Chong Wei : Tiga bulan jadi jutawan? Datuk saya pun takkan percayalah!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tiga bulan dah jadi jutawan? Datuk saya pun takkan percayalah, tolong jangan percaya benda-benda yang tak munasabah ya kawan-kawan, tiada jalan pintas untuk berjaya.”

Itu reaksi bekas jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei yang bengang dengan pihak yang mempergunakan namanya sebagai tarikan untuk mengajak orang ramai menyertai ‘lubuk rahsia’ yang membolehkan mereka menjadi jutawan segera.

Menafikan perkara itu, Lee Chong Wei menyatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya mendapat tahu kononnya saya mengelolakan pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang jadi jutawan dalam masa 3 bulan. Gila ker aper!?

“Saya ingin memberitahu bahawa berita ini adalah palsu dan tidak ada sebarang kebenaran dalamnya.

“Waktu macam ni yang penuh liku disebabkan kemerosotan ekonomi mesti ada pihak cuba ambil kesempatan, melihat kepada situasi kita yang terdesak.

“Jangan diperdaya, ditipu “rahsia” jadi kaya yang semakin banyak kat internet, kat smart phone.

“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Melabur dalam diri sendiri, belajar skill dan ilmu baru, biar power. Keyword “Power”.

“Semuanya susah waktu baru bermula, sebab belum pandai. Kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai.

“Teruskan usaha, jadilah Power Ranger! Itu lah rahsia dia! Takkan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikut lagi arahan dia boleh jadi kaya? Agak-agak lah, mana logik dia?

“Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam. Jangan satu hari, anak cucu kau yang jadi mangsa atas kedurjanaan mu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,” ujar pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu.

Hakikatnya ini bukan kali pertama nama ahli sukan dipergunakan sebagai tarikan, sebelum ini nama Watson Nyambek (bekas pelari pecut) dan Dato’ Malek Noor (jaguh bina badan) juga pernah dijadikan modal scammer durjana ini, selain nama pelakon-pelakon popular antaranya Norman Hakim.

Sebagai rekod selepas menoktahkan karier sebagai pemain, Lee Chong Wei masih bertindak sebagai duta pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan, selain memiliki syarikat hartanah Chong Wei Binajaya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.