahannya ke Anfield, tetapi pemain dari Finland itu mencipta nama sebagai satu daripada pembelian paling berbaloi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan membuat 464 penampilan […]

Shakir Shaari wira tak didendang, no.6 terbaik pada zamannya

Shakir Shaari Shakir Shaari wira tak didendang, no.6 terbaik pada zamannya

Pemain sayap Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak melabel bekas pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari, sebagai antara pemain tengah bertahan (posisi no.6) terbaik pernah disaksikan Liga Malaysia ketika zaman gemilangnya. Menurutnya, Shakir Shaari telah menjadi nadi penting yang mengangkat Kelantan sebagai sebuah pasukan digeruni maka tidak hairanlah dia berjaya menempa nama sebagai kesayangan penyokong Kelantan ketika […]

Ingatkan Main-Main Bawa Masuk El Hadji Diouf – Azzizan

El Hadji Diouf Ingatkan Main-Main Bawa Masuk El Hadji Diouf - Azzizan

Pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin mengakui peluang menimba ilmu serta bermain dalam satu pasukan bersama bekas bintang Senegal dan Liverpool, El Hadji Diouf, merupakan momen paling istimewa dalam kariernya. El Hadji Diouf dibawa masuk Sabah pada penghujung 2014 untuk mengharungi saingan musim 2015 dan terus dilantik sebagai kapten pasukan. Azzizan yang menyarung jersi Sabah buat […]

Retro : Lampard angkat kaki kerana Chelsea keberatan tawar kontrak baru

Frank Lampard Chelsea Retro : Lampard angkat kaki kerana Chelsea keberatan tawar kontrak baru

Pengendali Chelsea, Frank Lampard boleh disifatkan sebagai antara pemain tengah terbaik pernah disaksikan dunia ketika eranya sebagai pemain. 13 tahun menabur bakti di kelab barat London itu, Lampard muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan 211 gol – sesuatu yang menakjubkan untuk dilakukan oleh seorang pemain tengah. Lampard pernah menjadi pemain dengan gaji paling […]

Shukor tabik Rajnikandh & Khairul Anuar yang membentuknya menjadi pemain disegani

Shukor Adan kapten Shukor tabik Rajnikandh & Khairul Anuar yang membentuknya menjadi pemain disegani

Pemain berpengalaman, Shukor Adan menghargai peranan besar dimainkan B.Rajnikandh dan Khairul Anuar Baharom dalam membentuk dirinya menjadi pemain yang cukup disegani dalam kancah Liga Malaysia. “Tanpa mereka, mungkin saya pemain yang berbeza dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah membentuk ‘Shukor Adan’ yang dikenali seperti hari ini,” kata pemain berusia 40 […]

Abang Jalal sempoi, muka ganas tapi tak reti marah orang

Abang Jalal Jalaluddin Jaafar Abang Jalal sempoi, muka ganas tapi tak reti marah orang

Jika ada seorang pemain yang boleh diangkat sebagai pemangkin kekuatan Pahang ketika era kebangkitan mereka sekitar tahun 2012 – 2015 dari kaca mata Azamuddin Akil, ianya adalah Jalaluddin Jaafar. Azamuddin menyifatkan Jalaluddin atau mesra disapa Abang Jalal sebagai pemain paling tenang pernah ditemuinya sambil mengakui pemain itu sebagai tonik utama di sebalik kecemerlangan skuad Tok […]

Pada usia 40 tahun David Seaman lakukan sesuatu tak terjangkau dek akal

David Seaman best saves Pada usia 40 tahun David Seaman lakukan sesuatu tak terjangkau dek akal

Bila sebut nama David Seaman, perkara yang pantas menjengah ingatan peminat bolasepak adalah gol yang dilepaskannya kepada Ronaldinho ketika England menentang Brazil di Piala Dunia 2002. Penjaga gol bertocang itu gagal menduga sepakan percuma jarak jauh dilakukan oleh Ronaldinho yang terus menerjah jaring, menyaksikan England tewas 1-2 dan tersingkir di suku akhir. David Seaman yang […]

