“Demo Kalu Dok Pandai Kecek, Jange Buat Palo Tahu” – Nurshamil

Nurshamil Abd Ghani Kelantan FC
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Nurshamil Abd Ghani nampaknya naik angin dan melepaskan kemarahan kepada pengulas perlawanan di antara Kelantan FC dan PDRM FC.

Skuad bimbingan Marco Ragini tewas 1-2 dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu dengan Nurshamil dimasukkan sebagai pemain gantian pada permulaan separuh masa kedua menggantikan Syafiq Heelmi Zainol Fikri.

Beberapa jam selepas perlawanan, Nurshamil memuatnaik status di instastory meluahkan kemarahan kepada pengulas live streaming perlawanan itu dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan ulasan yang berat sebelah.

“Pengulas ada masalah dengan pasukan Kelantan ke? Kita main home, tetapi kenapa pengulas macam team away?

“Demo kalu dok pandai kecek, jange demo duk buat palo tahu (kalau awak tak pandai bercakap, jangan duk tunjuk pandai). Mung tengok game jah pah duduk diam-diam makan kuaci.

“Ore jadi pengulas mung pun nak jadi pengulas, serupa budak sekolah tak habis. Kito nih kalu nok kato ko ore, pikir molek dulu baru kecek (kita kalau nak kutuk orang, fikir masak-masak dulu),” tulis Nurshamil yang telah menjaringkan lima gol buat Kelantan FC musim ini.

Nurshamil insta "Demo Kalu Dok Pandai Kecek, Jange Buat Palo Tahu" - Nurshamil

Pada perlawanan itu, PDRM FC bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti Lazarus Kaimbi.

Marco Ragini membuat dua pertukaran sebelum bermula separuh masa kedua dan Kelantan FC berhasil menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Mario Arques pada minit ke-49.

PDRM FC bagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan kemenangan pada minit ke-84 menerusi pemain import Bruno Suzuki Castanhera.

Sementara itu, Marco Ragini menganggap pasukannya telah bermain baik namun tuah lebih memihak kepada pasukan pelawat.

“Separuh masa kedua kita bermain lebih baik dan saya percaya kita boleh kutip tiga mata kerana pemain sangat yakin. Memang saya sangka kita akan menang, namun apa yang penting kita memahami kesilapan yang dilakukan. Kita juga perlu kekal positif untuk perlawanan akan datang,” ujarnya.

Manakala Wan Rohaimi pula berkata, “Kita masih hadapi masalah sama jentera serangan masih tumpul, kalau tengok tadi pun, kita cipta peluang tapi dikecewakan dengan penyudah yang lemah, jadi kita masih tercari-cari faktor ‘kill the game’ yang kita tiada,” ujarnya.

© 2021 Hakcipta Terpelihara Labola Malaya

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.