Faizal Azumu Mohon Maaf Salah Faham Isu Pembukaan Gimnasium

Menteri Belia dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan Faizal Azumu
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil memohon maaf sekali lagi.

Kali ini permohonan maaf itu kepada pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham mengenai pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sebelum ini dilaporkan dibuka bermula hari ini berdasarkan kenyataan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Ti Lian Ker memperbetulkan semula kenyataannya dengan memaklumkan gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.

“Buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium cuma sedang menunggu SOP tambahan sebelum pengusahanya dibenarkan beroperasi,” katanya.

Setakat ini, kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka dan tertutup kepada individu telah lengkap divaksin menerusi tempahan, di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.

Justeru itu, memetik laporan The Vibes, Ahmad Faizal berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin.

“Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dilapor portal tersebut, pada Jumaat.

Ini bukan kali pertama Ahmad Faizal memohon maaf kerana salah faham dalam tempoh kurang tiga minggu sejak bergelar Menteri Belia dan Sukan.

Beliau sebelum ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong bolasepak setelah memberitahu akan berbincang dengan Malaysian Football League mengenai pertambahan pasukan di dalam Liga Super sehingga menimbulkan tanggapan Perak akan terselamat dari tersingkir.

Namun Ahmad Faizal selepas itu memohon maaf dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai kurang cerdik.

Berita Berkaitan : Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Akan Lebih Berhati-Hati

Beliau kemudian menjadi tumpuan lagi beberapa hari lalu apabila menyatakan mungkin telah tersilap memberi info kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kos pembaikpulihan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang menelan belanja RM10 juta.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.