England guna pemain simpanan pun dah boleh menang Euro 2020

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Guna pemain simpanan pun England dah boleh muncul juara Euro 2020, itu reaksi kapten Itali Giorgio Chiellini.

Pertahanan veteran itu berkata England adalah calon serius untuk menang Euro 2020 sebelum bermula kejohanan lagi, dan beranggapan skuad Gareth Southgate telah membuktikan kualiti mereka dengan melangkah jauh dalam dua kejohanan besar.

“Mereka mara ke separuh akhir Piala Dunia tambahan pula sudah diramal England akan berada di final Euro kerana bermain enam daripada tujuh perlawanan di laman sendiri.

“Harry Kane telah bertindak cukup luar biasa mengetuai skuad England untuk berada di sini (final) dan dia juga boleh melakukan apa sahaja di depan gol. Saya amat menyukainya.

“Saya masih ingat salah satu perlawanan pertamanya bersama England, ketika dia bertemu kami di Turin [seri 1-1 pada 2015].

“Ketika itu dia telah memberikan kesan yang besar buat saya. Saya sangat bertuah untuk bertemu Harry Kane dalam perlawanan Juventus menghadapi Tottenham.

“Dia tahu cara untuk memisahkan barisan pertahanan serta bijak melakukan lorongan. Dia mampu melakukan tandukan, sepakan jarak jauh dan dekat.

“England bagaimanapun bukan hanya Harry Kane, mereka juga memiliki pemain hebat yang menyerang dari sayap. Dengan menggunakan pemain simpanan mereka sahaja sudah cukup untuk menang Euro. Mereka ada Jack Grealish, Jadon Sancho, Marcus Rashford, Dominic Calvert-Lewin dan Phil Foden.

“Ia akan menjadi perlawanan hebat, tiada mana-mana pasukan akan takut dan masing-masing hormat satu sama lain,” kata pertahanan berusia 36 tahun itu.

England dan Itali akan bertemu buat pertama kali dalam pentas final pada jam 3 pagi Isnin, dengan England memburu kejuaraan Euro pertama dalam sejarah bolasepak mereka manakala Itali pula memburu kejuaraan kedua selepas 1968.

England bagaimanapun tidak pernah menewaskan Itali di kejohanan utama, walaupun mereka sangat jarang bertemu.

Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir Euro 2012 di Ukraine dan selepas itu menang 2-1 di peringkat kumpulan Piala Dunia 2014.

Sementara itu, Harry Kane pula berkata, “Kami menunggu sangat lama sebagai pemain, orang awam yang mahu England layak ke final. Jadi, ini adalah kesempatan yang perlu dicapai dengan kedua-dua tangan.

“Kami memiliki peluang luar biasa untuk menang trofi kedua untuk negara kami. Kami turut berbangga mewakili pemain yang dimiliki dan bermain untuk pasukan sebelum ini.

“Kami teruja menanti final, perlu menikmatinya dan sudah tentu dalam bola sepak, kami mahu menang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.