Dominic Tan Akui Kurang Bermain, Selalu Jadi Simpanan Punca Tak Perform

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan Dominic Tan mengakui kurang bermain dan selalu menjadi simpanan bersama Police Tero FC adalah punca mengapa dia gagal menyerlahkan tahap sebenar permainannya ketika Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi Piala AFF 2020 pada Ahad lalu.

Pemain itu dikritik hebat oleh penyokong apabila melakukan beberapa kesilapan mudah dan dilihat menjadi lubuk di barisan pertahanan skuad negara setelah masuk menggantikan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan.

Menurut Dominic Tan, kekurangan minit permainan menjejaskan prestasinya dengan teruk dan itu punca dia berhijrah ke Sabah musim depan bagi mencari lebih peluang bermain dalam kesebelasan utama.

“Saya sekarang kat (kelab) Police Tero tak dapat berapa minit permainan yang saya ingin nak dapat.

“Bukan mudah untuk saya kerana lama tak main perlawanan intensiti yang tinggi. Dah tentu minit permainan salah satu amat penting dalam bola sepak dan itu yang kekurangan buat saya.

“Sebab itu saya pilih untuk pergi dengan Datuk Ong (Kim Swee) ke Sabah supaya saya dapatkan minit permainan,” katanya dilaporkan Arena Metro.

Dominic Tan yang berdarah kacukan Malaysia-Singapura pernah beraksi dengan Harimau Muda C dan JDT II sebelum bermain dengan JDT pada 2018. Dia kemudian dipinjamkan ke Vilaverdense pada 2018 dan setahun kemudian dipinjamkan pula ke Police Tero.

Pada 2020 dia menyertai Police Tero secara kekal namun baru-baru ini memilih untuk meninggalkan kelab Thailand itu dan menyertai Sabah bagi musim 2022.

Sementara itu, kekalahan besar kepada Vietnam tempoh hari bermakna Malaysia tiada pilihan selain wajib menang ke atas Indonesia dalam aksi terakhir untuk mara ke separuh akhir.

Indonesia ketika ini memimpin carta Kumpulan B dengan tujuh mata dan hanya memerlukan seri untuk mara, tetapi mereka pastinya turun dengan misi mengutip tiga mata untuk muncul juara kumpulan.

Dengan ketiadaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad yang tersisih kerana kecederaan harmstring, Dominic Tan bakal menjadi taruhan sekali lagi di pertahanan, bersama-sama Dion Cools yang sudahpun melapor diri di kem skuad negara.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.