Cheng Hoe : “Tiada Naturalisasi, Tiada Masalah”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menangguhkan Program Naturalisasi skuad kebangsaan, diterima pengendalinya Tan Cheng Hoe dengan terbuka.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa memaklumkan bahawa Harimau Malaya akan kekal dengan tiga pemain naturalisasi sedia ada untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sebarang penambahan pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan hanya akan dibuat untuk pusingan kelayakan yang seterusnya.

Tegas Hamidin, keputusan membekukan program naturalisasi adalah bagi memberi laluan kepada tiga jawatankuasa teknikal untuk meneliti keberkesanan program itu.

Jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia serta Jawatankuasa Program Naturalisasi dengan laporan lengkap akan dibentangkan November nanti.

“Barisan kejurulatihan akur dengan keputusan pengurusan FAM kerana ia adalah yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang. Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan akan datang juga tidak terganggu kerana ada pemain tempatan baharu akan diserap terutama membabitkan beberapa posisi kritikal,” katanya kepada Arena Metro.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad kebangsaan B.Sathianathan berpendapat FAM telah membuat tindakan tepat dalam usaha merancang satu mekanisme terbaik bagi memilih pemain naturalisasi yang benar-benar berkualiti.

Menurutnya, penangguhan berkenaan akan membolehkan FAM merancang satu mekanisme selain mengenal pasti kriteria-kriteria yang diperlukan bagi memilih pemain-pemain naturalisasi mewakili negara.

Malah katanya, pemilihan pemain-pemain naturalisasi ini juga perlu dilakukan oleh pihak yang pakar termasuk jurulatih bagi memastikan pemain yang dipilih tepat.

“Secara keseluruhannya, saya lihat penangguhan ini satu tindakan yang baik daripada FAM kerana kita kita perlu berbincang apakah kriteria yang diperlukan bagi seseorang pemain naturalisasi dipilih. Jangan tergopoh-gapah.

“Kalau boleh, dapatkan satu kriteria bagi seseorang pemain itu sebelum dipilih sebagai pemain naturalisasi dan kena bagi masa kepada FAM untuk kenal pasti kriteria ini untuk pastikan kita buat keputusan yang tepat, terutamanya dari aspek teknikal.

“Selain itu, seseorang pemain naturalisasi itu juga perlu menepati kriteria yang diperlukan.

“Sebagai contoh, kalau kita dah ada ramai pemain penyerang, nak buat apa pemain naturalisasi sebagai penyerang? Kita kuatkan bahagian yang benar-benar perlu diperkuatkan,” katanya dipetik dari Sukan Sinar.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.