Dianggap Jurulatih Terbaik Masa Kini, Kenali Siapa Sifu Nafuzi Zain

Nafuzi Zain
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tidak keterlaluan jika mengatakan jurulatih Terengganu FC yang semakin mencipta nama, Nafuzi Zain adalah antara jurulatih terbaik dalam kancah bolasepak tempatan ketika ini.

Nama pengendali berasal dari Kelantan itu ketika ini menjadi sebutan dan meniti di bibir penyokong setia Terengganu FC berikutan kecemerlangan ditunjukkan pasukan itu yang sedang bersaing sengit dengan Johor Darul Takzim (JDT) dalam merebut kejuaraan liga.

Bayangkan dalam masa hanya dua musim, Nafuzi Zain merubah Terengganu FC daripada sebuah pasukan yang lazimnya dianggap sebagai mid-table team, kepada pasukan pencabar kejuaraan.

Sebagai rekod, musim 2020 adalah musim penuh pertama Nafuzi Zain mengendalikan Terengganu FC, di mana dia berjaya untuk membawa pasukan itu menamatkan saingan Liga Super yang berlangsung separuh musim di tangga ketiga.

Di sebalik pujian melambung diterima, Nafuzi Zain tidak lupa untuk berterima kasih kepada jurulatih berpengalaman yang juga sifunya, Irfan Bakti Abu Salim.

Menurutnya dia tidak mungkin sampai ke tahap seperti sekarang ini jika bukan kerana Irfan Bakti yang banyak memberi tunjuk ajar selama mereka bekerjasama bermula tahun 2017 sehingga 2019.

Ketika itu Nafuzi Zain memegang jawatan selaku penolong jurulatih Terengganu FC sebelum mengambil alih posisi Irfan Bakti sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2019.

“Apa yang saya ada sekarang ini, semuanya bermula daripada Irfan Bakti di mana perjalanan karier saya daripada Liga Premier sehingga Terengganu FC layak ke Liga Super pada tahun 2018, saya bersama-sama dengan beliau.

“Semua ini adalah jasa dan budi Irfan selama saya menjadi penolong jurulatih dengannya sejak 2017 sehingga beliau letak jawatan pada pertengahan 2019 dan beliaulah yang membawa saya ke kancah Liga Super sebelum ini.

“Sebelum beliau meletak jawatan, Irfan percaya saya akan mampu untuk menjaga pasukan ini dan daripada situlah saya terus mendapat peluang untuk mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih.

“Jadi, saya gunakan peluang sebaik mungkin untuk bantu pasukan berada di tahap lebih baik musim ini, dan saya rasa kalau Irfan tidak beri peluang kepada saya untuk bekerjasama dengannya bermula tahun 2017, saya mungkin tidak akan ke mana”, jelas Nafuzi Zain.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.