FAM jawab isu gol Penang FC dibatalkan dan kad merah Casagrande

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menunggu lama untuk menjawab mengenai beberapa kontroversi yang berlaku ketika perlawanan di antara Penang FC dan Johor Darul Takzim di Stadium Bandaraya pada Sabtu lalu.

Perlawanan itu dimenangi JDT dengan keputusan 3-0 membolehkan mereka mengukuhkan cengkaman di tangga teratas, tetapi prestasi pengadil perlawanan pada malam itu menjadi bualan hangat berikutan beberapa keputusan yang dianggap berat sebelah.

Ini termasuklah jaringan Casagrande yang dibatalkan tanpa sebab kukuh, selain kad merah yang dilayangkan kepada pemain itu  serta pengendali pasukan, Thomas Trucha justeru Jawatankuasa Penilaian Pengadil FAM tampil memberi pencerahan.

“Bagi insiden pertama, pengadil perlawanan telah bertindak untuk membatalkan jaringan Penang FC pada minit ke-78 kerana tindakan pemain Penang FC berjersi No.10, Sheriddin Boboev menolak penjaga gol JDT dengan badan beliau.

Gol Penang FC dibatalkan FAM jawab isu gol Penang FC dibatalkan dan kad merah Casagrande

Gol PEnang FC dibatalkan 2 FAM jawab isu gol Penang FC dibatalkan dan kad merah Casagrande

“Pengadil dapat mengesan tindakan pemain ini dari awal pergerakkan dia di mana sebelum sepakan penjuru dilakukan, pemain ini telah menghampiri penjaga gol JDT dan semasa bola berada di udara, pemain ini telah mengasak secara berterusan kepada penjaga gol tersebut dan menolak penjaga gol tersebut dengan badan beliau semasa penjaga gol melompat untuk mencabar bola di udara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Pengadil FAM, Dato‟ Sivasundaram.

Sementara itu, bagi insiden perintah keluar pemain Casagrande kerana mendapat kad kuning yang kedua, seterusnya kad merah, ini penjelasan Sivasundaram.

“Pemain tersebut telah mendapat kad kuning yang pertama pada minit ke-78 kerana membantah keputusan pengadil membatalkan jaringan Penang FC.

“Selepas daripada insiden tersebut, pemain ini telah secara berterusan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan ditujukan kepada Penolong Pengadil 1, Penolong Pengadil 2.

“Walaupun telah cuba ditegur oleh pengadil agar pemain tersebut tidak mengulangi tindakan itu beliau sekali lagi mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pengadil pada minit ke-88 dan telah dilayangkan kad kuning kedua,” jelas Dato‟ Sivasundaram.

Bagi insiden ketiga dalam perlawanan tersebut, Dato‟ Sivasundaram menjelaskan bahawa pengadil perlawanan telah perintah keluar Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha pada minit ke-90+3 kerana telah memasuki padang permainan dan membantah keputusan pengadil.

“Tindakan ini selaras dengan undang-undang permainan 20/21 di bahagian tindakan disiplin pada undang-undang 5 dan bahagian perintah keluar Pegawai Pasukan pada undang-undang 12,” tegas beliau.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.