Dua Bintang Terengganu FC Antara Wajah Baru Skuad B-23

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Brad Maloney mengumumkan senarai nama 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 2 skuad B-23 kebangsaan bermula 4 Oktober depan sebagai persiapan mengharungi pusingan Kelayakan Piala Asia B-23.

Daripada 25 pemain itu, 16 pemain adalah yang telahpun mengikuti sesi latihan fasa pertama pada awal bulan ini iaitu :

Firdaus Irman Fadhil, Azri Ab Ghani dan Syed Nasrulhaq Syed Bidin (penjaga gol); Azrin Afiq Rusmini, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Zaaim, Khairi Suffian Khaineyusri, T. Saravanan, Saiful Iskandar Adha, Firdaus Ramli, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Chia Ruo Han, Alif Abdul Mutalib, Shafi Azswad Sapari, Syafik Ismail dan Azhad Harraz Arman.

4 pemain adalah yang disenaraikan ketika fasa satu tetapi tidak dapat menyertainya iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Hairiey Hakim Mamat, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri dan Aiman Afif Md Afizul.

Manakala lima lagi pemain adalah wajah baru yang kali pertama dipanggil iaitu Ahmad Zikri Mohd Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K. Thivandaran.

Senarai 25 pemain ini akan dikecilkan kepada skuad akhir 23 pemain yang dijadual terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober 2021.

Mengikut perancangan, senarai akhir itu nanti akan turut menampilkan empat pemain kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng, dan Luqman Hakim Samsudin.

Empat pemain itu akan menyertai skuad B-20 kebangsaan selepas mereka selesai tugasan bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe bagi dua perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 nanti, Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun 2022.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.