Cheng Hoe takkan disekat masuk ke stadium sepertimana dilakukan Bundesliga

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menyekat Tan Cheng Hoe atau barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan daripada memasuki stadium apabila Liga Malaysia kembali bersambung pada September nanti.

Dengan Malaysian Football League (MFL) merancang meneruskan liga tanpa penonton dan mengehadkan kepada mereka yang terlibat dengan perlawanan sahaja untuk berada dalam stadium, timbul persoalan sama ada Cheng Hoe akan diberi kebenaran berada di dalam stadium untuk memantau prestasi pemain.

Bundesliga sebelum ini tidak membenarkan pengendali Jerman, Joachim Low memasuki venue perlawanan tatkala saingan Liga Jerman kembali bersambung minggu ini, namun FAM memberi jaminan Cheng Hoe dan barisan pembantunya tidak akan berdepan masalah sama.

“Pengecualian diberi kepada pegawai penting seperti barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan, kita faham mereka perlu nilai pemain untuk dipanggil ke latihan pusat.

“Mereka akan diberi akses ke setiap venue, dengan syarat semua garis panduan dan SOP dipatuhi,” kata Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung FAM dilaporkan NSTP Sports.

Mengikut tentatif awal dari AFC, skuad kebangsaan dijadual beraksi menentang Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Oktober.

Meskipun tarikh awal sudah ditetapkan, ia masih bergantung kepada kelulusan FIFA.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.