“Dia Sesuai Jadi Penolong Sahaja” – Penyokong Desak Yusri Che Lah Berundur

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Susulan prestasi suram dan kegagalan Perak untuk layak ke saingan Piala Malaysia pada musim ini, rata-rata penyokong Perak mahu ketua jurulatih, Yusri Che Lah berundur.

Yusri disifatkan bukan individu sesuai untuk merubah dan mengembalikan kegemilangan bolasepak Perak, malah ada yang mengatakan beliau perlu menimba lebih banyak pengalaman lantas hanya sesuai untuk menjadi penolong jurulatih sahaja buat masa ini.

“Selain bawa Perlis layak ke Liga Premier 2016, YCL tiada apa pencapaian yang bagus. Bersama Felcra tak menjadi, Kelantan pula dia bawak sampai tersingkir ke Liga Premier, dengan KL enam game tak menang pastu kena pecat, balik Kelantan duk main zon penyingkiran Liga Premier jer laa, pergi skuad projek, team tu jadi belasahan, bukan semua pemain yang baik boleh jadi jurulatih yang baik,” kata seorang penyokong.

Antara komen lain berdasarkan tinjauan di laman rasmi pasukan bolasepak Perak adalah seperti berikut, dengan masing-masing berharap pihak pengurusan membuat rombakan menyeluruh daripada barisan kejurulatihan hingga ke barisan pemain.

Yusri Che Lah 1 "Dia Sesuai Jadi Penolong Sahaja" - Penyokong Desak Yusri Che Lah Berundur
YUsri "Dia Sesuai Jadi Penolong Sahaja" - Penyokong Desak Yusri Che Lah Berundur
Yusri Che "Dia Sesuai Jadi Penolong Sahaja" - Penyokong Desak Yusri Che Lah Berundur

Sebagai rekod, Yusri Che Lah yang merupakan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan dan dianggap legenda Perak dilantik mengendalikan skuad the bos gaurus yang tersingkir buat kali pertama ke saingan Liga Premier musim ini.

Beliau berdepan cabaran sukar memandangkan pasukan itu terpaksa memulakan musim dengan defisit sembilan mata gara-gara masalah tunggakan gaji dan tidak dapat mendaftarkan pemain baru pada jendela perpindahan pertama.

Ini menyaksikan mereka ketika ini menduduki tangga kedua tercorot Liga Premier dengan hanya tujuh mata, dengan baki dua perlawanan sahaja lagi untuk tamat musim.

Kedudukan ini juga bermakna Perak terlepas slot automatik untuk ke Liga Super 2023 yang membabitkan 18 pasukan, di mana mereka perlu beraksi dalam perlawanan play-off menentang pasukan dari Liga M3.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.