Faisal Halim Dalam Radar Kelab Eropah

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ejen kepada pemain muda Faisal Halim mengesahkan beberapa kelab Eropah menunjukkan minat dengan kelibat pemain itu selepas perlawanan selepas perlawanan di antara Harimau Malaya dan Jordan pada Rabu lalu.

Menurut Joe Berbatov, ejen pemain itu daripada Estrada Sports Agency, “Saya mendapat dua panggilan daripada ejen luar negara untuk Faisal Halim selepas perlawanan persahabatan antarabangsa negara menentang Jordan baru-baru ini, tahniah.

“Tapi itu bukan tawaran rasmi, cuma mereka hanya nak tahu kedudukan perihal kontrak Faisal, berapa gajinya, klausa dalam kontrak dan lain-lain.

“Bulan lepas pun ada yang bertanya pasal Mukhairi. Sama juga macam Faisal, mereka nak tahu status Mukhairi dan belum ada apa-apa tawaran dibuat. Sebenarnya ini petanda yang bagus buat pemain kita, di mana kelab-kelab di luar sana sudah mula cuba melihat bakat pemain tempatan,” katanya kepada Arena Metro.

Sebagai rekod, Faisal Halim dipanggil semula oleh Tan Cheng Hoe bagi kem latihan skuad kebangsaan kali ini selepas menonjol bersama Terengganu FC dalam saingan Liga Super manakala Mukhairi Ajmal pula dipanggil buat pertama kali bersama-sama lima lagi pemain lain.

Dalam dua perlawanan persahabatan yang diharungi, skuad negara tewas kedua-dua aksi kepada Jordan dan Uzbekistan masing-masing dengan keputusan 0-4 dan 1-5 dengan Tan Cheng Hoe menyifatkan pemain-pemain ini mendapat pendedahan dan pengalaman berguna.

“Pendedahan dan peluang yang berguna buat pemain-pemain baru untuk beraksi dengan pasukan yang lebih baik dari skuad kebangsaan.

“Kita perlu memberi keyakinan dan juga kata-kata semangat supaya mereka bersedia pada masa hadapan untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan yang lebih kuat.

“Dari situ pemain akan mempelajari dan menerima situasi beraksi dengan pemain lawan yang memiliki fizikal yang lebih baik dari segi kepantasan dan teknik serta skil dari pasukan kita.

“Ini ujian terbaik buat skuad pasukan kebangsaan terutamanya pemain-pemain yang kali pertama menyertai pasukan,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.