Dollah Salleh Terlalu Gembira

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dollah Salleh tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dengan komitmen ditunjukkan barisan pemain Sri Pahang FC menjelang aksi pertama Liga Super selepas lebih dua bulan berehat.

Sri Pahang akan menentang Melaka United kendalian Zainal Abidin Hassan pada Ahad ini di Stadium Darulmakmur dalam akso ke-14 Liga Super.

“Memang saya terlalu gembira dengan komitmen semua pemain yang menunjukkan prestasi yang saya mahukan sejak kita menjalani latihan ‘camp based training‘ fasa kedua di Pekan dan mereka sudah tidak sabar menantikan aksi menentang Melaka United.

“Saya tengok semua mahu membuktikan mereka dalam keadaan bersedia, dan semua pemain mahu berada dalam skuad utama. Sudah tentunya sukar untuk saya menyenaraikan kesebelasan terbaik tetapi sikap seperti ini akan menjadikan Sri Pahang berada pada tahap terbaik bagi mengharungi baiki saingan Liga Super musim ini,” kata Dollah Salleh.

Sebagai rekod, selepas 13 perlawanan Sri Pahang ketika ini di kedudukan kesembilan Liga Super dengan 12 mata manakala Melaka United pula di kedudukan ke-11 dengan 11 mata.

Ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pusingan pertama pada bulan Mac lalu di Stadium Hang Jebat, perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Melaka United juga tidak pernah menang dalam kesemua 15 pertemuan terakhir menentang Sri Pahang.

Sebelum saingan liga berhenti rehat pada bulan Mei lalu, Sri Pahang mengharungi permulaan terburuk dalam sejarah Liga Super apabila tewas tujuh daripada 10 perlawanan pertama dan hanya mula bangkit dalam tiga aksi terakhir.

Manakala Melaka United pula sepatutnya di kedudukan lebih baik tetapi ditimpa malang apabila ditolak tiga mata akibat kegagalan melunaskan tunggakan gaji mengikut jadual ditetapkan, dan mereka tidak menang dalam tiga aksi terakhir.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.