Wan Badri, figura berkarisma ‘part of the winning team’ Kelantan

Wan Badri KAFA Wan Badri, figura berkarisma 'part of the winning team' Kelantan

Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) pada hari ini dikenali sebagai persatuan yang bermasalah dan serba pincang dalam segenap aspek. Tetapi sedekad yang lalu mereka antara pasukan yang mempunyai barisan kepimpinan dan pengurusan belakang tabir yang cukup professional, dan menjadi contoh kepada persatuan lain. Setiap bahagian ada personel dengan karisma dan kaliber tersendiri, masing-masing menyumbang dan melaksanakan […]

“Isteri Gadai Barang Kemas Untuk Hantar Saya Jalani Latihan” – Saharudin

Saharudin Jaffar lumba basikal "Isteri Gadai Barang Kemas Untuk Hantar Saya Jalani Latihan" - Saharudin

Bekas pelumba basikal negara, Saharudin Jaffar mengimbau semula pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya, tiga bulan sebelum Sukan Olimpik 1968. “13 Julai  1968, itu tarikh keramat bagi saya. Pada pagi itu saya telah dilanggar di Serendah, lebih kurang 30 batu dari Kuala Lumpur. Orang yang melanggar saya itu telah membuat laporan polis mengatakan dia telah […]

Ikatan persahabatan empat sekawan melangkaui sempadan masa

Team Sukan Olimpik Moscow 1980 Ikatan persahabatan empat sekawan melangkaui sempadan masa

Gandingan mantap Dato’ Soh Chin Aun dan Dato’ Santokh Singh di jantung pertahanan, beserta penyerang ‘kembar’ dari Sabah, Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong di barisan depan, membantu Malaysia menempah tiket beraksi di Sukan Olimpik Moscow 1980. Ikatan persahabatan yang terjalin antara empat legenda bolasepak tanah air itu, bukan sekadar di atas padang namun […]

Sapu minyak silinder motor pada kasut bola rahsia kelincahan Shaharudin

Shaharudin Abdullah Harimau Malaya Sapu minyak silinder motor pada kasut bola rahsia kelincahan Shaharudin

Shaharudin Abdullah, antara wira bolasepak tanah air yang pernah beraksi di temasya Sukan Olimpik Munich 1972. Penyokong bolasepak tempatan pada era tersebut pastinya tidak lupa dengan kelincahan dan kepantasan larian Shaharudin Abdullah ketika mewakili skuad negara dan juga negeri kelahirannya Pulau Pinang. Malah penyerang sensasi ini turut dikenali dengan kekuatan tendangannya, menjadikan kelibatnya cukup digeruni […]

Naik pening lawan Lin Dan, dia lagi pening lawan aku – Hafiz Hashim

Hafiz Hashim Naik pening lawan Lin Dan, dia lagi pening lawan aku - Hafiz Hashim

Supremo badminton dunia, Lin Dan mengumumkan secara rasmi persaraan pada Sabtu, mengundang pelbagai reaksi dari kalangan bekas pemain, pengulas dan wartawan sukan serta peminat sukan tersebut. Lin Dan mengumpul ramai peminat dari seluruh dunia, termasuklah Malaysia meskipun dia adalah seteru ketat bekas jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei dan pernah mengecewakannya dua kali […]

Piala FA : Pengadil beri 4 minit masa kecederaan, gol terhasil minit ke-98

Shakir Shaari Piala FA : Pengadil beri 4 minit masa kecederaan, gol terhasil minit ke-98

Saingan Piala FA England semakin menghampiri kemuncaknya dengan Arsenal akan bertemu Manchester City manakala Manchester United akan berdepan Chelsea di separuh akhir. Ia adalah pertandingan tertua di dunia, dengan Arsenal merupakan pasukan paling berjaya dengan 13 kejuaraan. Di Malaysia, saingan Piala FA telah berlangsung sejak 1990. Tahun ini ia memasuki edisi ke-31 penganjuran namun malangnya […]

