Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Lebih Berhati-hati

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada penyokong bolasepak tanah air berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysian Football League (MFL) sedang mempertimbangkan pertambahan jumlah pasukan Liga Super menerusi video yang tular di laman sosial.

Malah dalam video yang sama itu Faizal Azumu memberitahu bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Stuart Ramalingam (CEO MFL) dan Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM) lantas akan berbincang lebih lanjut dengan mereka mengenai pertambahan pasukan yang sekaligus memberi bayangan Perak FC boleh terselamat dari tersingkir ke Liga Premier musim depan.

Kenyataan itu pantas mencetus perdebatan hangat dalam kalangan penyokong sehingga memaksa FAM dan MFL untuk mengeluarkan kenyataan penafian mengenai perkara itu.

Baca : Faizal Azumu Akan Bincang Dengan MFL Tentang Potensi Perak Kekal Di Liga Super
Baca : MFL, FAM Tepis Dakwaan Faizal Azumu, Liga Super Kekal Format Sama

“Pertama sekali, saya rasa bersyukur, kerana apa yang saya katakan itu adalah sebelum saya angkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

“Saya faham perkara itu tidak seharusnya saya sebut di atas kesilapan itu yang telah mengakibatkan satu perdebatan di sosial media.

“Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulilahsaya telah belajar dari kesilapan itu, hari ini saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS dan saya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan secara terbuka,” kata Faizal Azumu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Isnin.

MFL dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan tiada perubahan pada jumlah pasukan yang bertanding serta format kenaikan dan penyingkiran bagi saingan Liga Super 2022.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.