“Dia sudah cakap dengan jelas, kenapa tanya saya tentang masa depan orang lain?”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurus Manchester City Pep Guardiola tidak berminat untuk bercakap mengenai kemungkinan Lionel Messi akan menyertai pasukan itu di masa akan datang, menurut laporan oleh Goal.com.

Messi membuat kejutan apabila memaklumkan mahu meninggalkan Barcelona selepas hampir dua dekad bersama kelab itu dengan Manchester City dilaporkan begitu hampir mendapatkannya.

Tetapi kemudiannya dia ‘terpaksa’ kekal di Nou Camp berikutan konflik di dalam kontrak yang merumitkan perpindahan, selain ketegasan La Liga yang tidak mahu mengeluarkan visa untuknya meninggalkan Sepanyol.

Baca : LaLiga tidak akan keluarkan visa untuk Messi keluar daripada Sepanyol

Baca : Messi ucap ‘goodbye’ kepada Barcelona

Baca : Terpaksa setia, kalau bukan kerana kesilapan bapa

Bagaimanapun, pemain terbaik dunia sebanyak enam kali itu boleh meninggalkan Barcelona secara percuma apabila kontraknya bersama Barcelona berakhir pada Jun tahun depan dan sekali lagi Manchester City dikaitkan sebagai destinasi bakal menjadi pilihan Lionel Messi.

Apatah lagi Guardiola diketahui cukup mengagumi kapten Argentina itu dan kedua-dua mereka mempunyai ‘chemistry’ yang baik.

Tetapi ditanya mengenai spekulasi itu kepada Guardiola, ini responnya.

“Saya rasa saya tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa. Dia (Messi) sudahpun cakap dengan jelas mengenainya dan saya tiada apa-apa untuk ditambah.

“Messi adalah pemain Barcelona, kelab yang saya sayang dan buat masa ini dia akan kekal begitu.

“Soalan mengenai masa depan Messi perlu ditanya kepada Messi, bukan saya. Kenapa tanya saya tentang masa depan orang lain.

“Hanya dia yang tahu apa kehendak dia, saya tidak boleh bercakap tentang kehendak orang lain,” ujar Guardiola yang kontraknya bersama the citizens juga akan tamat pada Jun tahun depan.

Di sebalik gagal mendapatkan khidmat Messi, Manchester City telah membawa masuk pemain sayap Sepanyol Ferran Torres dan pertahanan Nathan Ake dalam misi mereka untuk merampas semula kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

City difahamkan mahu membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan tetapi Guardiola menegaskan dia sudah cukup gembira dengan skuad yang dimiliki ketika ini.

“Pengurusan melakukan segala apa yang terbaik, jika kemasukan pemain baru akan berlaku, maka ia akan berlaku tetapi jika tidak, saya boleh kata dengan yakin saya sudah cukup gembira dengan skuad yang ada ketika ini.

“Saya tidak pernah dan tidak akan merungut, saya pengurus yang bertuah untuk mempunyai pemain-pemain ini di kelab ini.”

Sumber : Goal.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.