Zahasmi : Kelantan pasukan terbaik pernah saya wakili, ia bukan kerana wang ringgit

Zahasmi Ismail Kelantan FA Zahasmi : Kelantan pasukan terbaik pernah saya wakili, ia bukan kerana wang ringgit

Zahasmi Ismail, tonggak keutuhan pertahanan Kelantan pada era 90-an. Tangkas di dalam mengekang penyerang lawan, pantas dalam mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, kelantangan bersuara, ciri kepimpinan tinggi dan kegarangan ketika beraksi menjadikan Zahasmi antara aset bagi bukan sahaja bolasepak Kelantan, tetapi juga bolasepak negara sehingga pernah beberapa kali dipanggil menyertai kem kebangsaan. Malahan jurulatih negara […]

Chong Wei kena kencing dia paling banyak menang pingat perak di Sukan Olimpik

Lee Chong Wei Chong Wei kena kencing dia paling banyak menang pingat perak di Sukan Olimpik

Bekas jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei berkongsi kisah lucu ‘ditipu’ rakan media dalam usaha memujuknya ketika dia sedang berduka selepas gagal dalam misi memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro pada 2016.  Ia adalah final ketiga buat Chong Wei selepas edisi Beijing 2008 dan London 2012 yang mana dia tewas […]

Nur Herman Majid, Nama Ikonik Menjadi Siulan Peminat Sukan 90-an

Nur Herman Majid Nur Herman Majid, Nama Ikonik Menjadi Siulan Peminat Sukan 90-an

Generasi muda pada hari ini mungkin kurang mengenali Nur Herman Majid, tetapi bagi peminat sukan era 90-an, nama tersebut antara yang cukup ikonik. Nur Herman Majid merupakan bekas jaguh lompat pagar tanah air yang mengekalkan dominasinya selama lebih sedekad dari tahun 1989 hingga 2001. Malah, dia pernah menjadi pemegang rekod kebangsaan dalam acara lari 110m […]

‘Damion Stewart tak nampak macam pemain bola biasa, sangat keras’

Razman Roslan dan Damion Stewart 'Damion Stewart tak nampak macam pemain bola biasa, sangat keras'

“Masa Damion mula datang dulu, jujur saya tidak nampak dia seperti seorang pemain bola sepak seperti kebiasaan kerana melihatkan fizikalnya, dia nampak begitu keras. “Namun, apabila dia turun bermain, baharu saya nampak keunikan dimiliki Damion kerana dia bukan jenis pemain yang terlalu banyak menggunakan tenaga sebaliknya tahu masa sesuai merampas atau menghalang bola di kaki […]

Tinggi cuma 5 kaki 4 inci jer, tapi menang 75 gelaran termasuk All England 7 kali!

Mendiang Eddy Choong Tinggi cuma 5 kaki 4 inci jer, tapi menang 75 gelaran termasuk All England 7 kali!

Selepas berakhir era Datuk Lee Chong Wei yang memahat nama sebagai pemain perseorangan paling berjaya dalam sejarah badminton tanah air, belum ada satupun nama yang boleh menjadi sebutan tetapi jika undur ke belakang, kita pernah ada ramai pemain-pemain bagus seperti Hafiz Hashim, Roslin Hashim, Wong Choon Hann, Yong Hock Kin, Ong Ewe Hock serta Sidek […]

Owen akui rasa bersalah insiden dua penalti lawan Argentina, tapi tegaskan ia bukan diving!

Michael Owen Owen akui rasa bersalah insiden dua penalti lawan Argentina, tapi tegaskan ia bukan diving!

