Dollah Salleh : Cemerlang sebagai pemain, cemerlang sebagai jurulatih

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dollah Salleh, nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada peminat bolasepak tanah air.

Beliau sememangnya diketahui sebagai salah seorang pemain kebangsaan berprofil tinggi pada zamannya di mana gandingannya bersama Zainal Abidin Hassan di barisan depan dianggap sebagai gandingan ‘penyerang kembar’ terbaik pernah disaksikan selepas era James Wong dan Hassan Sani.

Antara pencapaian Dollah Salleh sebagai pemain adalah memenangi gelaran Liga Perdana dan Piala Malaysia pada 1992 bersama Pahang selain turut pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Beliau juga membantu pasukan negara muncul juara Pestabola Merdeka 1993 dan naib juara edisi sulung Piala Tiger pada 1996.

Dollah Salleh bersara sebagai pemain pada penghujung 1998 dengan Negeri Sembilan menjadi pasukan terakhir diwakilinya.

Dollah Salleh Negeri Sembilan Dollah Salleh : Cemerlang sebagai pemain, cemerlang sebagai jurulatih

Setelah terjun ke bidang kejurulatihan pada 2005, beliau pantas mencipta nama apabila membawa MPPJ Selangor muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia dan setahun kemudian menjuarai pula Piala Sumbangsih serta Liga Perdana 2004.

Kejayaan itu menyaksikannya dilabel jurulatih dengan sentuhan magis.

Dollah Salleh kemudian menyertai Selangor pada 2005 dan membantu Red Giants mencipta sejarah menjulang tiga gelaran Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA.

Pada musim terakhirnya bersama pasukan itu pada 2008, beliau menambah lagi koleksi trofi apabila berjaya muncul naib juara Piala FA dan Piala Malaysia.

Selepas itu Dollah Salleh membimbing Shahzan Muda untuk seketika dan dilamar Pahang pada 2009.

Selepas membantu Pahang menoktahkan kemarau 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia pada 2013 dengan menewaskan Kelantan, beliau dipancing oleh pasukan PDRM FA.

Pada 2014, Dollah Salleh membawa PDRM FA menjuarai Liga Perdana seterusnya dilamar untuk mengalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan.

Beliau membimbing Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2014 namun reputasi gah sebagai jurulatih yang hebat sedikit tercalar dek kerana kekalahan 10-0 ke pada Emiriah Arab Bersatu menyaksikannya meletak jawatan.

Dollah Salleh kembali membimbing Pahang pada 2017, membawa mereka muncul naib juara Piala FA dan seterusnya bergelar juara pada tahun 2018 dengan menewaskan Selangor.

Pada 2019, beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Kebangsaan di Anugerah Bolasepak Kebangsaan walaupun tiada trofi dimenangi.

Foto ehsan : NSTP, Retro Bolasepak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.