Cheng Hoe Tepis Tanggapan JDT Tak Lepas Pemain

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketiadaan tonggak utama dari pasukan Johor Darul Takzim dalam call up terbaru skuad kebangsaan bagi mengharungi kalendar antarabangsa pada Oktober, bukan kerana tidak mendapat pelepasan.

Antara nama yang tidak dipanggil termasuklah Farizal Marlias, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Corbin Ong dan Safawi Rasid.

Memandangkan hanya pemain simpanan dipanggil, timbul tanggapan dalam kalangan penyokong bahawa JDT tidak melepaskan pemain utama mereka kerana khuatir mereka mengalami kecederaan dan tidak dapat membantu perjuangan di Piala Malaysia.

Tan Cheng Hoe memberitahu, perkara paling utama bagi kem latihan kali ini adalah untuk menguji pemain baharu atau muda sebagai persediaan bagi membentuk skuad mantap menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 hujung tahun ini dan kelayakan Piala Asia tahun depan.

“Pemain seperti Safawi dan pemain yang sudah biasa bersama skuad Harimau Malaya, kita sudah tahu kemampuan mereka dalam pasukan kebangsaan.

“Kali ini kita bagi peluang bakat baharu dicuba untuk bermain di peringkat antarabangsa lawan Jordan dan Uzbekistan yang mana bukan calang-calang pasukan.

“Jadi ini adalah satu ujian terbaik pemain baharu atau pemain yang sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan.

“Itu (dakwaan JDT tak lepaskan pemain) pandangan atau andaian masing-masing, tapi kami barisan jurulatih dan pengurusan sentiasa berbincang mana satu yang terbaik untuk pasukan.

“Kita pun nak jaga imej negara juga, kita bukan tak ambil berat mengenai mana-mana pemain,” kata Cheng Hoe.

Malaysia akan berdepan Jordan pada 6 Oktober dan kemudiannya Uzbekistan pada 9 Oktober, kedua-duanya di Amman, Jordan.

Cheng hanya mengekalkan 12 pemain daripada skuad yang beraksi di kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu dan menyenaraikan 6 wajah baru termasuklah Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal, Sharul Neezam Zulpakar dan Hakimi Abdullah.

6 pemain yang digugurkan sebelum ini turut dipanggil semula antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Faisal Halim, Baddrol Bakhtiar dan Akram Mahinan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.