Endrick Dos Santos Direhatkan Bermula Aksi Menentang JDT?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Benarkah Penang FC akan turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim pada Rabu tanpa kelibat pemain import yang juga kapten mereka iaitu Endrick Dos Santos.

Itu persoalan yang timbul setelah laman rasmi pasukan itu memaklumkan pemain itu telah diminta untuk mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai, tetapi tidak diberitahu sebab.

Ia mengundang reaksi yang pelbagai dalam kalangan penyokong setia pasukan itu kerana sangat menghairankan seorang pemain penting boleh pula direhatkan ketika pasukan sedang mengharungi perlawanan-perlawanan penting.

Namun ada juga yang bersetuju dia direhatkan atas faktor prestasi yang tidak secemerlang musim lalu

Jika Endrick Dos Santos direhatkan sehingga 31 Julai, bermakna selain aksi menentang pasukan Harimau Selatan dia akan turut terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menentang Sri Pahang (23 Julai); Melaka United (26 Julai) dan Sarawak United (31 Julai) iaitu empat perlawanan secara keseluruhan.

Anehnya, sebelum ini tiada pula dia direhatkan dan boleh dikatakan telah beraksi dalam hampir kesemua perlawanan justeru mungkinkah laman rasmi Penang FC sekadar membuat posting berbentuk sinikal, apatah lagi posting mereka disertakan dengan hashtag #pembaris.

Ini kerana bertebaran spekulasi yang mengatakan pemain itu sama seperti Ifedayo dipinjamkan daripada JDT maka tidak akan diturun kan menentang kelab asalnya.

Jika ia sekadar satu posting yang berbentuk sinikal atau ‘troll’ maka ternyata mereka berjaya untuk memperdayakan penyokong dan mengundang kecaman yang tidak sepatutnya.

Pengurusan Penang FC sebelum ini ada membuat penafian Endrick Dos Santos dipinjam daripada JDT dan kini mereka berpeluang untuk membuktikannya.

Kudrat Endrick pastinya sangat diperlukan oleh Zainal Abidin Hassan apatah lagi Penang FC ketika ini dalam misi getir untuk keluar dari zon penyingkiran namun segalanya hanya akan terjawab pada hari perlawanan.

Tatkala JDT sedang menerajui Liga Super dengan 26 mata, Penang FC pula di tangga tercorot dengan hanya tujuh mata.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.