FAM Bagi Peluang Shahrul Nizam Bela Diri Sebelum Putuskan Hukuman

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan terus menjatuhkan hukuman kepada pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni atas kegagalannya melapor diri ke kem kebangsaan pada Jumaat lalu.

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, “Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengurusan dan barisan kejurulatihan dahulu dan selepas itu baru kita putuskan sama ada untuk panggil pemain itu (memberi keterangan) ataupun tidak.

“(Tindakan) tidak boleh putuskan lagi buat masa ini. Selepas kita dapat laporan barulah kita akan ambil langkah yang seterusnya,” katanya kepada BH Sukan.

Shahrul Nizam dipanggil pada saat akhir oleh Tan Cheng Hoe untuk menggantikan Dion Cools yang terpaksa digugurkan kerana kecederaan bagi dua aksi persahabatan antarabangsa minggu ini namun pemain itu gagal dihubungi kerana turun ke laut selepas diberi cuti oleh Terengganu FC.

Berita Berkaitan : “Niat Turun Ke Laut Bantu Keluarga” – Shahrul Nizam Kecewa Jadi Sasaran Kecaman

Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terbang ke Jordan dengan 20 pemain berikutan Sharul Nazeem juga terpaksa digugurkan kerana kecederaan, manakala dua lagi pemain Dominic Tan dan Luqman Hakim terus menyertainskuad negara di sana.

Pertahanan berusia 23 tahun itu yang pernah beraksi di Sukan SEA 2019 boleh berdepan denda, penggantungan ataupun lain-lain yang difikirkan sesuai berdasarkan semakan di Lampiran 1 Pelepasan Pemain Untuk Mewakili Negara oleh FAM.

Artikel 1A membabitkan ketidakpatuhan, pemain boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau digantung automatik dalam semua aktiviti bola sepak peringkat kelab, daerah, persatuan bola sepak negeri (PBN), kebangsaan dan antarabangsa dari tarikh melapor diri hingga tamat pertandingan yang sepatutnya diwakili.

Malah, FAM boleh melanjutkan tempoh penggantungan terbabit jika perlu atau lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa untuk tujuan terbabit dengan tindakan tatatertib di artikel itu boleh dikenakan secara berasingan atau digabungkan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.