Endrick Dos Santos Ada Sasaran Peribadi Mahu Dipenuhi Sebelum Sertai JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kapten Penang FC, Endrick Dos Santos mempunyai sasaran peribadi yang mahu dipenuhi bersama pasukan itu sebelum menyertai Johor Darul Takzim pada musim depan.

Endrick Dos Santos yang akan menyarung jersi Harimau Kumbang buat musim ketiga sebolehnya mahu menjaringkan lebih banyak gol musim ini walaupun jentera serangan akan diterajui Casagrande dan seorang lagi penyerang import yang masih belum diumumkan.

“Saya menjaringkan lebih banyak gol (8 gol) pada musim 2020 berbanding tahun lepas di mana hanya empat gol sahaja dilakukan. Tetapi sebenarnya tugas saya adalah untuk memberi peluang kepada penyerang seperti Casagrande untuk dia melakukan jaringan dan tahun lepas saya tidak banyak peluang sebab kami ubah sedikit corak bermain.

“Jadi, agak sukar untuk saya lebih dekat dengan Casagrande ketika perlawanan dan harap musim ini dapat bersama dengan lebih kerap untuk saya bantu dia dan penyerang lain”, kata Endrick Dos Santos yang dilaporkan akan menyertai skuad harimau selatan sebagai pemain naturalisasi pada 2023, sepertimana menurut Pengarah Sukan JDT Martin Prest.

Berita Berkaitan : Penyokong Penang Naik Angin Dengan Tindakan JDT Umum

Sementara itu, pemain berusia 25 tahun ini menyifatkan kehadirannya ke Malaysia ibarat langkah kanan untuk mencipta nama seiring dengan kejayaan yang diperoleh sejak bersama Felcra FC, Selangor FC dan kini Penang FC.

Malahan dia mengakui prestasinya sepanjang bersama Penang FC adalah yang terbaik sejak bermain di Liga Malaysia pada 2018,

“Betul, bagi saya yang terbaik adalah di Penang sebab saya dah berada di sini untuk tahun ketiga. Tetapi, saya juga melakukan tugas yang baik di Selangor sebelum ini, jadi dua tahun saya pernah beraksi dalam pasukan Liga Premier dan dua-dua (Felcra FC dan Penang FC) layak ke Liga Super selepas itu.

“Dan seterusnya di Liga Super tahun lepas, siapa sangka kita berjaya untuk berada di tangga tiga terbaik, jadi saya rasa saya sudah melakukan tugas yang baik di Malaysia dan nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong terutamanya di Penang, Selangor dan Felcra”, jelasnya.

Endrick Dos Santos, pemain berusia 26 tahun dari Brazil diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Felcra FC pada 2018 dan menyertai Selangor kendalian B.Sathianathan semusim kemudian.

Begitupun bersama Selangor, Endrick Dos Santos tidak menunjukkan komitmen yang betul dan seringkali tersisih kerana alasan kecederaan yang tidak boleh dikesan oleh mana-mana pakar perubatan, sehingga Sathianathan mengatakan kecederaan pemain itu adalah pelik dan mungkin mengalami sakit misteri.

Berita Berkaitan : Sathianathan Gives Up On Endrick Dos Santos

Bersama Penang FC sejak 2020, dia membantu pasukan itu meraih promosi ke Liga Super setelah menjuarai Liga Premier yang berlangsung sekerat musim, manakala pada tahun ini memakai lilitan kapten di lengan dan membawa pasukan itu menduduki tangga ketiga Liga Super 2021.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.