Ditanya Tentang Pemain Tempatan Kuat Merokok, Safee Sali Beri Jawapan Luar Biasa

Safee Sali
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang KL City FC, Safee Sali memberikan jawapan yang boleh dikelaskan sebagai luar biasa kepada soalan yang ditanya salah seorang pengikut di instagramnya.

Soalan tersebut berbunyi, “Pemain tempatan ramai yang kuat hisap rokok, macam mana tu boss?” dan ini jawapan bekas penyerang kebangsaan itu.

“Pemain tempatan hisap rokok, pemain import minum arak, sama jer kan? Selagi mereka boleh perform dan tidak membahayakan nyawa/karier mereka, tak jadi masalah,” ujar Safee Sali.

‘Soal jawab’ itu dikendalikan Safee Sali di instastorynya sekitar beberapa minggu yang lalu dengan caption ‘tanya apa sahaja, saya cuba jawab’ dan ia kembali ditularkan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Safee Sali SS10 ig story Ditanya Tentang Pemain Tempatan Kuat Merokok, Safee Sali Beri Jawapan Luar Biasa

Lazimnya kita mendengar tabiat merokok atau minum arak disifatkan sebagai budaya yang tidak sihat bagi seseorang ahli sukan ataupun atlet profesional jika mereka mahu kekal cergas, malah ia juga dianggap sebagai tidak menunjukkan disiplin atau contoh yang baik.

Rata-rata ahli sukan profesional pastinya akan menasihatkan supaya semua tabiat buruk ini dijauhi, namun jelas pandangan Safee Sali ini berbeza.

Atau mungkin juga jawapan Safee Sali itu bermaksud ‘nak merokok boleh, tapi pandai-pandailah jaga prestasi dan jangan lupa tanggungjawab kepada diri sendiri’?

Bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo pernah mendedahkan antara sebab utama dia kekal fit sehingga sekarang adalah kerana dia menjauhi rokok, minuman keras serta mengamalkan disiplin pemakanan yang ketat.

Malah pada tahun 2018, Institut Sukan Negara memperkenalkan ujian saringan merokok sebagai satu daripada kriteria pemilihan atlet selaras dengan matlamat program Podium yang mahu melahirkan atlet profesional di mana atlet yang merokok diberi pilihan sama ada berhenti merokok atau keluar daripada program tersebut.

“Mereka (atlet) perlu berhenti merokok. Kami ada peranti untuk mengesan mereka yang merokok. Kalau ada yang didapati merokok, mereka perlu berhenti atau terpaksa meninggalkan Program Podium.

“Sebelum ini kriteria merokok ini tidak disenaraikan…mungkin terlepas pandang. Tapi kali ini kami akan buat ujian. Kami kena tegas dalam perkara ini (merokok),” kata Ketua Pengarah ISN ketika itu.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.