Dollah Salleh : Terengganu Sangat Berbeza, Lebih Mantap dan Lebih Tersusun

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas Sri Pahang mengalami kekalahan 1-2 di tangan Terengganu pada Ahad, pengendalinya Dollah Salleh menyatakan bahawa mereka tewas kerana kesilapan sendiri.

Beliau tegaskan selepas mendahului menerusi jaringan Manuel Hidalgo pada minit ke-47, barisan pemainnya mula mengendurkan asakan malah bermain dengan terlalu berhati-hati kerana takut melepaskan gol.

Natijahnya, Terengganu bangkit menerusi jaringan Habib Haroon dan Petrus Shitembi untuk membawa pulang tiga mata, dan menghadiahkan Pahang kekalahan selepas mengharungi lima perlawanan tanpa tewas.

“Selepas lima perlawanan, kita jumpa sebuah pasukan yang bermain bolasepak di tahap tinggi, Terengganu nampak berbeza, lebih mantap dan lebih tersusun, kita kalah kepada pasukan yang lebih baik.

“Memang kita punya perancangan, turun sedikit bila hilang bola, tetapi tidaklah terlalu ke bawah. Bila dah terlalu bawah sangat, memudahkan pemain Terengganu menguasai bola, seorang pemain yang baik bila diberi ruang dan masa dia akan jadi lebih baik. Itu kesilapan yang kita lakukan, kita sepatutnya bermain sahaja normal game kita.

“Kita dah push mereka naik atas tetapi pemain nampak dah kepenatan dan hanya tunggu lawan datang, apapun saya tahu mereka sudah memberikan yang terbaik, saya terima hakikat Terengganu bermain lebih baik,” ujar Dollah.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.