Diserang Netizen Malaysia, Jack Carlin Tutup Ruangan Komen IG

Jack Carlin
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pelumba Great Britain, Jack Carlin menutup ruangan komen di instagram peribadinya selepas diserang netizen Malaysia yang tidak berpuas hati dengannya.

Dia juga didapati telah memadam kesemua komen berunsur kemarahan dan provokasi yang dilontarkan selepas tamat aksi pusingan pertama keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jack Carlin menjadi sasaran netizen Malaysia melepaskan kemarahan susulan menjadi punca insiden kemalangan membabitkan pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom ketika berlangsungnya perlumbaan di Izu Velodrome pada Sabtu.

Jack Carlin dilihat menghimpit Shah Firdaus dalam perlumbaan saringan kedua itu, menyaksikan berlakunya kemalangan setelah Shah Firdaus gagal mengelak sekaligus terjatuh dan mengalami kecederaan teruk di bahu dan tulang rusuk.

Ini menyebabkan perlumbaan saringan kedua terpaksa diadakan semula dengan Shah Firdaus bersama-sama seorang lagi pelumba dari Kazakhstan, Sergey Ponomaryov memilih untuk menarik diri dan tidak meneruskan perlumbaan.

Shah Firdaus disarankan supaya tidak meneruskan perlumbaan, namun dia yang tidak mahu mengalah dengan mudah menunjukkan keberanian untuk kembali berjuang dengan menyertai perlumbaan repecharge.

Kesungguhan dan semangatnya membuahkan hasil apabila dia menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne sekaligus menempah tiket suku akhir.

Saingan suku akhir pada Ahad akan sekali lagi menemukan Muhammad Shah Firdaus dan Jack Carlin, bersama-sama Maximilian Levy, Callum Saunders, Jair Tjon En Fa, dan Nicholas Paul.

Datuk Azizulhasni Awang yang turun selepas berlaku insiden kemalangan itu, memastikan fokusnya tidak terjejas dan mudah mengesahkan tempat di suku akhir.

Kedua-dua mereka adalah sandaran terakhir untuk menambah pungutan pingat kontijen negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.