De Paula Bengang, Baling Botol, Penyokong Kata Dia Sepatutnya Ditidurkan KKM

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Guilherme De Paula sekali lagi mengundang kemarahan penyokong bolasepak tanah air, susulan aksi lemah longlainya ketika menentang Kemboja dalam aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2020, pada Isnin.

Walaupun ada melakukan percubaan tepat, pemain itu secara keseluruhannya mengecewakan dan mengulangi ‘trademarknya’ berjalan di atas padang ketika rakan-rakan lain berhempas pula menangani permainan liat Kemboja.

Ini menyebabkan dia dikeluarkan pada minit ke-75 dan digantikan oleh Luqman Hakim Shamsudin, dan sebaik sahaja dia keluar permainan pasukan negara terus berubah menjadi rancak dan nampak lebih mengancam.

Malah, hanya beberapa minit sahaja diperlukan penggantinya itu untuk melakukan satu assist cantik yang disudahkan seorang lagi pemain gantian R.Kogileswaran.

Apa yang menjadi bualan adalah mengenai reaksi De Paula selepas dikeluarkan, di mana salah seorang wartawan portal terkemuka ESPN yang berada di stadium, Gabe Tan menyatakan bahawa pemain itu kelihatan bengang dan membaling botol di bangku simpanan.

“Guilherme tidak gembira selepas dikeluarkan, entah apa sebabnya dia merenung tajam kepada penyokong Malaysia yang tetap memberikan dia tepukan walaupun bermain teruk, sebelum membaling botol di bangku simpanan. Entah apa salah penyokong,” tulisnya di twitter.

Walaupun penyokong gembira dengan kemenangan 3-1 yang dilakar di Stadium Bishan itu, tinjauan di ruangan komen media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia serta beberapa page sukan lain selepas tamat perlawanan mendapati ramai yang mengecam pemain naturalisasi dari Brazil itu.

Antara komen paling mencuri tumpuan ditulis oleh seorang penyokong berbunyi: “Malaysia main bagus, tapi agak terkilan bila De Paula dikeluarkan, patut dia ditidurkan oleh KKM (Kementerian kesihatan Malaysia).”

Harimau Malaya De Paula Bengang, Baling Botol, Penyokong Kata Dia Sepatutnya Ditidurkan KKM

Sementara itu, Tan Cheng Hoe pula memberi penjelasan mengenai isu yang berlaku dengan mengatakan: “Sebagai seorang jurulatih, saya rasa kita akan ‘handle‘ perkara ini. Pastinya dia telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan sangat komited tetapi kadang-kadang disebabkan oleh frustration mendapatkan jaringan.

“Saya yakin De Paula cukup matang untuk mengawal situasi ini, dan saya harap dia akan memberikan motivasi yang baik, contoh kepada pasukan. Saya percaya dia bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.