CR7 hampir sertai PSG, kerana Neymar dan Mbappe

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemenang 5 kali Ballon d’Or Cristiano Ronaldo pada satu ketika begitu hampir untuk menyertai kelab Ligue 1 Paris Saint Germain, menurut laporan France Football.

Kapten Portugal berusia 35 tahun itu berpindah dari Real Madrid ke Juventus dua musim yang lalu.

Namun selain tidak gembira berada di Juventus, laporan itu menyebut peluang berganding dengan dua lagi bintang sensasi bolasepak dunia Neymar dan Kylian Mbappe turut menjadi faktor tambahan mengapa CR7 mempertimbangkan perpindahan ke Perancis.

Apatah lagi, Paris juga pernah menghadiahkan memori indah kepada Cristiano kerana di bumi inilah dia memimpin Portugal menjuarai Euro 2016.

Kekecewaan Cristiano bersama skuad juara Serie A itu difahamkan mencapai kemuncak pada Oktober 2019 selepas perlawanan Liga Juara Eropah menentang Lokomotiv Moscow.

Meskipun menang perlawanan itu dengan keputusan 2-1, Cristiano tidak menjaringkan gol mahupun melakukan assist – malah dia turut terlepas satu peluang keemasan meledak jaringan tatkala Juventus secara keseluruhannya beraksi hambar pada perlawanan itu.

Laporan itu turut mendedahkan ketiadaan tarikan di Turin sepertimana bandar Madrid di Sepanyol atau Liga Perdana di England turut membuatkan Cristiano mahu angkat kaki menyertai PSG.

Dia diketahui mempunyai hubungan baik dengan Neymar dan cukup mengagumi Mbappe, lantas peluang membentuk antara gandingan serangan terbaik bolasepak dunia dilihat terbuka luas.

Satu sumber mendedahkan perpindahan itu begitu hampir menjadi kenyataan apatah lagi dengan adanya sokongan kewangan kukuh dari Qatar Sports Investments namun hajat tersekat kerana penularan wabak Covid-19.

Impak Covid-19 terhadap ekonomi global bermakna sebarang perpindahan mega ke PSG terpaksa dilupakan dahulu buat sementara waktu, menyebabkan Cristiano kekal bersama Juventus namun dia mungkin sedia mempertimbangkan jika ada tawaran yang datang.

Kasut Emas Eropah CR7 hampir sertai PSG, kerana Neymar dan Mbappe

Dua musim bersama pasukan itu, Cristiano menjulang Serie A pada kedua-dua musim, dan cukup impresif apabila menjaringkan 63 gol dalam 88 perlawanan namun terlepas Anugerah Kasut Emas Serie A dan Eropah kepada Ciro Immobile.

Baru-baru ini dia mencipta sejarah sebagai pemain pertama untuk menjaringkan 25 gol atau lebih dalam semusim serta 50 gol atau lebih secara keseluruhan di dalam tiga liga berbeza iaitu English Premier League (Manchester United); La Liga dan Serie A.

Jika berpindah pula ke Ligue 1 pada usia menghampiri penghujung karier, mungkingkah sentuhan sama dapat diulangi lantas menjadikannya pemain terhebat pernah disaksikan dunia?

Foto : clutchpoints

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.