Penyokong fanatik Argentina boleh dimaafkan jika mereka masih menyimpan rasa marah dan sakit hati terhadap kelibat bekas penyerang sensasi England, Michael Owen. Dalam dua edisi Piala Dunia berturut-turut iaitu France 1998 dan Korea/Japan 2002, Michael Owen mendapatkan sepakan penalti untuk England, kedua-duanya menentang Argentina. Pada 1998 Owen yang ketika itu baru berusia 18 tahun mendapatkan […]

Gandingan Hashim Mustapha-Azman Adnan gagal menjadi realiti di Kelantan

Hashim Mustapha dan Azman Adnan penyerang Gandingan Hashim Mustapha-Azman Adnan gagal menjadi realiti di Kelantan

Hashim Mustapha, nama yang cukup popular dan ikonik dalam kalangan penyokong bolasepak tempatan khususnya Kelantan pada 1990-an. Memenangi kasut emas Liga Perdana selama dua musim berturut-turut pada 1993 (13 gol) dan 1994 (25 gol), Hashim mengukuhkan reputasi selaku penyerang terbaik tempatan ketika itu. Pada masa sama, Azman Adnan, penyerang berbisa yang mencuri tumpuan kerana perpindahan […]

Khamal Idris Ali, tekong takraw yang mencipta nama sebagai generasi emas Kedah

Khamal Idris Ali Khamal Idris Ali, tekong takraw yang mencipta nama sebagai generasi emas Kedah

Jika tanya pada penyokong Kedah, Khamal Idris Ali pastinya diakui sebagai salah seorang pertahanan terbaik pernah disaksikan dalam jersi Hijau Kuning. Membuat penampilan bersama skuad utama Kedah pada 1989, Khamal Idris menoktahkan karier sebagai pemain dengan pencapaian cukup membanggakan, menjulang semua trofi domestik bermula dengan Piala Malaysia pada 1990; Piala Sumbangsih 1991 dan 1994; Liga […]

Tuah milik Rajagobal kerana Pahang enggan lepaskan Dollah Salleh last-minute

Datuk K.Rajagobal Tuah milik Rajagobal kerana Pahang enggan lepaskan Dollah Salleh last-minute

Datuk K.Rajagobal mencipta sejarah sebagai satu-satunya jurulatih yang pernah membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Tetapi ada kisah yang tidak ramai tahu mengenai pelantikan beliau menggantikan B.Sathianathan pada April 2009. Rajagobal sebenarnya langsung bukan pilihan untuk menduduki kerusi panas ketua jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, memandangkan beliau mempunyai komitmen bersama pasukan B-19 kebangsaan yang […]

Kenapa Mat Chah lari dari kem kebangsaan?

Mat Chah Shahrizan Ismail Kenapa Mat Chah lari dari kem kebangsaan?

Sebelum ini, LabolaMalaya telah menyiarkan tentang perjalanan karier Shahrizan Ismail, penjaga gol veteran yang mengharungi karier gemilang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza. Penjaga gol yang menyinari arena bolasepak tempatan sejak lebih 20 tahun ini, sebenarnya mempunyai pengalaman lucu yang tidak boleh dilupakannya, insiden yang berlaku pada tahun 2001. Setelah membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana […]

Indra Putra, pendiam dengan karakter yang menakjubkan

Indra Putra Indra Putra, pendiam dengan karakter yang menakjubkan

Bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin merupakan seorang pemain yang pendiam dengan karakter yang luar biasa menakjubkan. Itu pandangan ketua pasukan Pulau Pinang, Azmi Muslim yang mengakui cukup mengagumi pemain veteran berusia 39 tahun yang juga bekas rakan sepasukannya di Kuala Lumpur itu. Walaupun hanya sempat beraksi bersama selama setengah musim pada 2019, Azmi menganggap […]

Siapa sangka, uncle pemandu teksi ini pernah dua kali beraksi di Sukan Olimpik

Ng Joo Pong berbasikal Siapa sangka, uncle pemandu teksi ini pernah dua kali beraksi di Sukan Olimpik

Melihat kelibat pakcik tua yang memandu teksi di tengah kesibukan bandar metropolitan Lembah Klang sekitar beberapa tahun lalu, tidak ramai yang tahu dia adalah legenda sukan tanah air yang pernah dua kali mewakili negara dalam acara berbasikal di Sukan Olimpik, Ng Joo Pong. Selepas meninggalkan karier sebagai atlet pada awal 70-an, Joo Pong telah terlibat […]

