Dia akan julang lebih banyak trofi, kata Arteta selepas Auba jatuhkan Piala FA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Itu tandanya dia akan julang lebih banyak trofi. Kami akan buat dia biasakan diri memegang trofi selepas ini,” seloroh Mikel Arteta mengenai insiden kapten pasukan Pierre Emerick Aubameyang terjatuhkan Piala FA.

Aubameyang terpaksa mengambil sendiri trofi dari podium yang disediakan dan mendapati ia terlalu berat untuk dipegang tatkala dia membawanya kepada rakan sepasukan untuk diraikan.

Trofi bersejarah itu bagaimanapun tercabut dari tapaknya dan terlepas dari pegangan Aubameyang belum sempat ia disambut rakan sepasukan, mencetus pelbagai reaksi spontan.

Lihat sahaja wajah David Luiz dan Alexandre Laccazette.

Aubameyang kemudian mengangkat dan menjulang piala berkenaan,  Arsenal secara rasminya meraikan kejuaraan Piala FA ke-14 mereka susulan kejayaan menewaskan Chelsea 2-1 di Wembley.

Hakikatnya, ini adalah trofi pertama Aubameyang sejak menyertai Arsenal pada 2018. Tidak banyak trofi pernah dimenanginya ketika bersama kelab terdahulu. Kali terakhir dia memegang trofi adalah pada 2016/17 bersama Borussia Dortmund.

Terdahulu dalam aksi final yang berlangsung sengit, Aubameyang muncul wira the gunners dengan meledak dua jaringan untuk membantu mereka bangkit daripada ketinggalan.

Chelsea berada di depan seawal minit kelima menerusi percubaan Christian Pulisic yang gagal diselamatkan Emiliano Martinez.

Cesar Azpilicueta menjatuhkan Aubameyang di dalam kotak penalti pada minit ke-28 dan pemain itu tenang menyudahkannya untuk mengikat kedudukan.

Sebelum tamat separuh masa pertama, The Blues bimbingan Frank Lampard kehilangan Azpilicueta dan Pulisic yang mengalami kecederaan harmstring.

Baca : Lampard angkat kaki kerana Chelsea keberatan tawar kontrak baru

Aubameyang meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-67 hasil gerakan bijak menewaskan Willy Cabalero.

Kad kuning kedua diterima pemain tonggak Mateo Kovacic pada minit ke-73 menyaksikan Chelsea bermain dengan 10 pemain dan menjadikan keadaan lebih sukar buat mereka untuk cuba kembali mengimbangi permainan.

Kemenangan buat Arsenal menyaksikan mereka mengekalkan rekod bersih menang kesemua tiga aksi final Piala FA menentang Chelsea, dan turut melayakkan mereka untuk beraksi di Europa League musim depan.

Mereka juga akan berdepan juara English Premier League Liverpool dalam aksi Community Shield.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.