Exco KAFA cadang Liga Malaysia dibatalkan, Kelantan tarik diri

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Hussin Deraman mengakui nasib malang yang berterusan menimpa pasukan itu menyebabkan mereka sudah ‘hilang mood’ untuk meneruskan saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Hussin kepada Harian Metro, lebih baik Liga Malaysia 2020 dibatalkan sahaja ekoran pelbagai kekangan yang hanya akan menjadikan kewangan pasukan lebih tenat.

Baca : Kelantan sasar Liga Super 2021, dakap satu piala – berkuburnya sebuah impian

Malah Hussin juga memberitahu ada exco KAFA mencadangkan supaya Kelantan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim ini bagi memberi fokus kepada memperbetulkan kembali keadaan dan menyelesaikan terlebih dahulu semua masalah.

“Sudah tentu apabila saingan Liga Malaysia bersambung, setiap perlawanan memerlukan kos lebih tinggi membabitkan pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan.

“Bertambah parah, penonton pula tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium sekaligus Kelantan hilang sumber kewangan yang boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan itu.

“Jika melihat pada situasi sekarang, lebih baik saingan musim ini dibatalkan seterusnya boleh memberi tumpuan menyelesaikan tunggakan gaji dan penswastaan yang tinggal dua bulan lagi tempoh akhir,” katanya.

Kelantan pada Isnin telah ditolak tiga mata berikutan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama pemain dan pegawai yang terlibat.

Ia sekaligus menyaksikan mereka tergelincir ke tangga kesepuluh Liga Premier dengan hanya mengutip satu mata.

Kemelut yang melanda pasukan telah menyebabkan empat pemain mengambil keputusan meninggalkan pasukan setakat ini iaitu pemain import Kang Seung Jo dan tiga pemain tempatan Afiq Azuan, Arif Abdullah dan Wan Afiq Wan Kasbi.

Baca : Yusri Che Lah РBerundurlah demi kebaikan pasukan 

Pengendali pasukan, Yusri Che Lah sebelum ini mengakui bimbang situasi semasa yang melanda pasukan terutama tidak dibayar gaji lebih empat bulan akan membunuh motivasi dan semangat pemain, sehingga mereka tidak dapat bermain dengan sepenuh hati apabila liga bersambung.

Kelantan dijadual memulakan aksi pertama menentang UKM FC di Stadium Selayang pada 22 Ogos depan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.