Zahasmi : Terajang Bucs dan Nyima, bukan ‘gedebe’ tapi sebab semangat kenegerian tinggi

Zahasmi Ismail pertahanan Kelantan Zahasmi : Terajang Bucs dan Nyima, bukan 'gedebe' tapi sebab semangat kenegerian tinggi

Pada era 80-an dan 90-an, Kelantan ada ramai pemain yang sentiasa mencuri tumpuan kerana sikap ‘gedebe’ di atas padang. Bekas ‘orang besi’ di barisan pertahanan, Zahasmi Ismail tidak terlepas dari dicop sedemikian. Ada dua insiden panas popular berlaku membabitkan Zahasmi yang pastinya belum luput dari ingatan penyokong bolasepak Kelantan khususnya. Pada Jun 1994, Zahasmi bersama-sama […]

Shakir Ali pernah dilayang kad merah dalam tiga perlawanan berturut-turut

Kad merah Shakir Ali Shakir Ali pernah dilayang kad merah dalam tiga perlawanan berturut-turut

Penyokong mungkin pernah menyaksikan sebuah pasukan tidak bernasib baik untuk beraksi dengan kekurangan pemain disebabkan layangan kad merah dalam beberapa perlawanan berturut-turut. Tetapi untuk menyaksikan seorang pemain yang sama, dilayangkan kad merah dalam tiga perlawanan berturut-turut, mungkin sesuatu yang ‘rare’ atau jarang disaksikan. Itulah yang berlaku kepada Shakir Ali ketika dia bermain untuk Kelantan pada […]

Rashid Sidek akhiri gemilang Anak-Anak Sidek dengan gangsa olimpik dan ranking no1 dunia

Rashid Sidek pemain perseorangan Rashid Sidek akhiri gemilang Anak-Anak Sidek dengan gangsa olimpik dan ranking no1 dunia

Sebelum ini, Labola Malaya telah menyiarkan kisah-kisah kegemilangan Rahman Sidek serta Razif dan Jalani Sidek yang menjulang nama negara di mata dunia kira-kira tiga dekad lalu. Pelengkap kepada pembabitan cemerlang Anak-Anak Sidek dalam arena badminton, Rashid Sidek yang turut mengecap pelbagai kejayaan gemilang sepertimana abang-abangnya termasuklah pernah menduduki ranking nombor satu dunia. Bintang Rashid atau […]

Pengaruh Azizul Kamaluddin, ‘Roberto Baggio’ Malaysia terlalu kuat

Azizul Kamaluddin Pengaruh Azizul Kamaluddin, 'Roberto Baggio' Malaysia terlalu kuat

Azizul Kamaluddin, salah seorang penyerang terbilang yang pernah mewarnai kancah bolasepak tanah air. Penampilan bertocang ala-ala Roberto Baggio membuatkan kelibat Azizul senang menjadi perhatian, dan sentuhan penyudah berbisanya membuatkan dia sentiasa disebut sebagai salah seorang penyerang terbaik pernah dilahirkan Pahang. Tidak ketinggalan menjadikannya sebagai idola, penyerang Kuching FA yang juga bekas pemain kebangsaan, Joseph Kalang […]

Ganti Sathia last-minute, Karathu bawa Kelantan julang Liga Super

Kelantan juara Liga Super 2011 Ganti Sathia last-minute, Karathu bawa Kelantan julang Liga Super

Hanya beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super 2011, FAM telah menggantung ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianathan selama enam bulan. Sathianathan telah membawa Kelantan muncul naib juara Liga Super 2010 dan juara Piala Malaysia 2010. Harapan tinggi diletakkan pencapaian lebih baik boleh dilakar pada musim baru walaupun telah kehilangan khidmat beberapa pemain tonggak seperti Indra Putra, […]

Shahrizan Ismail, penjaga gol yang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza

Shahrizan Ismail Shahrizan Ismail, penjaga gol yang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza

20 tahun berlalu sejak selepas menjadi salah seorang tonggak penting pasukan Kelantan yang menjuarai Liga Perdana Dua 2000, Shahrizan Ismail masih lagi ligat menabur bakti dalam saingan Liga Malaysia. Dia adalah satu-satunya pemain dari skuad bimbingan Abdul Rahim Ahmad itu yang masih beraksi tatkala semua rakan sepasukan ketika itu antaranya Roslisham Md Nor, Fatrurazi Rozi, […]

Ponteng latihan, tidur di reban ayam!

