‘Dulu kurang menyengat sebab Dollah Salleh letak di posisi salah” – Kaimbi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua pasukan PDRM FC, Lazarus Kaimbi percaya kehadiran Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih baru pasukan itu membantu menyerlahkan semula potensi di dalam dirinya ke tahap terbaik.

Selepas 12 perlawanan, Lazarus Kaimbi telah menjaringkan tiga gol dalam Liga Premier 2021, ketiga-tiganya menerusi sepakan penalti.

“Saya beralih ke posisi yang mampu membantu saya lebih menyerlah.

“Sebenarnya saya bukanlah penyerang sejati dan jurulatih (Sri Pahang), Dollah Salleh, yang meletakkan saya di posisi itu.

“Saya adalah pemain sayap kanan atau pemain tengah menyerang dan ia membolehkan saya beraksi lebih berkesan seperti ketika di Thailand, kini saya boleh beraksi di tahap terbaik.

“Jurulatih membawa banyak perubahan dengan corak permainan yang berbeza. Bukan sekadar terhadap individu tetapi secara keseluruhan pasukan. Kami mula menarik perhatian seteru Liga Perdana yang lain.

“Jurulatih melayani semua pemain dengan baik, bukan setakat pemain import. PDRM mengambil langkah tepat untuk melantiknya, dia membawa perubahan besar,” kata pemain dari Namibia itu.

Sejak dibimbing Wan Rohaimi yang menggantikan Mat Zan Mat Aris bermula 31 Mac lalu, PDRM FC mencatat dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan dan melonjak ke tangga kelapan Liga Premier 2021.

Sebelum itu mereka menduduki tangga kedua tercorot dengan tiga mata hasil satu kemenangan dari lima perlawanan pertama.

Sebagai rekod, Wan Rohaimi merupakan bekas pemain kebangsaan pada tahun 1999 hingga 2006 serta dikenali ramai sebagai pemain serba boleh kerana boleh beraksi selaku penyerang, pemain tengah dan pertahanan ketika beraksi bersama beberapa pasukan terkemuka Liga Malaysia seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Johor FC dan Pulau Pinang.

Dia pernah dilantik menjadi ketua jurulatih Tumpat FA di saingan Liga FAM pada tahun 2013 sebelum mengembangkan karier kejurulatihan di Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) selama empat tahun(2014-2018) dan merupakan ketua jurulatih Piala Presiden Pulau Pinang pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Wan Rohaimi melaungkan keyakinan PDRM FC mampu mendapatkan slot ke Piala Malaysia musim ini selain cuba memberikan tekanan kepada kelompok pasukan teratas setelah melakukan sedikit rombakan dalam pasukan.

“Jurang kami dengan pasukan teratas masih tidak terlalu jauh dan peluang layak ke Piala Malaysia masih ada dan harap sebaik liga bersambung nanti, kami akan merapatkan jurang sedia ada.

“Justeru, kami ada mendapatkan beberapa pemain tempatan baharu bagi perkuatkan cabaran pasukan dengan dua dari Penang iaitu Nurfais Johari dan Azrie Reza selain Saiful Hasnol, yang pernah beraksi dengan UKM sebelum ini.

“Manakala untuk import, kami melepaskan pertahanan, Victor Kamhuka dan sudah mendapatkan seorang pemain di barisan hadapan (Alvaro Cuello), ” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.