Chong Wei Yakin Boleh Menang Lebih Banyak Kejuaraan Kalau Sekarang Umurnya 20-an

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jagoan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei mengakui jika diberi peluang untuk mengubah perjalanan kerjayanya, dia berharap usianya berada dalam linkungan 20-an ketika ini bagi membolehkan dia meraih lebih banyak kejayaan berbanding ketika eranya sebagai pemain.

Beliau yang memegang rekod sebagai pemain paling lama berada di ranking nombor satu dunia ketika zaman kegemilangannya berkata, jika dibandingkan dengan sekarang, persaingan ketika dia masih lagi bermain lebih kompetitif dengan kehadiran pemain handalan lain seperti Lin Dan (China), Taufik Hidayat (Indonesia), Peter Gade (Denmark), dan Chen Long (China).

Sumber asal : BH Sukan

“Kalau ada perkara yang boleh diubah, saya nak ubah umur saya kepada 22 tahun sekarang. Saya rasa lebih banyak peluang (menang kejohanan).

“Saya bukan mahu sombong tetapi dulu waktu saya bermain, persaingannya memang sangat sengit berbanding sekarang,” kata Chong Wei ketika siaran secara langsung di aplikasi TikTok bersama Taufik.

Taufik turut bersetuju dengan pandangan disuarakan Chong Wei apabila mengakui dirinya juga mungkin berpeluang meraih kejayaan lebih baik sekiranya berada diusia muda ketika ini.

“Saya percaya dengan Chong Wei. Kalau kamu beraksi sekarang, peluang kamu lebih banyak. Bukannya ada rasa sombong, tapi jika kami berdua berada dalam lingkungan usia 22 hingga 23 tahun sekarang, mungkin kami boleh menang (kejohanan) lagi.

“Apapun saya dan Chong Wei harus bersyukur. Tidak semua yang kami idamkan akan diraih, pasti akan ada impian yang tak dapat dipenuhi,” katanya.

Sepanjang perjalanan kariernya, Chong Wei memenangi puluhan kejuaraan dengan pencapaian tertinggi adalah tiga kali memenangi pingat perak Sukan Olimpik pada 2008, 2012 dan 2016.

Chong Wei juga pernah tiga kali muncul naib juara Kejohanan Dunia pada 2011, 2013 dan 2015. Beliau menoktahkan karier pada 2019 kerana masalah kesihatan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.