Razif dan Jalani Sidek Ponteng latihan, tidur di reban ayam!

Bagi peminat komik dan siri animasi Anak-Anak Sidek, pastinya sudah sinonim melihat empat beradik Abun, Alan, Ajib atau Aman (tidak termasuk Adul yang masih merangkak) didenda dan dikenakan hukuman oleh bapa mereka Haji Sidek apabila terkantoi melakukan kesalahan, termasuklah disuruh tidur di reban ayam. Adakalanya mencuit hati, adakalanya mengundang simpati. Kadang-kadang si adik buat salah, […]

Tuan Kamree, anak peladang yang mencipta nama sebagai pemain serba boleh

Tuan Kamree Tuan Kamree, anak peladang yang mencipta nama sebagai pemain serba boleh

Tuan Kamree Tuan Yahya, boleh dikatakan salah seorang pemain berkaki kidal terbaik pernah disaksikan dalam arena bolasepak Kelantan pada tahun 90-an. Pemain versatile yang boleh beraksi sebagai pemain tengah, playmaker, bek kiri, sayap kiri malah pernah juga berfungsi sebagai penyerang. Begitupun Tuan Kamree sebenarnya tidak pernah langsung menyangka dia boleh menempa nama sebagai pemain bolasepak […]

4 Pasukan Yang Menghadiahkan 6 Kekalahan Terbesar JDT Dalam Liga-M

Kelantan menang ke atas JDT 4 Pasukan Yang Menghadiahkan 6 Kekalahan Terbesar JDT Dalam Liga-M

Johor Darul Takzim sentiasa menjadi pasukan yang mahu ditewaskan oleh mana-mana pasukan. Bukan mudah untuk melakukannya, tetapi terdapat empat pasukan yang bukan sahaja pernah menewaskan JDT, tetapi menghadiahkan mereka kekalahan yang mengaibkan. Berikut enam perlawanan yang mana JDT pernah tewas dengan tiga atau lebih jaringan sejak pasukan ini wujud pada 2013 (disusun mengikut defisit jaringan). […]

Binasanya masa depan bintang muda bernama Zulfadli Zulkifli kerana ‘bookie’

Zulfadli Zulkifli badminton Malaysia Binasanya masa depan bintang muda bernama Zulfadli Zulkifli kerana 'bookie'

Hakcipta penulisan milik sepenuhnya Labola Malaya, sebarang penerbitan semula sila backlink kepada link asal. Terima kasih. Pada 2011, seorang anak muda menandakan kehadiran dalam arena badminton dengan penuh bergaya. Zulfadli Zulkifli, menjadi pemain perseorangan pertama dari Malaysia untuk menjuarai Kejohanan Remaja Dunia dengan menewaskan juara bertahan Victor Axelsen dalam perlawanan akhir. Kejayaan itu hadir tiga […]

Chua Boon Huat, Ikon Bertocang Yang Abdikan Diri Kepada Hoki Hingga Nafas Terakhir

Chua Boon Huat Chua Boon Huat, Ikon Bertocang Yang Abdikan Diri Kepada Hoki Hingga Nafas Terakhir

Hakcipta penulisan milik sepenuhnya Labola Malaya, sebarang penerbitan semula sila backlink kepada link asal. Terima kasih. Nama Chua Boon Huat, pastinya diakui antara nama yang cukup ikonik bagi peminat hoki tanah air sekitar dekad pertama alaf baru. Chua Boon Huat, sinonim dengan penampilan bertocang yang membuatkan kelibatnya mudah dikesan, antara baka ‘rare’ dunia hoki yang […]