Euro 2020 : Trent Alexander terselamat tatkala Southgate bawa 10 pertahanan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Gareth Southgate mengumumkan senarai akhir 26 pemain England yang akan membawa cabaran di Euro 2020 bulan ini.

Tiga penjaga gol, sepuluh pemain pertahanan, lima pemain tengah dan lapan penyerang dibawa ke kejohanan kali ini yang berlangsung di 11 buah negara iaitu Denmark, England, Jerman, Hungary, Itali, Belanda, Romania, Russia, Scotland dan Sepanyol.

Paling menjadi tumpuan adalah tersenarainya nama Trent Alexander Arnold – kedudukan pemain itu sebelum ini goyah berikutan kemerosotan prestasi di mana dia disisihkan dari kelayakan Piala Dunia pada bulan Mac.

Namun peningkatan ditunjukkan bersama Liverpool di beberapa minggu terakhir Liga Perdana Inggeris menyaksikannya terselamat dari disingkirkan.

Namun, mengejutkan Gareth Southgate turut membawa tiga lagi pemain bek kanan iaitu Kieran Trippier, Reece James dan Kyle Walker sekaligus bakal menyaksikan persaingan sengit untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama.

Gareth Southgate turut menyenaraikan Harry Maguire dan Henderson yang berdepan isu kecergasan, selain pemain muda berusia 17 tahun yang beraksi dengan Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Tujuh pemain dari skuad asal 33 pemain yang tidak terpilih adalah Aaron Ramsdale, Ben Godfrey, Ben White, Jesse Lingard, James Ward-Prowse, Mason Greenwood dan Ollie Watkins.

England telah diundi dalam Kumpulan D di Euro 2020 bersama-sama Croatia, Republik Czech dan Scotland.

Skuad penuh England (posisi pemain mengikut pengumuman dibuat FA England) :

Penjaga gol : Dean Henderson (Manchester United), Jordan Pickford (Everton), Sam Johnstone (West Brom).

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Chelsea), Conor Coady (Wolverhampton Wanderers), Reece James (Chelsea), Harry Maguire (Manchester United), Tyrone Mings (Aston Villa), Luke Shaw (Manchester United), John Stones (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City).

Pemain tengah: Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Mason Mount (Chelsea), Kalvin Phillips (Leeds), Declan Rice (West Ham).

Penyerang: Dominic Calvert-Lewin (Everton), Phil Foden (Manchester City), Jack Grealish (Aston Villa), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Bukayo Saka (Arsenal).

Kredit foto : Liverpool FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.