Christophe Gamel Nafi Sri Pahang Pandang Rendah Melaka United

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel menolak tanggapan bahawa pasukannya terlalu mengambil mudah cabaran Melaka United lantas menjadi punca mereka tewas 1-2 dalam aksi Liga Super 2022 pada Sabtu.

Melaka United diketahui bertandang ke Kuantan dengan dihimpit beberapa kemelut dalaman termasuklah kehilangan ketua jurulatih sehari Risto Vidakovic sebelum perlawanan.

Namun Christophe Gamel berkata punca sebenar kekalahan pasukannya bukan kerana over confident mereka boleh ‘makan’ Melaka United tetapi kerana melakukan kesilapan berulang.

“Saya tidak suka mengatakan kita melakukan kesilapan, tetapi saya perlu mengakui memang kita buat kesilapan. Kita tewas kerana kesilapan sendiri.

“Kalau kata kita mengambil mudah, kita juga ada menjaringkan gol awal, kesilapan besar kita adalah memperlahankan permainan setelah menjaringkan gol dan kemudian melakukan dua kesilapan mudah.

“Kita juga kehilangan seorang pemain (kerana kad merah) dengan cara yang tidak sepatutnya, sejujurnya kita sendiri yang memberi mereka peluang untuk menjaringkan gol dan menghukum kita.

“Saya memang sangat kecewa kerana kita bermain dengan baik sehinggalah berlaku kesilapan tersebut, kita perlu perbetulkannya.

“Walaupun sedang mendahului kita tidak sepatutnya slow down, perlu terus menekan dan mengasak. Ini adalah bolasepak moden, kita tidak perlu main tolak ke belakang.

“Kita cukup efisien di belah kiri malam ini jadi saya kena tengok apa perubahan mahu dilakukan untuk aksi akan datang.

“Tetapi jujur saya kata, ia sangat pedih untuk tewas malam ini kerana kita sepatutnya boleh buat jauh lebih baik. Pemain-pemain perlu bangkit dan lebih bekerja keras.

“Perlu lebih klinikal, apabila ada peluang untuk membunuh lawan, kita patut ambil tapi setiap peluang yang dicipta, pemain tidak berada di posisi yang betul untuk sudahkannya,” ujar Christophe Gamel dipetik dari sripahangfc.com.my.

Pada perlawanan itu, skuad tok gajah mendahului seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti Mahmoud Zatara, namun Melaka United bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Sri Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Azwan Aripin diperintah keluar padang pada minit ke-62 dan ia dimanfaatkan Melaka United untuk mendapatkan gol kedua menerusi Hasbullah Abu Bakar.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.