Ditanya Betul Ke Fazly Mazlan Sertai Selangor Yang Tak Main AFC, Ini Jawapan TMJ

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Benarkah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Fazly Mazlan akan menyertai Selangor FC yang tidak bermain di Piala AFC dan ada Izhar Moslim? Katakan khabar angin ini tidak benar.

Begitulah lebih kurang soalan dengan nada sinis yang diajukan seorang penyokong kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berikutan spekulasi hangat pemain pertahanan kiri itu akan menyertai Selangor FC.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di twitter memberitahu pemain berusia 27 tahun itu yang bermain dengan Sri Pahang selama dua musim secara pinjaman semakin hampir untuk memperkuatkan pasukan Red Giants bagi musim 2022.

Dan ini adalah reaksi Tunku Ismail kepada soalan tersebut : “Apabila tak dapat pasukan yang main di Piala AFC, apa-apa yang ada pun boleh, orang putih kata leftovers. Untuk makluman dia pemain yang bagus, bekas juara Piala AFC. Entah apa nama pasukan dalam Malaysia yang menang Piala AFC tu, lupa saya.”

Tunku Ismail sememangnya diketahui sudah sekian lama berbulu dan tidak mempunyai hubungan baik dengan pengurusan baru Selangor FC.

Antara individu yang seringkali dihentam beliau adalah Izhar Moslim (Naib Presiden) yang disifatkannya sebagai perosak dan jerung yang mahu mengambil kesempatan terhadap duit kerajaan negeri Selangor.

Ini juga antara sebab mengapa Tunku Ismail seringkali menyindir Selangor FC, terutamanya pencapaian mereka.

Beberapa hari lalu, Tunku Ismail dengan nada sindiran memberitahu Syafiq Ahmad yang mahu dipinjamkan oleh JDT kepada pasukan lain tidak mungkin akan pergi ke pasukan di bawah pengurusan Izhar Moslim sebaliknya akan memilih Kedah atau KL City yang bermain di Piala AFC.

Berita Berkaitan : Dia Mesti Nak Main Asia, Tidak Mungkin Nak Join Pengurusan Izhar Moslim

Pasukan selatan tanah air itu bercadang meminjamkan penyerang kebangsaan itu bagi membolehkannya meraih minit permainan yang lebih setelah sekadar menjadi pemain simpanan untuk keseluruhan musim ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.