Dua Tonggak KL Digugur, Sumareh Tidak Lapor Diri, Cheng Hoe Makin Pening

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bukan sahaja masa semakin suntuk buat Tan Cheng Hoe menyediakan skuad terbaik ke Piala AFF yang akan bermula 5 Disember ini, malah dia juga pening kepala apabila kehilangan seorang demi seorang pemain utama.

Lima hari sebelum bermula pertandingan, Cheng Hoe sudahpun terpaksa menggugurkan tiga pemain iaitu Darren Lok, Akram Mahinan dan Kenny Palraj kerana kecederaan manakala Mohamadou Sumareh pula tidak melapor diri kerana masalah peribadi.

Pemain tengah Baddrol Baktiar pula diberi cuti kecemasan kerana abang beliau meninggal dunia, menyaksikan Harimau Malaya meneruskan latihan dengan hanya 23 pemain setelah dicampur dengan enam pemain JDT yang melapor diri pada Rabu iaitu Syafiq Ahmad, Aidil Zafuan, Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Walaupun ada Hakimi Abdullah dan Rodney Akwensiwie dalam senarai standby, Cheng Hoe tidak bercadang memanggil mereka.

“Tidak akan panggil pengganti dan akan beri tumpuan kepada pemain sedia ada. Kedua-dua pemain berkenaan (Akram dan Kenny) tidak dapat pulih dalam masa terdekat sekali gus mengharapkan pemain lain bersedia daripada segi mental dan fizikal.

“Sekarang ini, hanya ada Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad, dan Mukhairi Ajmal serta beberapa pemain lain seperti Junior Eldstal untuk menggalas cabaran di bahagian tengah.

“Kita dapat perkhabaran Sumareh tidak dapat bersama kerana ada isu peribadi dan beri dia satu hari. Kita (masih) berharap dia akan datang nanti sementara Baddrol pula balik cuti kerana abangnya meninggal dunia,” kata Cheng Hoe.

Malaysia dijadual terbang ke Singapura pada 3 Disember ini dan memulakan aksi Piala AFF dengan menentang Kemboja pada 6 Disember, disusuli Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember.

Sementara itu, pemain sayap Safawi Rasid mengakui prestasinya pada tahun ini agak mengecewakan dan dirinya juga bukan lagi superstar pasukan kebangsaan.

Bercakap kepada Arena Metro, dia juga boleh menerima jika ada pemain lain yang lebih menonjol daripadanya di kem kebangsaan.

“Bagi saya itu adalah lumrah. Sebagai pemain bola sepak sudah pastinya ada naik dan turun, mungkin tahun ini prestasi saya buruk namun mungkin musim depan berbeza.

“Sebagai pemain bola sepak, kita tidak selalunya berada di atas kerana jika terlalu lama berada di tempat itu mungkin rasa sangat selesa sehingga menjejaskan prestasi.

“Ketika ini perasaan adalah seperti saya mula bermain bola sepak dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki prestasi untuk kembali seperti dahulu.

“Bagi saya tiada masalah jika ada pemain lain lebih menyerlah kerana perkara penting adalah memberi kelebihan kepada pasukan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.