Dulu pasukan pilihan kini tewas memanjang, apa sudah jadi Kelantan United FC?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Apa sudah jadi dengan Kelantan United FC?

Memulakan musim dengan cukup gah sehingga dilabel sebagai pencabar kejuaraan dan pasukan pilihan untuk layak ke Liga Super, skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu semakin hilang arah apabila kecundang buat kali ketiga berturut-turut, kali ini di tangan UKM FC.

Jaringan tunggal Faiz Hanif pada minit akhir permainan memastikan tiga mata buat skuad Sulaiman Hussin di Stadium Selayang, membolehkan mereka keluar dari zon penyingkiran.

Kelantan United turun dengan misi mahu meraih tiga mata dan kembali ke landasan kemenangan selepas berputih mata dalam dua perlawanan terdahulu menentang JDT II dan Kuala Lumpur, tetapi deretan peluang terhidang gagal disudahkan barisan depan diterajui Faizwan Abdullah, Fakhrulzaman Zawawi dan Gassama Al Fusainey.

Zahasmi Ismail sekali lagi meratapi ketumpulan sentuhan penyudah setelah deretan peluang terhidang gagal disudahkan barisan depan diterajui Faizwan Abdullah, Fakhrulzaman Zawawi dan Gassama Al Fusainey.

“Kita kehilangan mata yang berharga, UKM FC bermain dengan tactical discipline yang baik, kita kurang di situ, hilang, kesilapan sendiri membawa padah dan kita tidak dapat memanfaatkan peluang menjaringkan gol, itu menjadi punca (kekalahan).

“Memang saya amat-amat kecewa, kalau diikutkan kita menguasai perlawanan, kita melakukan banyak serangan tetapi itulah bolasepak. Memang UKM FC pun ada peluang menjaringkan gol tetapi kita lebih banyak, kita bermain lebih bertenaga.

“Apabila kita gagal untuk skor gol, kita kena, mudah,” kata Zahasmi selepas perlawanan.

Kekalahan keempat musim ini menyaksikan Kelantan United kekal dengan sembilan mata yang diraih sebelum Liga Premier ditangguhkan pada bulan Mac lalu.

Dengan baki empat perlawanan peluang skuad Kijang Hijau untuk mengejar dua kedudukan teratas bagi memburu slot bermain di Liga Super boleh dikatakan sudah terlalu tipis namun mereka masih berpeluang untuk mara beraksi di saingan Piala Malaysia.

Selepas ini Kelantan United akan menentang Sarawak United (18 September); Terengganu FC II (27 September); Pulau Pinang (2 Oktober) dan Selangor II (9 Oktober).

Foto Kredit : Kelantan United FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.