Zamsaham

‘Dapat Anak Pun Kita Beri Bonus’ – Zamsaham Balas Sindiran Farizal

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham meluangkan masa untuk menjelaskan mengenai sindiran penjaga gol yang telah memperkuatkan pasukan itu bagi tahun 2021, Farizal Harun di media sosialnya.

Farizal Harun sebelum ini mengeluh bahawa apa yang berlaku adalah tidak sama seperti yang dicanang. Walaupun dia tidak menulis dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, penyokong-penyokong Kelantan FC percaya ia ada kena mengena dengan pasukan kesayangan mereka.

“Usah pandai bermain kata-kata, sedangkan apa yang dikata tak sama dengan apa yang dibuat. Mak saya pesan orang yang dizalimi, doanya makbul. Bukan orang musafir sahaja” tulisnya sambil meletakkan emoji dua biji burger seolah merujuk kepada Zamsaham/Zamburger.

Farizal 'Dapat Anak Pun Kita Beri Bonus' - Zamsaham Balas Sindiran Farizal

Ada yang membuat tanggapan mungkin kerana dia kecewa kontraknya tidak dilanjutkan, ada yang meneka ia mungkin berkaitan dengan apa-apa pembayaran yang dia tidak dapat sama ada gaji, bonus mahupun elaun, malah ada juga yang membuat usikan nakal mungkin dia kecewa tidak diberi pemilikan perniagaan burger.

Sedar bahawa ia telah viral dalam kalangan penyokong, Zamsaham tidak mengambil masa untuk membalasnya dengan mengatakan : “Ada bekas penjaga gol saya hadiahkan dia RM3,500 sempena kelahiran anak. Ada juga pemain yang nak buat pinjaman kahwin, saya beri tapi tukarkan ia kepada hadiah kahwin. Kena cerita, takut-takut penyokong salah faham, tu yang kena cakap.

“Sedangkan imbuhan hadiah kelahiran anak berjumlah RM3,500 yang tidak ada dalam kontrak pun kami tunaikan inikan pula yang ada dalam kontrak. InshaAllah kami sepastinya akan jaga hak kesemua pemain sebagaimana yang tertulis dalam kontrak.

“Kami bukan nak ungkit jauh lagi nak berbalah, atau melatah. Kami dedahkan sebab pemain ini yang mulakan dan kacau pengurusan TRW. Semoga semuanya selesai baik-baik dan diharap penyokong Kelantan faham isu sebenar.”

Zamsaham 'Dapat Anak Pun Kita Beri Bonus' - Zamsaham Balas Sindiran Farizal

Kenyataan Zamsaham secara tidak langsung memberi jawapan kepada kita bahawa rungutan Farizal adalah merujuk kepada pembayaran bonus yang dia tidak dapat, ataupun belum dapat.

Zamsaham turut mendedahkan bahawa sepanjang tahun ini sahaja bermula bulan Mac hingga Oktober, pasukan itu telah membayar lebih daripada RM300,000 untuk pelbagai elaun dan bonus antaranya Elaun KPI, Bonus Khas Kemenangan, Saguhati Perkahwinan, Saguhati Kelahiran serta Saguhati Belajar.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.